Gereja ST. Johnson
Keadaan gereja yang sayu akan pemergian Puan Wendy sebagai seorang insan yang dermawan itu amat menyayatkan hati.
Apatah lagi, si suami tidak berada di samping memandangkan dia tidak dapat dihubungi lagi selepas mendapat wang besar daripada Arvynne.
Morgan dan Malique segak mengenakan suite berwarna hitam bersama satu bunga kecil berwarna merah di poket dada.
Wajah Malique suram manakala wajah si abang suluh terlihat tenang. Tidak ketinggalan, Raphaella, Eleora, Achiera, Adriella dan Sapphira turut datang.
Biarpun Aathif dan Fuadzi tidak sepatutnya masuk ke gereja untuk pengebumian tersebut, mereka setia menunggu di dalam kereta.
Hanya Arvynne seorang sahaja yang tidak turut serta. Sudah puas Malique memujuk mereka berlima agar membawa Arvynne ke situ, namun tiada jawapan.
Arishya dan Daniel pula mengambil tempat duduk di belakang. Mereka dihentap perasaan bersalah. Keadaan Puan Wendy membuatkan mereka mula menyalahkan diri mereka atas kepentingan sendiri.
Usai sahaja pengebumian itu di tapak perkuburan, tepat bersebelahan dengan gereja mewah tersebut, Malique menjeling rakan-rakan Arvynne.
"Arvynne mana?" Soalan itu dahulu terpacul di mulut Malique saat terlihat kelima-lima rakan bekas kekasihnya datang.
"Tak datang." Ringkas namun menyakitkan. Malique mengeluh lalu cuba bertanya lagi.
"Dia di mana?"
"Korang mesti ada sorok dia kan?"
"Dia flight ke?"
"Cuba call dia. Mana tau lupa."
"Saya rasa dia malu lah nak datang. Takpe, dia tak perlu malu nak datang."
"Arvy sebenarnya kesian kan dengan aku?"
"Korang please, bawa dia ke sini."
"Aku nak jumpa dia."
"Sekali je. Lepastu aku tak kacau lagi life dia."
"Tolonglah, bagi aku peluang."
"Ele, aku tau Arvy nak data-"
"No means no. She's never come. Fullstop." Eleora sudah mencelah dengan suara keras ditekan. Dia memandang Malique yang tersentak.
"But-"
"There's no but, Maliq. Arvy and you aren't nothing to do." Raphaella pula menyampuk dengan suara lembut.
Malique mengeluh sekali lagi. Dia berjalan longlai ke kereta yang diduduki oleh Aathif dan Fuadzi.
"Maliq."
Malique menoleh lalu tersenyum lebar.
"Kenapa? Arvy ada datang ke?" Cepat-cepat kepala mereka berlima digeleng.
"Nah, untuk kau dari kami berlima." Sapphira memberikan satu paperbag berwarna hitam emas.
"We need to go now. We're very sorry." Ucap Adriella lalu meninggalkan Malique yang kekal kaku di situ.
'So, there's no gift sorry for me from Arvy?'
🌙 White Moonlight 🌙
Company Window Magazines
"Kau sure ke nak ambil semula?" Soal Aathif, masih lagi risau dengan keputusan Malique.
![](https://img.wattpad.com/cover/204017453-288-k583591.jpg)
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantasy✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...