EYRUL 41

1K 89 77
                                    

"TAK guna!Family gila!Dayus!"

Jeritan Encik Hadi bergema di banglo mewah itu.Balik sahaja anaknya,dia dikejutkan dengan cara jalan anaknya yang terhincut-hincut.

Kelam kabut dia dan yang lain menerpa ke arah Eyra.Belum sempat Eyra masuk ke rumah,wanita itu sudah terkulai layu menangis di luar kereta.

"Walid!Sakit!" adu Eyra.

Encik Hadi berjalan ke sana sini sementara Izzat mengurut kaki adiknya sambil dipeluk Puan Wahidah.Makin geram,makin menyampah dengan keluarga biol itu.

"Sekarang dah makin rumit.Eyra nak suruh walid buat apa?Diam je?" perli Encik Hadi.

"Izzi,bawak aku naik atas," pinta Eyra.

Tak betah menjawab soalan walidnya.Baik dia naik atas tenangkan diri.

"Amboi,walid perli Eyra ni.Boleh aje buat tak tahu"

"Walid tak payah buat apa.Duduk aje.Tunggu Fairul datang," kata Eyra.

"Aku tak fahamlah kau ni.Kau dah dihina sekali lagi pun kau masih nak menangkan dia.Gila bayang agaknya"

Izzat menekan lebam di kaki Eyra menunjukkan kekesalannya.Eyra mengaduh kesakitan.

"Eh bangang!Apahal kau nak tambah lagi sakit dia?" marah Izzi.

Kepala Izzat dipukulnya kuat.Izzat bangun lalu mencekak kolar baju Izzi.Mata mereka bertentang.

"Wei!Tak payahlah!Jangan bergaduh sebab Fairul!Bodoh ke?!" tengking Eyra.

"Kau tu yang bodoh!Laki bini sama aje level bodoh!" sergah Izzat.

Cekakan dilepaskan.Nasib kesabarannya masih ada.Jika tidak sudah pecah muka Izzi.

"Izzat!Kenapa panggil adik macam tu?Tak baik!" ujar Puan Wahidah.

"Dah puas nasihat,tak nak dengar.Bodoh sombong!Umi pun sama ke dah terkena virus Eyra?Asyik-asyik nak pertahankan orang yang salah!"

Entahlah!Semua orang dalam rumah ni layak dimarah!Semua tak betul!Semua gila!Yang ahli lelaki,dayus!Disebabkan ulah Fairul,Eyra terseksa.Itupun tak boleh lindung.Padahal Fairul je pun!

"Kalau kau hebat sangat,pergilah belasah Fairul sekarang!Aku cabar kau!Kau kata aku pengecutkan?" cabar Izzi.

"Kau!"

Terlepas satu sepakan di perut Izzi.Izzat lantas duduk di atas adiknya.Mereka bergelut sebelum Encik Hadi maju meleraikan pergaduhan yang sedang hangat itu.

"Apasal perangai macam budak kecik?Sabarlah!Bincang elok-elok!" nasihat Encik Hadi.

Melihat kesakitan Eyra dan perkelahian anak-anak lelakinya,dia akhirnya membuat keputusan untuk berbincang terlebih dahulu.Saat-saat begini,sikap bertolak ansur perlu diutamakan.

Izzat dan Izzi menjeling sesama sendiri.Erni yang seperti tunggul sejak dari tadi mula melontarkan suara.

"Erni rasa abang berdua kena pergi sekolah baliklah.Bodoh tak bertempat," kutuk Erni.

"Okay!Look!Eyra nak kami buat apa?Walid nak dengar"

"Eyra nak kauorang semua diam dulu.Nanti kalau Fairul datang,walid nak belasah dia,buatlah"

"Andaikata dia tak datang?"

"Dalam masa empat hari dia tak muncul,buatlah apa kauorang nak," pasrah Eyra.

"Termasuk pukul dia?" tanya Izzat.

Pengepal sudah dibentuk.Tak lama lagi pengepal itu bakal memainkan peranan besar.

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now