EYRUL 53

1.3K 111 118
                                    

Eyra pov

BENCI!Ya,itu yang aku rasakan saat ini.Puncak kebencianku sudah mencecah tahap paling atas.Sepertimana dalamnya Jurang Mariana,sedalam itulah benci aku pada suamiku.

Bagiku,apa yang dilakukannya semua jahat!Sampai hati dia langgar umi!Kalau benci aku sekalipun,kenapa umi yang terlibat?!Adakah ini semua karma bagiku?

Eh,aku tak suka karmalah!Kurma je aku suka!Sedap!

Saat dia menolak umi menggunakan kaki,terasa maruahku dipijak!Orang yang lahirkan aku telah dipijak oleh seorang yang aku tak suka!

Aku menoleh ke sisi.Kelihatan adik-beradikku yang lain duduk menangis risau.Pertama kali aku lihat abang-abangku mengalirkan air mata.

Erni ku peluk erat.Aku tak mahu Erni kehilangan umi di usia muda.Aku juga tak sanggup lihat Erni tidak beribu sedangkan remaja sebayanya yang lain lengkap berkeluarga.

Basah tudungku dengan air matanya.Umi di dalam sedang bertarung nyawa.Terlihat sahaja darah umi yang banyak semasa dilanggar,aku rasa mahu merobek-robek jantungnya.

Jika umi perlukan darah,aku sumpah!Aku akan menadah satu baldi darah jantan keparat itu!Rykal yang duduk disebelah Erni,aku pandang sayu.

Mahu buat laporan polis?Tak nak!Biar dia hidup dalam bayangan kesalahan!Sebab dendam,dia sanggup mempergadaikan nyawa umi.

"Rykal," rintihku.

Kalau Rykal itu halal bagiku,sudah lama aku menghamburkan tangisan dalam dakapannya.Ingin sahaja aku memeluknya tapi tak boleh.

"Eyra,aku minta maaf.Kalau aku dengar cakap Fairul supaya tak jumpa kau lagi,umi tak akan dilanggar," luah Rykal.

Aku segera menggeleng.Wajah itu aku tenung dalam-dalam mencari keikhlasan.Jujur aku katakan,sepanjang hidupku,lelaki yang paling ikhlas denganku selain keluarga aku ialah tak lain tak bukan,Rykal.

Kadangkala terbit perasaan marah dalam diriku.Kenapa tuhan tak mempertemukan aku dan Rykal dahulu sebelum Fairul?Dan kenapa mesti Iman menjadi pilihan Rykal?

Namun aku sedar,ini semua takdir-Nya.Ada hikmah aku bertemu suamiku. Hikmahnya,pengalaman hidupku dengannya mengajar aku erti kekuatan sekaligus mengubah cara hidupku yang bongkak sebelum ini.

"Kau tak salah Kal.Kau terlalu baik bagi aku.Lepasni aku minta,balik dengan Iman kembali.Tak payah tolong satukan kami balik.Kau buatlah apa pun,hati aku dah tertutup," pintaku.

Rykal kelihatan tersentak.Terkejut agaknya macam mana aku boleh tahu rancangannya.Kalau tak kerana Iman terlepas kata,tak adalah aku tahu motifnya.Terima kasih Iman.

"Umi!"

Jeritan seseorang mengejutkan kami dari lamunan.Tegak kepala kami mencari punca jeritan itu.Tak aku sangka dia kembali lagi ke sini selepas apa yang terjadi.Tak tahu malu ke?

"Umi!" jerit Fairul dalam tangisan.

Izzat mula bangun.Dihampiri Fairul yang meraung di hadapan pintu wad kecemasan.Suamiku diseret olehnya tanpa belas kasihan.

Dulu memang aku mengasihaninya jika dia disakiti,tapi kini,menyebut namanya pun aku jijik!Apatah lagi kesian akan dirinya.

Kolar bajunya dicekak Izzat.Mencerlung mata Izzat memerhatikan wajah lebam Fairul akibat ditumbuk Izzi.

Tak apa!Kali ini biarlah Izzat yang mengambil giliran untuk menghias wajahnya.

"Kau buat apa lagi dekat sini hah syaitan?!Siapa lagi yang kau nak cuba bunuh?!" tengking Izzat.

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now