EYRUL 48

1.2K 100 106
                                    

CELOTEH Liyana bagaikan tiupan trumpet yang sengau pada pendengaran Fairul.Mulutnya tak henti-henti bercakap seperti dosanya yang selalu mengalir.

Banyak air di lautan,sebanyak itulah dosanya.Dosa sendiri tak pula diukur olehnya.

Selepas sahaja kejadian itu,mereka bergerak ke restoran untuk mengisi perut.Selamba badak je mereka bergembira tanpa menghiraukan Eyra.

"Bie!Dengar tak?" gertak Liyana.

"Apa?" jawab Fairul acuh tak acuh.

"Sayang cakap pasal Eyra!"

"Apa lagi yang nak dibualkan pasal dia?Dia dah pergikan?Tak puas hati lagi?Setakat kena ejek Liyana Armpit bukannya parah pun," kata Fairul.

Liyana mengerutkan mukanya.Sejak bila ketiak dia semput?Yang semput dirinya,ketiak tak ada kaitan.

"Apa bie ni?Tak cukup zat ke?"

"Kau yang tak cukup zat.Bukan ke tadi Eyra ejek kau Liyana Armpit?Itulah kau,berlakon beria.Orang ejek tak dengar"

"Bini bie tu ejek sayang Liyana Semputlah!Mana datang armpitnya?"

"Ahh,hmm,aku punya sukalah nak dengar apa!"

Fairul menjeling Liyana.Kalau dia salah,buat-buat betul dahlah!Ada juga kene sepak mulut tebalnya itu.Dahlah pakai lipstick tebalnya persis disengat lebah.Lebah sendiri tak mengaku itu kerja mereka bila terlihat bibir Liyana.

"Orangnya dah pergi,kesan sakitnya terasa lagi," adu Liyana.

"Sakit kat mana?Apa yang sakit sangat tu?Kalau dah sakit,buatlah cara sakit.Ini tak,membebel je macam bontot kau!" marah Fairul.

"Bie samakan bontot ayam dengan bontot sayang?Buta agaknya bie ni"

"Stop panggil aku bie and stop gelarkan diri kau sayang.Geli lemak nenek aku"

"Tadi bukan main lagi dok sayang-bie.Sekarang ni apa cita?" soal Liyana tidak berpuas hati.

"Kau tak ada telinga ke?Kan aku dah kata kita hanya guna panggilan tu depan Eyra je.Dia dah tak ada,back to normal ajelah.Lagipun kau tak layak panggil aku bie"

"Dahtu siapa yang layak?Eyra?"

Terdiam jejaka itu.Liyana sudah menguntum senyuman sinis.

"Bie jangan lupa,bie sendiri yang buang dia dari hidup bie.Tak ingat ke apa yang bie buat pada dia?Nak sayang ingatkan?"

"Tak payah.Aku bukan budak kecik untuk diingatkan.Kau jaga diri kau dulu.Tak payah sibuk campur hal aku," desis Fairul.

"Kalau sayang darab hal bie?"

Lawak matematik antarabangsa apakah ini Liyana?Biasa-biasa dahlah.Janganlah buat lawak bijak.Tergugat Rowan Atkinson.

"Darab ke bahagi ke tolak ke kuasa dua ke tak usah peduli.Sebelum aku gelek mulut kau dalam mesin tebu kat hujung kedai tu,baik kau diam dan makan," ujar Fairul.

Tak dapat dibayangkan oleh Fairul jika dia betul-betul hidup bersama dengan Liyana.Ada sahaja benda dijawabnya.

Sebenarnya Fairul marah akan Liyana kerana sesuka hati moyang kucing dia je menghina isterinya.Hanya dirinya sahaja layak menghina Eyra.

Berat hatinya mendengar berbakul-bakul tohmahan yang dilontarkan kepada Eyra.Entah macam mana si Liyana Semput ni boleh tahu kisah suriaXeyra.Tak lain tak bukan kakaknyalah yang beritahu.

"Aku tunggu dalam kereta"

Fairul bertindak mengambil kuncinya dan meninggalkan tunang ekspressnya.Asyik mencekik je kerja Liyana ni.Pokai duitnya berbelanja untuk wanita itu.

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now