"FAIRUL,kau kat mana?"
Eyra melepaskan keluhan.Sungguh hatinya sakit dan gusar tika ini.Tiga minggu berlalu,Fairul masih tidak pulang ke pangkuannya.
Dia benar-benar buntu.Kata seminggu je pergi tapi tak balik-balik lagi.Eyra tidak mampu bertahan lagi.Dia segera mengemas pakaiannya dan dimasukkan ke dalam bagasi.
Nasiblah dia sudah mengetahui lokasi suaminya.Bolehlah dia menjenguk.
"Kalau dia tak nak pergi dekat aku,biar aku yang pergi," tekad Eyra.
Eyra bangun sebentar lalu merempuh bilik abangnya.
"Izzi!"
Izzi yang sedang dibuai mimpi menjerit terkejut dengan rempuhan tersebut.
"Terkejutlah siak!Aku mati tadi macam mana?" marah Izzi.
"Jom bang"
"Jom ke mana?" tanya Izzi.
"Sydney,Australia," jawab Eyra.
Fahamlah Izzi akan tujuan Eyra.Dia kembali segar.Yeay!Cuti-cuti Australia!
"Bila?"
"Malam ni," kata Eyra.
"Puih!Kau gila eh?Mana nak cari tiket?Entah-entah tak ada flight untuk malam"
"Kau tak payah risau.Itu semua aku dah settlekan"
"Good girl!Okay,aku kemas baju sekarang," ucap Izzi dengan semangat.
"Flight pukul 10 malam tau"
Mujurlah urusannya dipermudahkan.Eyra mula mempercayai kata-kata Zaki tentang tujuan Fairul ke Australia.Buktinya Fairul melanjutkan dua minggu di sana.
Kepalanya semakin diasak dengan pelbagai soalan mengenai rahsia suaminya.Firasatnya yang mengatakan Fairul ada menyembunyikan sesuatu memang betul!
Perlahan-lahan kepercayaannya terhadap Fairul beransur hilang.Daripada seratus peratus,turun menjadi lima puluh peratus sahaja.
"Eyra!Baju aku banyak tak basuh lagi.Takkanlah nak pergi sana bawa baju sikit," adu Izzi.
"Kau ni mengadalah.Itu pun tak boleh uruskan.Rembatlah baju Izzat"
Bukan namanya adik-beradik kalau minta izin terlebih dahulu.Rembat ajelah!Bukannya orang lain pun.
"Nanti Izzat marah"
"Kan dia tak ada dalam rumah ni.Mana baju dia yang tertinggal tu,kau masukkanlah dalam beg kau"
Izzat baru sahaja berpindah ke rumah baharu bersama keluarganya.Tak naklah menyusahkan mak bapakan?
"Baik boss!"
Teruja benar abangnya mahu ke Australia.Nak kata Izzi tak pernah jejak,tak mungkin.Dia siap bagi kangaroo makan lagi.Obes terus haiwan comel itu dek keterujaan Izzi.
"Nanti dapatlah honeymoon sekejap dengan Fairul," fikir Eyra.
Itu pun kalau Fairul nak.Kalau tak nak,Eyra okay je.Asalkan suaminya sentiasa di sisi itu sudah cukup membahagiakannya.Tak kisahlah pekerjaan cleaner ke atau apa je.
Dulu iyalah dia seorang yang memilih dan menjaga pangkat.Sejak kehadiran Fairul,semuanya berubah.Eyra tidak lagi bersikap memilih seperti selalu.
Dalam kesedihannya,Eyra tetap cuba berfikiran baik terhadap suaminya.Tidak mahu merumitkan teka-teki yang Fairul sendiri bina.
Berbeza pula dengan Encik Hadi.Orang tua itu mula mengutuk suaminya.Ini kerana Eyra telah menceritakan kejadian dia dihalau dan dihina di kampung tanpa dilindungi Fairul.
![](https://img.wattpad.com/cover/194528207-288-k449654.jpg)
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
Roman d'amourBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...