◈ 21 ◈

199 16 0
                                    

Steven POV

Banglo sewa C

"Woi Steven, jom bincang sama-sama sebelum cikgu bawa jalan-jalan." Ajak Aryhan, siap bersama kertas A4 dan pen di meja solek.

"Kejap la. Aku penat ni lepas tolong perempuan kelas kita." Ujar Steven, menutup kelopak matanya dengan wajah berkerut.

"Siapa suruh kau tolong? Tulah padah jadi sweet boy group kita." Hakimi menyindir lalu menumbuk paha jejaka itu secara mengejut.

"Sakitlah bodoh." Adu Steven, menjeling rakannya sebelum kembali membaringkan badan di katil king.

"Kalau diorang tau perangai sebenar kau macam ni, aku yakin diorang tak akan berani dekat kau." Ricardo menggeleng kepalanya.

"Kau apa tau? Jadi sweet boy tu menyusahkan. Entah apa diorang pandang sampai label aku sweet boy. Jijik aku dengar." Luah Steven kemudian merinding ketika memikirkannya.

"Mungkin sebab muka dan bahasa kau dengan diorang soft dan sweet kot. Perempuan, kau mana boleh jangka imaginasi diorang." Aryhan menepuk dada rakannya beberapa kali.

"Dahlah, jom bincang aktiviti yang nak main petang esok." Steven duduk dari baring lalu mengambil kertas A4 dan pen di tangan Aryhan.

Malique POV

Banglo sewa A

"Maliq, ni je ke aktiviti yang kita nak main malam esok?" Soal Edward sambil bermain dengan pensil diantara mulut muncungnya dan hidung.

"Entah." Jawab Malique sepatah.

"Kita main truth or dare la. Macam best kan?" Cadang Fahmi dengan hati berbunga-bunga. Ni mesti kes terlalu yakin bahawa crush minat balik.

"Lagi?" Soal Edward pula.

"Kita buat aktiviti teka teki. Setiap kelas hantar wakil dan wakil tu kena bagitau benda tu tanpa bercakap kepada semua kelas. Kelas yang jawab pantas, dapat point." Jelas Daniel dengan bersahaja.

"Lagi? Lagi?"

"Kita buat fire band music." Celah Malique secara tiba-tiba.

"Macam mana tu?" Soal Fahmi, tidak faham dengan aktiviti pendek tersebut.

"Semua kelas berkumpul dan mengelilingi unggun api. Sesiapa yang nak menyanyi, dibenarkan." Jelas Malique, ringkas. Mindanya jauh melayang ke peristiwa tadi.

"Hmm, boleh jugak. Santai." Sokong Edward sambil tangannya lincah menulis cadangan rakan-rakannya.

"Jadi, cukup tiga aktiviti untuk malam kan?" Soal Fahmi lalu melirik kearah kertas A4 yang tidak habis bertulis separuh.

"Aku rasa aku nak aktiviti firework stories. Aktiviti yang santai jugak. Masing-masing kongsi cerita sambil makan marshmellow, kan?" Kali ni, Edward pula bagi cadangannya.

"Dahlah, cukup 4 aktiviti untuk malam esok. Aku rasa mesti diorang mengantuk sebab dah penat main aktiviti air waktu pagi." Sampuk Daniel, tidak memandang mereka bertiga biarpun sesaat sekalipun.

"Tak apalah. Waktu balik tu, kita biarkan diorang rehat sepenuhnya. Maksud aku, bagi diorang sikit kebebasan untuk bergerak ikut kemahuan sendiri. Apa macam?" Cadangan bernas Fahmi mendiamkan Daniel beberapa saat.

"Ikut kau la."

🌙 White Moonlight 🌙

04 / 05 / 2019

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now