"AKU bukan anak jantan kalau aku tak
tuntut bela!Aku bukannya bodoh!""Aku faham.Tapi kenapa kau tak terus terang je?Cara senang ada.Kenapa perlu cara kotor?"
"Apa yang dia buat,bukan biasa-biasa!Jadi,aku perlu balas dengan cara luar biasa juga," tegasnya.
Dia terkenang kembali kejadian tiga hari lepas.Hatinya membara mendengar kata-kata Abang Ali.Tidak mungkin orang kepercayaannya akan menipu dirinya.Rakannya di sebelah cuma mendiamkan diri.Puas ditegah,tetapi masih degil.
Rumah banglo mewah itu dipandang dari jauh sambil digenggam kuat stereng kereta.Dirinya bagai ingin mengamuk melihat gelak tawa wanita itu.Seketika dia menjerit kuat.
"Betina tak guna!Betina sombong!Aku benci kau!" jeritnya bagai orang hilang akal
"Sabar!Bawa bertenang!Kau tak boleh macam ni!Tak guna kau balas balik!"
Dicekak baju rakannya itu lalu ditatap penuh amarah.
"Kau nak bela betina tu?Pergilah!Jangan menyesal kalau kau tak dapat jumpa aku lagi!" bentaknya.
Dia menangis semahu-mahunya di dalam kereta.Tidak adil baginya!Perempuan itu hidup senang lenang sedangkan dirinya?Penuh dengan kekecewaan dan derita!
"Maafkan aku.Aku janji aku akan ada dengan kau"
Lantas dia dipeluk oleh salah satu penguat hidupnya.Diri lelakinya akhirnya tewas di dalam dakapan sang sahabat.
"Kenapa bukan betina tu?!Sepatutnya dia!Betina tak sedar diri macam dia,tak patut wujud" rintihnya.
"Kita tak tahu perancangan tuhan.Maybe dirancang kejadian ini untuk kita bersama ke arah keinsafan"
"Ya!Dan akulah orang yang akan buat dia insaf!Biar dia sedar,betapa jahatnya dia!Lagi jahat daripada firaun!"
Sang sahabat masih setia menepuk bahunya.Mati akal mahu berbicara.
"Kau tak rasa bersalah?"
Terluah jua persoalan yang sudah lama bermain di ruang mindanya.
"Aku?Aku rasa bersalah?Soalan tu tak layak dijawab aku!Hanya layak dijawab oleh betina tu!Aku takkan pernah rasa bersalah," ucapnya satu persatu dengan suara yang semakin kendur.
"Aku mohon dekat kau.Fikir masak-masak.Tak elok terburu-buru"
"Kau ni tak faham bahasa ke?!Aku takkan berundur!Aku takkan bagi betina tu peluang!Cukuplah bertahun-tahun aku bagi dia peluang"
![](https://img.wattpad.com/cover/194528207-288-k449654.jpg)
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
RomanceBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...