◈ 48 ◈

235 14 0
                                    

10 tahun kemudian

Arvynne POV

New York

Selepas selesai beberapa photoshoot promotion beg tangan jenama Carlo Rino itu, Arvynne dengan selamba keluar daripada set penggambaran untuk membeli secawan kopi sendiri.

Mujur sahaja Starbucks Coffee tidak jauh daripada set penggambaran tersebut. Tidak perlu juga dia berhadapan dengan pemandu kereta yang cerewet dek kerana ketiadaan manajer di sisi.

Starbucks Coffee

"Ice Americano."

"4.3 pound."

Dengan tenang Arvynne menghulurkan 5 pound kepada penjaga kaunter. Sementara menunggu, Arvynne membuka ruangan mesej dan seperti yang dijangka, dia menerima beberapa mesej daripada manajernya sendiri.

Manajer

Where are you going Arvy?!

You should know there's gonna be someone who realize you. You're famous Arvy!

Be more careful!

Comeback here before 15 minutes. I'm warn you.

Menyampah rasanya apabila mendapat manajer yang sekerek itu. Walhal, figura itu baru sahaja menerima jawatan tersebut beberapa bulan.

Ice Americano tiba lalu bertukar tangan. Dengan langkah malas, Arvynne melangkah keluar daripada kafe tersebut sambil matanya tertacap ke skrin telefon.

Baru sahaja daun pintu ingin ditolak, tanpa sengaja—

BUK!

"I'm sorry." Sang penarik pintu kafe menghulurkan tangan. Arvynne pula sudah sedia untuk menghamburkan segala kata makian kepada figura tersebut.

Namun apabila memikirkan statusnya sebagai seorang selebriti, dibantahkan sahaja. Dia menggosok coat berjenama Mulberry yang lecut dek tumpahan kopinya.

"I will pay it." Dengan tenang figura tersebut menghulurkan beberapa keping 100 pound kepada Arvynne.

"Nah, just keep you money for yourself. I'm okay." Ditolak huluran wang tersebut lalu melangkah keluar daripada kafe dengan langkah malas. Langsung tidak menoleh mahupun berpatah balik. Dia malu.

M-A-L-U.

Sampai sahaja di set photoshoot, manajernya terus meluncur laju menuju kearah Arvynne yang kelihatan penat. Tak usah kata begitu, dilihat coat milik gadis itu pun sudah kering dengan tompokan warna coklat gelap.

"Are you okay?" Soal manajernya, sambil tangan memberi isyarat agar membuka coat itu. Barang berjenama itu diberikan kepada salah seorang staff photoshoot lalu diarahkan untuk disimpan dahulu di bilik.

"Yeay, don't worry. I'm okay. Now what should I do after I've already arrived 5 minutes early than you want?" Sinis dan berdeses di telinga manajer tersebut. Dia hanya tersenyum lalu menolak Arvynne menuju ke bilik persalinan.

"You should change your outfit for a few photoshoot before our guests come here." Arvynne berkerut. Dia berpaling menghadap manajernya.

"Who? Why I don't know about this?"

Manajernya tersenyum malu.

"You gonna love it after you see. He's totally have good-looking style. I fell in love with him!"

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now