◈ 36 ◈

191 17 0
                                    

Petang

Marry Goose MetroJaya

Arvynne melangkah anggun dengan gaun pendek berwarna putih. Beberapa pelanggan yang datang ke pusat membeli-belah tersebut sudah ternganga memandangnya.

Baju yang kelihatan ringkas itu ialah salah satu rekaan yang diinsprasikan oleh Arvynne sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju yang kelihatan ringkas itu ialah salah satu rekaan yang diinsprasikan oleh Arvynne sendiri. Beg tangan yang berwarna kuning telur keemasan itu terlihat murah namun harganya sudah mencecah beribu ringgit.

Langkah terhenti kearah kedai yang sedang bersiap-siap untuk membuka kedai baharu di situ. Mujur sahaja dua blok kedai tersebut memang telah dibooking awal.

Itu semua ialah rancangan Arvynne sendiri.

"Good evening, miss!" Sapa seseorang yang segak mengenakan baju kemeja putih serta skirt ketat berwarna hitam. Tidak dilupakan, dia meletakkan name tag berwarna emas.

"Evening day, boss!" Satu suara garau menyapa. Dia juga turut mengenakan kemeja putih dan seluar slack hitam. Name tag terlihat kemas di penglihatannya.

"Good evening. Semua okey?" Soal Arvynne, prihatin namun air mukanya tetap tampil sombong dan elegan. Hanya sahaja beberapa orang fikir itu memang riak wajah yang biasa dipertonjolkan.

"Okey! Semua akan settle sebelum jam 5 petang. Boss bila nak buat opening kedai ni?" Soal jejaka tersebut, teruja apabila melihat beberapa hiasan sudah tergantung indah.

"Saya rasa mungkin sabtu minggu depan."

"Ala miss, kenapa lambat sangat?" Seorang wanita bertanya lalu protes lembut. Mungkin sudah teruja untuk memulakan pekerjaannya.

"Saya akan buat perasmian opening kedai ni bila kawan-kawan saya datang. Jadi selesai letak barang, korang boleh rehat. Jangan risau, gaji tetap jalan." Terang Arvynne, membuatkan mereka berdua saling berpandangan.

"Apa-apa pun, boss nampak cantik hari ni!" Puji jejaka itu lagi, memberikan thumbs up tanda suka. Ditelitik setiap inci jahitan kemas baju tersebut dengan kagum.

"Arvy?"

Kedua-dua pekerja yang sibuk menganalisis pemakaian sopan ketua mereka, Arvynne menoleh lalu memberikan tatapan redup.

"Harrell?"

Arvynne sudah tersenyum lebar. Dia mendepakan tangannya lalu memeluk erat leher jejaka itu kemudian dibiarkan sahaja badannya terapung dek kerana teruja.

"Wow, wow, Arvynne. Rileks." Harrell menepuk belakang Arvynne dengan lembut. Badannya sengaja dibongkok agar kaki Arvynne dapat mencecah lantai.

"Arvynne, kau buat apa kat sini?" Soal Aathif, pelik melihat Arvynne yang pakai pakaian sopan sedangkan gadis itu lebih memilih untuk kekal swag dan cool.

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now