Wad VVIP 001
Abby Sandra binti Xander
Unit Penjagaan Rapi :
Dr. Tengku Morgan JoshuaNama yang tentera di pintu wad tersebut diperhati lama. Keadaan wad yang dijaga ketat oleh beberapa pengawal dikerli.
"Kau pasti nak teruskan?" Arvynne sekadar mendiamkan diri apabila rakannya menyoal.
"Aku cuma nak balas dendam dengan keluarga Morgan. Tu je. Selebihnya, bukan urusan aku lagi." Balas Arvynne setelah beberapa saat membisu.
"Aku tak rasa Arvy nak buat benda ni." Bisik Sapphira, tidak sedap hati selepas membaca fikiran Arvynne tanpa sengaja.
"Maksud kau?" Soal Adriella, ingin tahu.
"Arvy rasa bersalah dengan keluarga Maliq, dan tidak tak sampai hati nak balas dendam. Dia berbelah bahagi." Jawabnya lalu mengeluh halus.
"Dahlah, jom masuk." Arvynne masuk ke dalam wad tersebut tanpa disedari oleh pengawal yang tegak berdiri di pintu wad. Langsung tidak menyedari kehadiran mereka berenam yang halimunan atas bantuan Eleora.
Sapphira dengan tangkas menutup setiap kamera CCTV menggunakan kertas anti-tembus yang dibawa bersama.
Lagipula, pengawal di dalam bilik CCTV tidak akan sedar selepas Achiera meletakkan secubit gula-gula pudina di leher mereka.
Dan secara automatik, mereka akan pengsan untuk beberapa minit. Oleh sebab itu, mereka terpaksa melakukan kerja tersebut dengan pantas sebelum mereka sedar.
"Ikut plan semalam." Arah Arvynne kepada Achiera dan Adriella. Mereka sekadar mengangguk lalu melepaskan genggaman tangan mereka dengan Eleora.
"Who is freaking shit all of you?!" Jerit seorang pengawal, statik berdiri diikuti kawan-kawannya yang lain. Achiera dengan cepat menangkap bayang-bayang mereka sementara Adriella cuba mengawal minda mereka.
"Tuan." Drastik mereka memanggil Adriella sebagai 'tuan' mereka. Kekal berdiri di hadapan Adriella dan tidak menyerang mahupun lari.
"Baiklah, sekarang ni aku nak korang tumbuk satu sama lain." Arahan itu terus dituruti membuatkan keadaan wad VVIP 001 bising.
Namun tiada satu pekerja pun yang menyerbu wad tersebut. Sebaliknya, mereka kekal menjalani pekerjaan mereka seolah-olah tiada berlaku sebarang pencerobohan.
Mengapa?
Sebab Adriella sudah mengambil langkah awal untuk memanipulasikan minda setiap pekerja di tingkat tersebut. Tiada satu pun yang terlepas dan menerima arahan yang diberikan tanpa mereka sedar.
Arvynne memandang tubuh Abby yang terbaring lemah di katil pesakit. Benci apabila melihat wajah wanita ini melekat dengan abangnya sepanjang jejaka itu hidup.
"Aku benci kau. Aku benci darah daging yang kau buat dengan Morgan. Aku benci semuanya tentang kau."
Arvynne mengeluarkan sesuatu daripada poket bajunya. Bendasing itu dipandang lama.
"Kalau bukan sebab kau dan sikap tamak Morgan, aku tak akan hilang abang tiri macam aku hilang mama kandung aku dulu."
Arvynne dengan perlahan menyuntik bahan cecair ke lengan Abby lalu tersenyum suka.
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantastik✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...