EYRUL 10

1.3K 83 102
                                    

"APA siak bising-bising ni?Nak tidur pun payah," rungut Eyra.

Dia menggeliat.Penat seharian membuat kerja rumah.Nasiblah dirinya pandai serba-sedikit mengemas.Eyra duduk di atas katil sambil membelek lengannya yang luka.

Ada ke patut masa dia goreng keli hasil tangkapan Fairul semalam,keli tu meletup-letup.Eyra apa lagi!Meloncat macam pocong lah.

"Tak guna punya keli!Dah mampus nak menggedik lagi," rengus Eyra.

Daun pintu ditolak.Eyra memandang sekilas ke pintu.Fairul sudah berdiri tegak di hadapannya lalu mengambil duduk.Terdapat minyak gamat di tangannya.

"Mak kata tangan kau luka masa goreng keli tadi.Meh aku tengok," kata Fairul.

"Tak payah.Sikit aje ni.Bukannya kena gigit anjing.Keli je"

"Sebelum luka kau lagi teruk sebab  digigit oleh aku,baik kau bagi tangan kau," ugut Fairul.

Eyra menjulingkan matanya ke atas dan dengan tanpa kerelaannya dia menurut permintaan suaminya.Fairul memerhati lengan isterinya.

"Eh teruk luka ni.Ni kena potong tangan ni," gurau Fairul bernada serius.

"Hah?"

Serta-merta Eyra terus menarik lengannya sambil menggeleng kepala berulang kali.Dia terus bangkit dari katil.

"Jom,kita pergi hospital.Potong tangan kau.Nanti infeksi pula"

"Kau fikir ni hudud ke sampai potong tangan bagai?" soal Eyra lalu memeluk lengannya.

"Itulah kau.Tak selalu pergi dapur.Mana ada orang terpercik minyak masak sampai kena potong tangan," ujar Fairul lagi.

"Hah,tahu pun"

"Meh sini duduk dengan aku," pelawa Fairul lembut.

Eyra menggeleng lagi.Ragu-ragu!Kang tak pasal-pasal tangannya digigit.

"Meh lah sini," ucapnya lembut lagi.

Dia yang seakan terpukau mendengar bisikan lembut suaminya segera mengambil tempat di sebelah Fairul tetapi disambut dengan keluhan suaminya.

"Tak naklah duduk situ"

"Lah!Dahtu nak duduk mana?Duduk salah,diri salah.Ada juga aku baring kang," marah Eyra.

"Duduk atas peha aku," arah Fairul.

Eyra memandang suaminya dengan kerutan.Disampuk dek hantu miang ke?

"Kau gila ke?Kena rasuk dengan hantu pancing ke?"

"Mana ada.Meh jerla kat sini," ajak Fairul lagi dan lagi.

"Okay fine!Jangan menyesal sudah.Aku berat tau!Tambah lagi dengan berat dosa aku,peha kau terkoyak nanti"

Sejurus selepas itu Eyra berdiri di hadapan suaminya.Dia mengambil masa untuk menenangkan dirinya.Fairul yang bosan terus sahaja memeluk pinggang isterinya.Terjerit kecil isterinya.

"Aku minta maaf eh sebab tak bagi kau ikut semalam," tutur Fairul lembut sambil memejamkan mata.

Tersenyum Eyra mendengar kata-kata suaminya.Tak jadilah nak balas dendam.

"Kenapa nak minta maaf ?" tanya Eyra menduga.

"Aku pernah bawa seorang perempuan pergi memancing dan dia nak balik sebab lama tunggu.Aku tak nak kau bosan.Aku belajar dari pengalaman"

Terjegil mata Eyra mendengar Fairul berkata 'perempuan'.Lengan baju disinsing sehingga ke bahu.Tak guna!

"Perempuan?Perempuan mana eh?" tanya Eyra menahan sabar.

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now