◈ 29 ◈

165 20 2
                                    

"Lain kali kita keluar sama-sama ek. Boleh jugak lawat kakak ipar Malique sekejap lepas photoshoot korang habis." Cadang Jacinto, tidak henti-henti menceritakan tentang keadaan parah kakak ipar rakannya itu.

"Hoi, aku cakap diam kan." Marah Malique lalu melibas kepala jejaka Korea itu tanda geram. Tidak kesudah membawa Arvynne untuk bertemu dengan kakaknya. Tahu ketika dinner dahulu, kakaknya tidak dapat turut serta.

"Why don't, right?" Adriella menyiku pinggang rakannya sambil terjungkit kening ketika melihat wajah Arvynne yang kekal membisu.

"Yeay, why not?" Sokong Arvynne setelah menyedari mereka sedari tadi memerhati gadis tersebut. Suram sahaja situasinya sejak balik daripada trip classes mereka.

"Then, we have to go now. Bye, see you after 2 weeks." Pamit Achiera lalu diikuti rakan-rakannya menuju ke pintu keluar parking basement untuk bergerak menuju ke airport semula.

🌙 White Moonlight 🌙

Arishya POV

"Kamu sure ke dengan benda ni Aris? Benda ni bukan boleh main-main." Ayah Arishya memandang anak perempuannya, lama.

"Yeay, I'm very sure."

"Kalau macam tu, kita bagitau Tengku Ryain la tentang benda ni." Ujar beliau sebelum kembali menyiapkan kerja dokumennya yang tergendala.

"Aris bagitau Puan Wendy."

Ayah perempuan itu sekadar mengangguk, mengiyakan tindakan anaknya memandangkan pihak lain sendiri yang meminta.

Malique POV

Papa

Tengku Malique Jordan!

Malique berkerut apabila mendengar jeritan suka daripada ayahnya saat mengangkat panggilan tersebut.

I'm proud of you. Papa tau kamu mesti pilih papa kan?

Semakin banyak kedutan di dahi Malique apabila mendengar pernyataan mengelirukan tersebut.

Minggu depan papa balik Malaysia. Kita prepare apa yang patut dan buat majlis sederhana saja.

'Majlis? Majlis apa?' Desis hatinya, semakin tidak keruan apabila dia tidak dapat menangkap punca keterujaan ayahnya.

Selepas kamu habis belajar, kita buat majlis besar-besaran.

Budak Arvynne tu bukannya nak membantu kita.

Arishya saja yang sanggup. Apatah lagi kamu sendiri yang mohon. Terujanya papa!

Hah, apa ni.

Aik anak hensem papa seorang ni, kamu pura-pura tak tau ataupun kamu sengaja nak prank papa?

Apa ni papa. Apa majlis sederhana bagai ni?

Laaa, kamu kan dah setuju dengan tawaran ayah Arishya.

Tawaran apa?

Ish!

Tawaran untuk bertunang dengan anak perempuan dia lah.

Hati Malique terkedu. Telefon iPhone yang berada di tangannya terlepas begitu sahaja. Dia terduduk sambil terdengar sayup-sayup suara Tengku Ryain memanggil dirinya.

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now