Hospital Sky Mor'
"Macam mana abang?" Soal Arishya, mula gelabah melihat reaksi suram Morgan. Entah berapa jam dia menunggu sehingga tidak tidur. Dipaksa pun tetap berdegil.
"Mama—"
Morgan mengeluh lalu duduk bersebelahan dengan Arishya. Rambutnya diraup kasar sebelum air mukanya berubah.
"—koma."
Daniel sudah menggeleng kepala. Penat dan sakit kepala tidak difikirkan lagi. Geram dan bersalah bertubi-tubi menumbuk hatinya. Sakit hati dengan perangai keterlaluan Malique namun perasaan bersalah tetap mekar berjalur.
"Apa-apa pun—"
"—please jangan paksa Malique ikut kehendak korang."
Pesanan ringkas daripada Morgan menyentapkan mereka berdua. Entah bagaimana si abang sulung itu dapat menghidu tindakan melulu mereka sehingga mengakibatkan perasaan Malique bercampur aduk.
"Macam mana abang Morgan boleh tau?" Soal Arishya, air matanya hampir jatuh. Baju Daniel digenggam erat bagaikan ketakutan.
"Aku pun tak tau. Aku rasa benda ni cuma kita berdua je yang tau." Jawab Daniel lalu mengeluh, pasrah.
Apartment Aathif dan Fuadzi
Sepanjang malam mereka berjaga semata-mata ingin memastikan Malique tidur dengan nyenyak. Mereka gusar jika Malique tak tidur malam dek kerana memikirkan kesilapan tak sengajanya terhadap Puan Wendy.
"Aku ngantuk." Bicara Jacinto, lalu menguap besar. Tangannya dinaikkan ke atas lalu menggeliat perlahan.
"Aku pun.." Suara Fuadzi yang semakin lama semakin halus itu membuatkan Aathif menolak kepala jejaka tersebut daripada terus mendaratkan kepalanya di bahu.
"Kalau nak tidur, pergi masuk bilik! Siapa yang suruh kau ikut aku berjaga malam?" Marah Aathif lalu menolak tubuh rakannya agar bergerak menuju ke bilik tidurnya sendiri.
"Korang pun, semalam bukan main nak ikut sekaki dengan aku sebab nak tengokkan keadaan Maliq. Sekarang ni, naya korang." Aathif menjegil matanya, mengarahkan mereka untuk pergi ke bilik kosong agar merehatkan mata di situ.
"Kau sure nak jaga sendiri?" Soal Harrell.
"Hmm, tak apa. Lepas dia bangun, tau la aku nak jaga dia." Balas jejaka itu, lalu mempamitkan diri menuju ke dapur.
"Takpe, biar aku sediakan bubur. Makanan semalam pun masih banyak. Kau rehatlah dulu sementara aku sediakan breakfast." Tubuh Aathif dihenyak ke lantai semula.
"Fine. Jangan sampai si Fuadzi tu masuk dapur aku. Kalau tak, mampus dapur tu terbakar sebab dia." Pesanan tersebut diakurkan sahaja.
Harrell POV
"Kau main bunuh-bun—eh what?!" Suara lantang Harrell bagaikan ingin memecahkan gegendang telinga Jacinto.
"Kau boleh tak slow sound sikit babi?" Marah Jacinto lalu menolak kepala Harrell dek geram.
"Jap kenapa kau cakap macam tu ha?" Soal Steven, mula tidak sedap hati.
"Ak-ku tak tau. A-Aku t-t-takut. M-Macam mana k-k-kalau abang aku tau?" Suara rintih Malique menyebabkan Aathif berasa kesian.
"Takpelah, kau tidur je kat sini. Lagipun kau demam, biar aku jaga kau, keyh?" Aathif memberi arahan kearah Harrell agar mengambil selimut di almari.
Malique menggigit kukunya. Badannya mengigil lalu dilirik kearah rakan-rakannya yang kekal membisu.
"K-Korang b-benci aku ke?"
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantasy✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...