Achiera sekadar tergelak mendengar jenaka hambar Fuadzi kepadanya. Biarpun jejaka itu terlihat mudah didekati kerana peramah seperti Aathif, tetapi itu semua amat berbeza dengan personaliti aslinya.
Fuadzi selayaknya digelar sebagai badboy prince kerana sikapnya yang agak kasar dan nakal. Perempuan academy pun turut terjerat dalam permainan nakalnya.
Tetapi apabila dilihat dari sudut sebenar, Fuadzi bukan seorang yang mudah jatuh cinta. Tetapi dia mahir dalam mempermainkan cinta. Itulah mengapa dia tidak mempunyai perasaan dengan mana-mana perempuan yang pernah ada hubungan dengannya.
Achiera sekadar membisu. Memorinya teringat ketika sehari sebelum bergerak ke Malaysia. Jiwanya memberontak agar tidak mendekat dengan lelaki bernama Fuadzi Edzhar.
Tetapi entah mengapa, jejaka itu mudah menariknya dengan personaliti yang sukar dipertonjolkan kepada perempuan lain.
Raphaella POV
"Perhatian kepada kelas 5 Louis Vuitton dan kelas 5 Chanel, sila hantar 10 orang peserta untuk acara tarik tali A!" Panggil pengacara majlis dengan lantang.
Raphaella yang mendengar bingkas bangun. Langkahnya dituju kearah Malique yang masih melilau mencari peserta lagi.
"Ada lagi ruangan kosong?" Soal Raphaella, mengejutkan Malique yang tidak sedar akan kehadirannya.
"Yeay, dalam 3 orang lagi. Jap, kau na—"
Raphaella mengangguk sebelum Malique menghabiskan bicaranya. Ketika itu, jejaka itu sekadar membisu seolah-olah memikirkan sesuatu.
"Biarkan kami masuk. You can trust us." Sampuk Arvynne, tersenyum simpul diikuti dengan Sapphira di belakangnya.
"Okay, okay. You may join it. Hati-hati, lawan kita bukan orang sembarangan. Diorang ada—"
"Steven. Yeay, I'll already know." Sapphira menyampuk lalu tergelak kecil. Baginya, Steven bukannya lawan bagi mereka apatah lagi Raphaella.
Biarpun dia akui bahawa Steven merupakan atlet harapan academy, dia masih meletak harapan tinggi bahawa dengan adanya Raphaella, kelas mereka akan memenangi perlumbaan dengan mudah.
Pada mulanya, 5 Chanel rasa sedikit cuak melihat tiga daripada enam billionaires mengikuti acara tersebut, tetapi saat terlihat Steven muncul bersama rakan-rakannya, mereka mula berasa bangga diri.
"Hello, kita pasti akan menang bila atlet harapan kita ada." Seseorang berbicara angkuh lalu tergelak sinis.
"And hello, kami ada prince charming yang mencairkan perempuan kelas korang!" Nana membalas lalu mengibas rambutnya.
"Baiklah, peserta pertandingan tarik tali A sila berdiri di kawasan anda dan mula memegang tali!" Arah seorang pengacara.
Ketika itu, ahli lelaki 5 Chanel berada di belakang barisan manakala ahli lelaki 5 Louis Vuitton mengambil barisan depan dan belakang.
Akan tetapi, Raphaella enggan mengikut startegi tersebut. Baginya, biarlah dia sahaja di hadapan bagi memudahkan kerjanya.
"Tapi—"
"No excuse Malique, trust Raph." Tegur Arvynne, lalu mengenyitkan matanya kearah Raphaella yang tersenyum sinis.
"Ready players!"
"Regangkan tali anda!"
"Ready?"
"Set?"
"PULL!"
Para peserta bertungkus-lumus menarik tali pihak lawan dengan kuat. Steven yang merupakan ahli yang mengikat tali di sekeliling pinggangnya terasa sesuatu yang berbeza.
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantasy✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...