◈ 35 ◈

197 21 0
                                    

Eleora POV

Eleora dengan mudah menyelinap masuk lalu berdiri statik di sebelah katil milik anak Morgan dan Abby sendiri.

Merryanne Lauren binti Tengku Morgan Joshua

Eleora memandang sekeliling. Kawasan senggang dan wad tersebut kebetulan sedikit pengunjungnya.

Eleora memerhati jam yang sudah menunjukkan pukul 3:45 petang. Tinggal 15 minit lagi sebelum waktu melawat tamat.

Sebenarnya, rancangan ni bukannya atas permintaan Arvynne sendiri. Namun Sapphira tidak sengaja terbaca buku planner Arvynne dan mengambil keputusan untuk membantu rakannya.

Lagipula, terlalu banyak Arvynne tempuh sepanjang dia berjumpa dengan musuh yang paling dibencinya.

Sementara menunggu waktu 10 minit itu berlalu, Eleora berjalan-jalan tenang. Wajah sekuriti yang menghalang jalan Achiera diperhati. Dia tersenyum nakal lalu meniup wajah figura tersebut.

"Haa—chum!"

Terasa sejuk di bahagian hidungnya, dia menggosok kuat bagi menghilangkan rasa gatal dek kerana suasana yang separa beku dan kering itu.

"Achiera."

Eleora memanggil dengan nada perlahan.

"Aku minta satu epal ek?" Buah epal merah yang terlihat cantik bersinar itu diambil lalu dikenyitkan matanya. Giginya menggigit epal itu lalu kemudian mengambil langkah bahaya untuk duduk di hadapan tingkap terbuka.

Achiera yang mendengar bisikan itu sekadar tersenyum kecil. Cukup dengan bisikan begitu sahaja sudah okey baginya.

Eleora memandang permandangan yang masih belum turun mataharinya demi menggantikan waktu malam.  Tak terdetik perasaan takut ketika melihat bawah bangunan dari tingkat 7 itu.

Jam G-Shock ditelitik lalu turun dari tempatnya. Langkahnya selamba menuju ke bilik kedua memandangkan waktu melawat tinggal 5 minit sahaja lagi.

Eleora melihat keadaan wad yang mulai kosong. Keadaan luar juga sedikit sibuk sebab para pelawat berpusu-pusu balik selepas diberi arahan oleh sekuriti dan doktor bertugas.

Eleora mengerli ke belakang lalu terlihat Achiera yang melangkah keluar dengan tenang. Mata rubahnya memandang katil milik anak sulung Morgan.

Eleora tanpa belas kasihan menutup suis demi mematikan alat bantuan pernafasan itu daripada terus memberi bantuan fatal. Tak lupa, dia menggunting wayar tersebut menggunakan pelayar. Ketika dilihat anak kecil itu menggelumpur sedikit, Eleora dengan spontan membuka penutup pernafasan dan membuangnya ke luar tingkap.

Tak puas dengan itu, wayar nipis yang melingkar kawasan dada Merryanne dibuka rakus lalu tersenyum penuh kepuasan. Tali rupiah yang dibawa bersama, diikat di bahagian leher. Dia mula keluar setelah mendengar suara anak perempuan itu menjerit sedikit demi sedikit.

'Done.'

🌙 White Moonlight 🌙

Esoknya

Achiera dan Arvynne turun daripada superbike Kawasaki milik mereka dengan wajah selamba ditayang. Sudah semestinya mereka dipandang memandangkan sudah beberapa minggu tidak hadir ke academy kerana kesibukan kerja.

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now