◈ 30 ◈

187 20 1
                                    

2 minggu kemudian

Arvynne menjenguk keadaan Hailey Coast Academy yang masih normal di matanya. Namun, dia perasan beberapa lirikan dan bisikan yang menyusahkan jiwa.

'Patutlah aku pelik kenapa Maliq tarik dia sesuka hati.'

'Shh, nanti dia dengar!'

'Ckk, aku fikir orang yang popular ni hormat hak orang.'

'Berani betul dia jadi perampas.'

Arvynne mengendahkan gosip tersebut lalu melangkah menuju ke belakang blok academy seperti yang dijanjikan oleh dia dan Malique semalam.

Hatinya berbunga sambil menjinjing beg berjenama sebelum senyuman simpulnya mati begitu sahaja saat melihat Arishya yang sedang menunggunya di tempat tersebut dan bukan Malique sendiri.

"Eh, Arvy! Dah balik?" Arishya dengan spontan memeluk badan Arvynne yang masih kaku memandangnya.

"Eh apa tu? Untuk saya?" Arishya senang hati saat tangannya merayap kearah beg berjenama tersebut memandangkan dia belum mampu untuk membeli barang keluaran terbaru yang masih dalam nilai berpuluh ribu dolar.

Arvynne mengalihkan tangan Arishya dengan tatapan dingin. Beg tersebut di letakkan di belakangnya sambil memegang erat pergelangan tangan perempuan comel tersebut.

"Oh, untuk Maliq?"

Arishya tergelak spontan.

"Korang masih lagi ke?" Soalan itu membuatkan Arvynne membisu. Wajahnya tiada riak memandangnya dia sudah serik berjumpa wajah yang sama seperti itu.

"Jadi saya ada peluang la ni?"

"Ke sebenarnya saya memang ada peluang?"

Arvynne menghentak dinding blok dengan kuat. Bebola matanya yang berwarna purple Aurbergine itu bercahaya semula.

Arishya yang tersentak, kembali kepada reaksi asal walhal dia sudah gerun dek kerana dinding blok tersebut bergegar sedikit.

"Takpelah, biar saya pergi dulu. Satu je saya nak pesan—"

Arishya bergerak perlahan menuju kearah Arvynne lalu membisikkan sesuatu.

"—jangan nakal tau dengan tunang saya."

Arvynne tersentak. Arishya yang melihat wajah tersebut tersenyum sinis lalu meninggalkan Arvynne yang masih lagi membisu tidak bergerak.

'—jangan nakal tau dengan tunang saya.'

'—jangan nakal tau dengan tunang saya.'

'—jangan nakal tau dengan tunang say—'

"ARGH!"

Malique POV

Malique menjenguk belakang blok academy demi melihat sama ada Arvynne sudah sampai atau tidak.

Apabila dilihat, gadis itu sedia duduk di bangku kosong sambil bermain batu kerikil semata-mata menunggunya yang lewat selama 20 minit!

"Arvynne baby!" Jeritan itu membuatkan Arvynne memandangnya sambil tersenyum simpul.

"Hi too sweetie. How are you without me in 2 weeks?" Soal Arvynne sambil memegang kedua tangan Malique lalu dipandang lama kolam mata Malique yang berwarna biru laut bersinar.

"I'm fine! I'm totally missing you in 2 weeks and waiting you damn long." Beritahunya lalu melabuhkan kepala di bahu gadis kesukaannya itu.

"Me too." Pendek sahaja Arvynne membalas.

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now