EYRA melihat sekeliling biliknya.Sepatutnya bilik pasangan pengantin baru dihias cantik tetapi biliknya.Huh!Macam kapal karam di lautan sepi!
Dia teringat kembali lafaz nikah oleh Fairul beberapa jam lalu.Ingin sahaja dicubit cubit bibir lelaki yang tersenyum sinis tadi.Bukan main gembira dapat berkahwin dengannya.
Pernikahan mereka dijalankan secara kecil-kecilan sahaja.Cukup memanggil staf-staf syarikatnya dan beberapa orang kampung Fairul pun sudah memadai.
Kalau tidak menjemput mereka,mulalah timbul spekulasi ataupun fitnah yang merimaskan.Lagi-lagi si budak Kira becok tu.Pantang nampak dirinya berjalan dengan lelaki.
Buat apa mahu panggil ramai-ramai?Kalau suami dia itu jutawan,barulah boleh bermegah.Ini setakat maid,apa orang heran?
Terkejut juga dirinya apabila mas kahwin yang Fairul beri bernilai seribu ringgit.Suaminya itu juga yang menyatakan dahulu bahawa dia seorang penganggur.
"Mana dia dapat duit banyak?Aku target mas kahwin dia bagi lima puluh ringgit je," fikir Eyra sejenak.
Kalau duit itu berpunca daripada hasil haram,dia berjanji akan membaling duit itu di wajah suaminya.Tak sanggup rasanya mahu menggunakan duit haram.Solatnya,doanya turut terjejas dan tidak diterima.
"Walaupun aku jahat,aku tak nak guna duit haram.Sia-sia je hidup," monolognya lagi.
Kejamnya kau Eyra.Berfikir yang bukan-bukan pada suami sendiri.Manalah tahu Fairul pernah bekerja sebelum ini tetapi dirahsiakan.
Baju pengantin yang masih tersarung elok di tubuhnya ditanggal kasar.Pening memikirkan dari mana datangnya duit Fairul.Siapa suruh kau fikir?Kan dah pening.
Eyra membalut tubuhnya dengan tuala.Pintu pula dari awal lagi dikunci.Tak kuasa mahu menghadap muka Fairul.Lantaklah apa orang nak kata dekat dia sebab tinggalkan suami.
Mereka tak rasa apa yang dia rasa.Esok lusa jumpa juga Fairul tu.Tak rugi apa pun jika tak berjumpa dengannya pada malam ini.
Sejurus itu,Eyra mengambil gunting di laci meja soleknya.Digunting baju pengantin itu.Penat taylor jahitkan,dia pula tanpa rasa bersalah merosakkan jahitan tersebut.Baju itu dilempar ke atas sehingga tergantung di kipas.
"Alamak!"
Eyra mula mengeluh.Kenapalah dia pergi buat kerja yang akhirnya menyusahkan dirinya.Semua perkara yang terjadi hari ini menyebalkan hatinya.
"Naya aku kalau kipas terbuka tadi.Mahu bersepah bilik ni"
Dia berkira-kira hendak mengambil balik baju itu menggunakan galah yang dihadiahkan Fairul kepadanya sebelum pintu diketuk.Galah itu sebagai hadiah perkahwinan.Kepala hotak kaulah Fairul!
"Sekejap!"
Dia merengus.Tengah busy mengait 'buah' orang kacau.Dia segera menyarung t-shirt dan melilitkan tuala di pinggangnya.
"Ada guna juga eh galah buruk tu"
Sempat lagi dia berbicara sendirian sambil berjalan ke pintu.Kedengaran tidak logik orang menyimpan galah di bilik tidur.Tapi,apa boleh buat?Nak simpan bawah rumah,rumahnya bukan kampung.Yang ada pun,dia simpan tangkal.Choy,mulut kau Eyra!
Dia memulas tombol pintu.Terpacak wajah Fairul yang manis bak Eyra.Namun senyuman itu tak mampu menyenangkan hatinya.
"Datang sini sekadar nak tayang senyuman bangla kau,baik kau blah," halau Eyra.
![](https://img.wattpad.com/cover/194528207-288-k449654.jpg)
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
RomanceBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...