Coast Hailey Academy
'Ada gosip hangat tau. Aku baca di Insta, White Moonlight datang Malaysia.'
'Serius la? Weh, diorang nak buat apa kat sini?'
'Shh, diam. Kita tak tau kalau ada mata-mata group digeruni itu.'
'Memandailah kau. Kau tak baca ke dalam FB? White Moonlight buat kekecohan di bandar dan merugikan $500,000 tau.'
'Siapalah White Moonlight tu. Takut pula aku nak keluar nanti.'
Pelbagai bicara yang diterima oleh mereka daripada pelajar academy. Arvynne yang mencuri dengar hanya diam membisu.
'Is this how Malaysian people look us?' Getus hatinya tanda tidak berpuas hati. Terselit juga perasaan kesal kerana pertolongan mereka tidak dihargai.
"Arvy, are you okay?" Soal Sapphira lalu menepuk bahu rakannya.
"Yes, mereka tak cukup kenal kita. Biarlah mereka berfikiran begitu." Jawab Arvynne spontan lalu berjalan menuju ke kelas.
Ketika itu, tatu di pergelangan tangan kirinya digenggam kuat. Giginya menggigit birai bibir lalu berdecit geram.
'No, not now.' Arvynne membelok ke belakang blok academy. Dia tersandar sambil menutup telinganya.
'Arvynne.'
'Arvynne, look at me.'
'You can do it okay? We know you can, thats why we chosen you. We chosen them.'
'Help them Arvy. They need your help. Its your chance to improve how helpful you are.—'
"Get out from my mind!" Jeritnya lalu mengetuk kepalanya dengan kuat.
'—Remember Arvy, The Luna chosen you.'
Perlahan-lahan kepala Arvynne mula pening. Pandangan yang jelas sedikit demi sedikit menjadi kelam.
Arvynne mula merebahkan diri di tanah dan tidak sedarkan diri.
Daniel POV
Daniel meronda bahagian sekolah untuk memastikan tiada pelajar yang berani ponteng perhimpunan pagi. Seorang ponteng, satu sekolah kena.
"Eh?" Daniel terjumpa sejurus tubuh yang terbaring di tanah.
"Hei, sekarang bukan waktu nak tidur. Bangun sekarang!" Arah Daniel lalu berjalan mendekati figura yang tidak memberi sebarang sahutan.
'Macam kenal.' Daniel menarik sedikit tubuh figura itu agar wajahnya senang dilihat oleh Daniel. Ketika itu, jejaka tersebut tersentak.
"Arvy?!" Daniel menjerit kecil lalu perlahan-lahan menggoncangkan tubuh gadis tersebut.
"Arvy, Arvy. Bangun weh, kai jangan nak buat main dengan aku tau!" Daniel masih berusaha mengejutkan Arvynne yang masih belum memberi sebarang respon.
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantasy✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...