EYRUL 33

937 71 68
                                    

EYRA melihat telefonnya.Sudah lebih lima kali dia menelefon Fairul.Masuk kali keenam,dia sudah berputus asa.Hampa.Lelaki itu tidak menjawab.Telefon balik pun tidak.

Empat hari berlalu.Belum sampai seminggu,Eyra pulang ke rumah keluarganya.

"Mana Fairul ni?Dia kena culik dengan minah Sydney ke?" monolog Eyra.

Tak sangka minah salleh ada hati pada lelaki melayu.Minah melayu pula ada hati pada mat salleh.Terbalik,terbalik!

"Eyra," panggil Izzi.

"Iya bang," sahut Eyra lemah.

"Dia tak jawab-jawab ke?"

Risau juga Izzi akan keadaan adiknya.Baru empat hari suami pergi,sudah lemah sebegini.Kalau sebulan,mau sakit teruk gamaknya.

"Iya.Mana dia pergi?Aku risau"

"Dia busy tu.Tengah bersuka ria dengan perempuan dekat sana.Cun melecun kot dorang," usik Izzi.

Tak apa.Selagi belum berkahwin,dibenarkan berfikir pasal perempuan lain.Nanti dah kahwin dengan Zabedah,jangan harap dapat!Kepala otak Izzi nanti sarat dengan Zabedah je.

"Busy apanya?Dia tu holiday,bukan buat kerja.Kalau dia kerja,aku fahamlah kenapa dia tak angkat.Seronok sangat sampai lupakan aku dekat sini," dengus Eyra.

Dia punyalah bermati-matian rindu dan risaukan Fairul,suaminya itu boleh lagi buat sebegini.Dahlah tak sedar kena tipu hidup-hidup.

Apalah nasib seorang insan yang bernama Eyra Hayati ni?

"Dia tengah bersihkan toilet dekat sana kot.Almaklumlah,cleaner," fikir Izzi.

Toilet rumah tak nak pula bersihkan.Toilet negara lain,nak pula.Huh!Apa bezanya?Sama je.Tandaslah tempat orang berak,kencing dan berselfie.

Bahagian selfie tu yang tak menahan.Kat mana-mana nak tangkap gambar!Kau bayangkan,pintu tandas tak bertutup dan ada satu benda ganjil berwarna coklat.

Kau pula sedang berdiri di cermin yang boleh pantulkan tandas puaka itu.Confirm dapat banyak like and komen di media sosial jika gambar itu dipost.

"Trylah call Rykal," cadang Izzi.

Takkanlah adiknya kurang pintar untuk fikirkan strategi lain.

"Seganlah aku," luah Eyra.

Lah,segan rupanya.Baru nak fikir segan?Selama ni kau dok bercakap dengan Rykal,okay aje.

"Biar aku call pakai phone aku," tawar Izzi.

Izzi terus mendail nombor Rykal.Eyra menunggu dengan penuh harapan dan sabar.

"Tak dapatlah Eyra," tutur Izzi hampa.

"Cuba sekali lagi," pinta Eyra.

Jejaka itu hanya menurut.Didail sekali lagi rakannya itu.Namun tidak berjaya.

Eyra faham akan isyarat gelengan yang ditunjukkan Izzi.Dia mengeluh melepaskan kerisauan.

"Apa kata kau pergi je Sydney"

"Tak ke macam cepat sangat?Fairul meluat nanti"

Gusar juga jika apa yang difikirkannya terjadi betul-betul.Sia-sia sahaja pengorbanannya selama ini kalau Fairul tawar hati padanya.

"Aku bagi idea je.Cuma...."

Eyra mengangkat keningnya.Izzi mula tersengih menayangkan giginya yang cantik tersusun.Bukan macam gigi adiknya!Bentuk zig-zag!

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now