EYRUL 32

946 83 83
                                    

"YA Allah!Bersepahnya bilik!"

Terkejut Eyra melihat bilik Fairul yang bersepah dengan segala jenis pakaian.Sejak bila suaminya jadi pemalas?

Pintu bilik air dikuak.Kelihatan Fairul yang baru sahaja keluar.Dia menayangkan sengihan lebar.

"Ni,kenapa bilik bersepah?Kau nak dermakan baju ke?"

Fairul menarik tangan Eyra ke katil.Eyra terpinga-pinga dengan tingkah suaminya.

"Apa lagi yang dia nak tipu aku?"

"Kau tahu tak kenapa baju-baju aku bersepah?"

"Tak tahu," jawab Eyra.

"Aku nak pergi Sydney!" kata Fairul riang.

"Untuk?"

"Company trip!Dia angkut cleaner sekali"

"Daebak!Baru beberapa minggu kerja,dah dapat terbang eh," usik Eyra.

"Itulah.Aku excited ni.Yalah,mana pernah jejak kaki dekat overseas"

Hakikatnya,Fairul seorang penipu!Penipu!Kalau pusing seluruh dunia pun,dirinya lebih dari mampu.

"Bila flight?"

"Malam ni"

Sekali lagi Eyra terkejut.Ma...Malam ni?

"So soon!Kenapa tak bagitahu aku awal-awal?" bentak Eyra.

Hatinya sakit secara tiba-tiba.

"Teruja sangat sampai lupa nak inform," dalih Fairul.

Cuba mencari alasan padahal memang sengaja.Dia memang sudah sedia maklum yang tugasnya memerlukan khidmat di Sydney selama seminggu.

Nyatanya,penerbangannya berjadual pada esok hari.Malam ini dia akan menumpang tidur di rumah Rykal sebelum mereka bergerak bersama.

"Kau ada duit?"

Fairul tersentak.Dia lagi nak sakitkan hati Eyra,boleh lagi prihatin terhadap dirinya.

"Kau nak bagi ke?" tanya Fairul.

Eyra mengangguk.Belanja bukannya sedikit jika pergi ke negara orang.

"Company yang sponsor.Jangan risaulah"

"Memanglah tapi kalau kau nak beli barang yang kau berkenan or buah tangan,nak guna duit company?"

Fairul menjulingkan matanya ke atas.Eh,dia tahulah!Pandai-pandai nak mengajar!

"Tak apa.Rykal ada"

"Oh,Rykal pu pergi?"

"Dia boss,wajib pergilah," kata Fairul.

"Sampai Sydney nanti,title boss dia akan hilang sebab kau yang akan ganti dia"

"Apahal pula?" ujar Fairul.

"Kaukan suka buat dia macam kuli.Itu pun tak tahu ke?"

Alah Eyra.Nak buat macam mana?Dah memang suami kau boss.Rykal tu second hand punya boss je.

"Aku akan ikut juga mana dia pergi nanti.Dia kan tahu selok-belok negara orang.Si Rykal tu dah pernah pergi Sydney lima kalilah.Semuanya dalam mimpi"

Jenaka Fairul membuatkan Eyra resah.Mimpi dengan realiti lain wei!

"Nanti kau hilang macam mana?"

"Aku bukan budak Kecil Eyra.Kalau sesat,aku tanyalah orang sana," tutur Fairul yakin.

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now