EYRUL 15

1.2K 73 111
                                    

"ABANG!" jerit Zabedah riang.

Semenjak pulang ke kampung tidak pernah abangnya datang berkunjung ke rumahnya.Agak terkejut juga tapi tak ada yang peliknya.Fairul hanya memandang tajam adiknya membuatkan Zabedah sedikit gerun.

"Zabed ni nak cari pasal ke?" tanya Fairul garang.

"Eh apa abang ni.Datang-datang je terus bising.Semalam baru mandi sungai,harini dah gila pula ke?" marah Zabedah.

"Zabed sepatutnya tanya diri Zabed.Kenapa pergi bising-bising dekat isteri abang pasal chat kita?"

Fairul menurunkan nada suaranya.Takut didengari emak Zabedah kerana sesuka hati memarahi anaknya.Padahal memang salah adiknya pun.

"Baguslah tu.Bagi dia sedar sikit.Abang patutnya berterima kasih dekat Zabed tau," kata Zabedah tenang.

Dia merasakan tindakannya betul kerana mana tahu Eyra insaf dan takkan berlaku biadap terhadap abangnya.

"Haah!Memang bagus!Dia tuntut kata-kata abang tau!"

"Yang mana?"

"Pasal cerai tu!"

Wanita itu tergamam.Adakah dia silap langkah?Niatnya hanya ingin membantu hubungan abangnya dan Eyra sahaja.

"Abang,Zabed tak tahu pun dia sensitif sangat.Iyalah,selama ni Zabed tengok dia hati sado punya orang," ujar Zabed perlahan.

"Zabed nikan.Tengok benda dah jadi besar.Ni semua salah Zabed"

Zabedah kalut melihat Fairul yang sudah terduduk di lantai.Dia memarahi dirinya yang bermulut tempayan.Arghh!Niat nak tolong tapi jadi macam ni.

"Zabed nak tolong Abang.Itu je"

"Tak salah Zabed nak tolong abang tapi cara Zabed salah"

"Alah bang.Dahtu macam mana ni?Abang marah Zabed ke?Abang!Sorry lah bang!" rayu Zabedah.

Lengan abangnya dipaut sekuat hati. Susah juga kalau Fairul merajuk dengan dirinya.

"Zabed akan buat apa je yang abang suruh," tekad Zabedah.

"Pergi explain dekat Eyra," arah Fairul.

"Mana boleh bang.Tak bestlah kantoi awal-awal," rungut Zabedah.

"Dah tiba masa untuk dia tahu.Jangan pula Zabed kata ini idea abang eh.Lagi si Eyra marah nanti"

"Ah,abang juga yang setuju.So,Zabed on jelah"

"Zabed yang desak abang okay!Dari awal abang kata abang tak nak"

"Halah halah.Iyalah,bang!Zabed mengalah," akur Zabedah.

"Explain hari ni juga.Kalau tak,abang tak nak bercakap dengan Zabed lagi" ugut Fairul.

"Eleh,takkan boleh tahan punya," ejek Zabedah.

"Or else abang cakap dengan Izzi yang Zabed ada kutuk dia haritu"

"Alah!Okay!Zabed explain harini!Janganlah hancurkan hubungan orang wei!" jerit Zabedah.

Izzi tu buah hati dia kot!Dah nak dekat setahun!Mana boleh hancur macam ni je!

"Okay kita tolong each other"

Zabedah mengangguk.Fuh,selamat!Dia sayangkan Izzi tau!

"Lah Fairul kenapa duduk atas lantai tu?Katrina,jemputlah abang kamu tu masuk"

"Tak payah mak.Dia dah nak balik dah pun"

"Pandai-pandai je Zabed ni.Alah takpe mak Rul kejap je ni.Rul ada hal," tolak Fairul lalu menyalami tangan emak Zabedah.

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now