Malam
The Tengku's Perfect dengan selambanya mengambil tempat duduk dengan rakan-rakan Arvynne memandangkan mereka berenam sering berehat di gazebo yang sama.
Sapphira mendiamkan diri sambil berkali-kali mengerli kearah Edward yang berlagak biasa. Perangai kudanya juga tidak tertinggal memandangkan Raphaella sekadar membuang memori berkenaan White Moonlight sahaja.
"Selepas ni ada aktiviti truth or dare. Tau tak macam mana nak main?" Soal Fahmi, memulakan sesi kontroversi canggung mereka.
Masing-masing mengangguk lalu kembali menjamah makanan semula. Permainan truth or dare itu sudag sebati dalam jiwa orang barat. Sebolehnya, mereka tidak mahu bermain.
Kepercayaan mereka terhadap syaitan yang berdendam itu sentiasa segar bugar di minda mereka. Lainlah dengan kepercayaan orang melayu, itu sekadar cerita dongeng penambah perisa.
"Then, kita main teka-teki pulak. Mesti best kan kalau korang jadi wakil kelas kita?" Edward mencuri pandang kearah Raphaella yang menghiraukannya.
"Tau."
"Ada diantara korang pandai menyanyi tak?" Soal Daniel sambil memandang keenam-enam perempuan itu seraya memeluk tubuhnya.
"Yeay. All of us." Jawab Adriella dengan laju.
"Oh thats good, it will be nice if you sing for fire band music later." Tutur Daniel lalu tersenyum simpul.
"Bro, aku gerak ke Stefanne jap. Dia nak minta tolong aku temankan dia dinner. Kau tak nak ikut?" Daniel menepuk bahu Malique yang membisu sahaja.
"Huh?"
"Temankan Arishya makan?" Daniel berkerut memandang wajah pelik Malique.
"Bukan ke kau janji nak temankan dia dinner MEMANDANGKAN Arishya tu ada nyctophobia?" Danielsekali lagi menyedarkan Malique.
"Nyctophobia? Apa tu?" Soal Edward, tidak faham.
"Nyctophobia, its extreme or irrational fear of the night or of darkness." Jelas Adriella dengan wajah tenang.
"Oh, Arishya takut gelap ek?" Fahmi menggaru pipinya yang dihinggap nyamuk betina.
"A'ah. Maliq janji temankan dia setiap kali dinner trip. Kan, Maliq?" Daniel mengerli kearah Malique yang masih kaku.
"Yeay, you go first. Nanti aku follow kau dari belakang." Jawab Malique, tidak memandang Daniel yang sudah meninggalkan mereka di gazebo tersebut.
"Haa, sambung balik cerit—"
"Aik, dah habis ke?" Soal Edward saat menyedari keenam-enam gadis itu sudah berdiri dari duduk mereka sambil memegang tapau makanan yang sudah kosong.
"Yes. We're gonna off now." Ujar Arvynne sambil tersenyum simpul kearah rakan-rakan Malique. Jejaka itu sekadar menghantar perjalanan mereka dengan pandangan yang lama.
"Baru nak bagitau tentang aktiviti last. Hmm." Fahmi merungut sambil menguis butiran nasi yang masih berbaki dengan wajah muncung.
🌙 White Moonlight 🌙
"Baiklah semua, aktiviti terakhir untuk hari ni ialah—"
"—Fire Batch KEBABOOM!" Jeritan Fahmi dan Edward mencelah bicara Daniel. Jejaka itu melontarkan jelingan tajam kearah dua manusia yang bertarafkan monyet itu.
"Baiklah, aktiviti pertama ialah, truth or dare. Nampak tak dahan kayu yang ditandakan merah di hujung? Ni ialah anak panah. Saya akan pusing dahan kayu ni dan hujung dahan kayu yang ditandakan warna merah akan pilih ahli yang kena. Faham? Pernah tengok movie Truth or Dare kan? Ha macam tu la. Jangan bagi cabaran yang melampau sudahlah." Jelas Daniel lalu meletakkan dahan kayu itu di atas kerusi.
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantasy✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...