Atap bangunan
Malique tersentak. Cahaya bulan dan bintang membanjiri langit gelap. Xin dipandang dengan mata tak percaya.
"Welcome."
Langkah Xin diikut menuju ke birai bangunan. Lampu dan suasana bising malam di LA itu amat indah. Tidak dapat dinafikan, tempat itu amat tenang rasanya.
"Its beaufitul."
"And also quiet to for us."
Tambahan Xin membuatkan Malique menoleh memandangnya. Hatinya berdegup kencang melihat baju Xin yang tidak kesudah menarik perhatiannya.
"You must be cold." Kot yang dikenakannya disarung ke bahu Xin. Wajah yang sebenarnya menahan malu itu bagaikan tiada tolak bandingnya dengam wajah dingin jejaka tersebut.
"Thank you."
Xin memerhati setiap inci pelusuk wajah Malique dari sisi lain. Dia terpesona. Dia sudah cukup tertarik dengan personaliti Malique sejak pertama kali dia terserempak dengannya.
"Malique-"
Xin semakin menghampiri. Kakinya dijengket agar wajahnya berhadapan dengan wajah Malique.
"Urm, what are you doing?"
Malique semakin resah. Tubuh Xin semakin menghampiri dan dia sudah tak mampu mengawal pernafasan yang sesak.
Bibir delima Xin semakin mendekat. Malique sudah tidak keruan. Dia menutup kelopak matanya dengan harapan agar mimpi itu hilang sekelip mata.
Namun tidak sama sekali.
CUP!
Bibir merah gadis cina itu mendarat di bibir Malique. Lama namun lembut rasanya. Sedangkan tubuh Malique terhenti bergerak, apatah lagi Xin sendiri yang merelakannya.
"I felt in love with you." Setelah beberapa minit membiarkan bibir mereka bersentuhan, akhirnya Xin menyatakan hasrat hatinya.
Malique terdiam. Di fikirannya sudah penuh dengan perasaan yang saling berlanggar.
"I'm sorry, Xin."
Xin mengulum perasaan pasrah.
"I can't."
Dengan langkah bersalah, Malique meninggalkan Xin di atap bangunan tersebut dan berlari menuju ke dewan yang mulai dipenuhi pelbagai tetamu undangan.
'Damn, that kiss-'
Jejaka itu menyentuh bibirnya lalu wajahnya mula membahang drastik.
'-she stole my first kiss. Thats feel-'
Dia mula mengukir senyuman kecil.
'-really good.'
🌙 White Moonlight 🌙
Hotel
10:02 AM
Malique sudah terpacak di hadapan kedai Iphone, lama. Dia sudah berfikir banyak kali namun itulaj keputusannya. Lagipula, dia membawa kad kredit miliknya.
Pelbagai jenis Iphone terpamer mewah di dalam. Dia sudah terngia-ngia untuk membeli Iphone 11 Pro Max berwarna black solid.
Dengan hawa nafsu yang tinggi, akhirnya jejaka itu berjaya kebas telefon mahal dengan bayaran ribuan dollar. Hatinya bernyanyi kecil sambil tersengih sendiri.
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantasy✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...