EYRUL 9

1.2K 85 111
                                    

"ASSALAMMUALAIKUM walid,umi"

Fairul menyalami keluarga mentuanya dengan penuh tatasusila.

"Ei,apa main salam-salam ni?Laga bahulah!"

Encik Hadi menepis tangan menantunya sebelum sempat Fairul meraih tangannya.Dia melagakan bahunya dengan bahu Fairul menyebabkan lelaki itu tertolak sedikit ke tepi.

Dia mengusap bahunya.Orang tua ni ada sorok pisau ke dekat bahu dia?Sakit ni.

"Umi pun nak juga," celah Puan Wahidah agak ketinggalan.

Fairul hanya senyum tanpa berkata.Patutlah Eyra mereng,dapat dari mak bapa rupanya.

"Abang Fairul!" jerit Erni lalu menepuk bahu abang iparnya.

"Eh,adik abang," balas Fairul.

"Hmm,mana Zaki?" tanya Eyra malu-malu

Abang iparnya mencebik apabila hal adik tirinya dibuka.Fairul mempunyai seorang kakak kandung serta seorang dua orang adik tiri lelaki termasuk Zaki yang sebaya dengan Erni.Hubungan mereka berempat amat baik.

"Pergilah cari sendiri.Boyfriend sendiri,jaga sendiri," ujar Fairul.

Eh kau nak marah asal?Ada hati ke dekat adik ipar sendiri?

"Hah,iyalah"

Erni mendengus.Dia lantas meninggalkan mereka semua bertujuan mencari kekasih hatinya.Rykal yang memerhati dari tadi mula bersuara,

"Erni pun dah ada boyfriend.Bahagia pula tu.Aku bila entah," rungut Rykal.

"Kahwin lah," cadang Fairul selamba.

"Kalau kahwin ni macam main pubg,dah lama aku kahwin"

"Hari dah nak senja ni.Jom lah masuk.Kita siap-siap maghrib," sampuk Encik Naqi.

"Masuklah dulu.Aku ada hal kejap," bilang Encik Hadi.

"Lah,ada hal apanya?Nak jumpa kawan ke?Kau mana ada kawan dekat sini selain aku," seloroh Encik Naqi.

"Aku nak pergi clubbinglah"

"Alah,lepas maghrib nantilah.Aku nak ikut.Sekarang masuk dulu"

Encik Naqi hanya melayan penipuan behsannya.Apalah!Orang nak pergi kelab malam pun susah!Mereka semua mula masuk
ke dalam.

Pergerakan Izzi tehenti tatkala namanya dipanggil.Fairul memandang Izzi dengan tidak puas hati.Izzi tersenyum sumbing.Dia mengorek telinganya untuk menghilangkan keresahannya.

"Explain," arah Fairul tegas.

"Okay.Citenya macam ni"

Izzi mengambil nafas panjang bagi menenangkan dirinya.

"Pada abad dahulu,ada seorang wanita bernama Eyra Hayati binti Hadi.Dia...."

"Izzi,betul-betullah!"

"Hisy.Aku kesian dekat Eyra.Kalau kitaorang tak datang sama-sama pun,dia boleh drive sendiri.Dia tak bodoh macam Rykal.Nak lagi lanjut,selesai sendiri dengan Eyra"

Sejurus selepas itu,Izzi berlari masuk dengan kaki tempangnya sambil memegang kain pelikat yang dipakainya.Saje pakai kain pelikat.Bagi aircond masuk sikit dalam kain.

Orang nak kecam,kecamlah.Bukannya dia pakai skirt kembang tutu Puan Wahidah.

🐂🐂🐂🐂🐂

"EH Eyra.Awat dok tercegat kat dapur ni?"

Eyra berpaling ke arah kakak iparnya.Kelihatan botol air gas di tangannya.Ingin diberi minum kepada bayinya.

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now