EYRUL 13

1.2K 80 73
                                    

Fairul pov

"WOI Airul!Mandilah dulu!" jerit ayah.

"Orang mandi sungai je nanti"

Hati ku sakit mendengar kenyataan ayah tadi.Aku bangun tidur sahaja,katil di sebelah sudah kosong.Aik,mana bini aku pergi?Selalunya aku akan kejutkan dia.

Dia tu tak kiralah di mana-mana pun tetap dengan perangai bangun lambat dia.Nasib baik ayah dengan mak tak kata apa.

Aku berjalan menuju ke sungai yang hanya beberapa langkah dari rumah ku.Setakat sungai dekat dengan rumah,heh aku boleh pergi sambil buat kuak lentanglah wei atas tanah! Takkan nak naik motor kan.Benda dekat jalan kaki sudahlah.

Aku terlajak tidur hari ni sebab terlalu penat menguruskan peristiwa semalam.Aku nak mati awallah,biar Eyra penat uruskan tahlil aku pula.

Tak guna punya Rykal!Kau bawa bini aku pergi sungai tanpa bagitahu aku!Kalau aku dapat tahu si Rykal Biol tu ada hati dekat Eyra,aku akan perangkap dia dengan Zabedah 2.0 yang kejar bini aku tu.

Biar kena tangkap basah lepastu kahwin free.Lagi pula,Rykal suka benda free.Memang pantang dengar perkataan percuma.

Aku mulai sedar,lamanya aku nak sampai sungai.Selalunya dalam lima minit jalan dah sampai.Ni dah 10 jam aku jalan,tak sampai-sampai.

Pelik juga aku bila lihat sungai tiada.Yang ada hanya pokok-pokok renek.Takkanlah sungai hilang diganti dengan pokok?Kuasa elemental apakah ini?

Aku teringat akan animasi boboiboy movie yang aku tonton tempoh hari.Pokok tu boleh bergerak masa Gopal nak tembak buah dekat pokok tu.Agaknya,inilah pokoknya.Pokok yang berada di hadapan ku ini.

Aku mengamati sekeliling ku dan terdengar suara orang menjerit riang dari arah kiri disertakan dengan bunyi percikan air.Oh,sungai jalan belah kiri.

Aku lurus je memanglah tak jumpa sungai!Aku berlari anak ke sungai.Dah tahu kawasan sungai batunya licin sebab lumut lagi mau lari.

Eh,kesah apa aku?Orang kampung panggil aku 'Rul Lumut' lah.Itu sebab masa kecil Si Naqi pernah tonyoh aku dengan lumut sebab marah bila aku tolak anak dara orang kat batu licin.Katanya sebagai pengajaran dan nilai murni kepadaku.

Banyak juga ya perkara yang aku teringat sepanjang perjalanan ku ke sungai.Memori hitam pasal aku boleh pula aku ingat lama.Memori manis kejapan dah lupa.

Sesudah sampai di sungai,aku dapat lihat ramai saudara mara ku yang muda-muda sedang bermandi manda.Tak guna kan diorang ni!Tinggalkan aku dengan kaum-kaum tua dekat rumah!

"Ewah ewah!Senang hati nampak!Khemah-khemah dekat rumah tu sape nak kemas?" jerit ku.

Aku sengaja mencari pasal.Padahal khemah-khemah tersebut dah pun berkemas.Aku pun tak tahu siapa yang kemas.Yang aku tahu,cuma tidur sahaja.

"Siapa yang duduk makan kat khemah tu?Orang kampung kan?Depa lah kemaih," bilang Zaki.

Budak ni nak kata bodoh tak adalah bodoh mana.Belajar pun pandai.Aku kadang-kadang pelik juga.Sebenarnya aku ni asal mana?

Nak kata utara keluarga aku mana cakap utara.Nak kata orang pantai timur,mana mungkin.Asal boleh kot rasanya.

"Kan semalam kita dah deal,biar orang-orang tua pulak yang kemas.Yang muda-muda ni dah buat semua semalam," celah Rykal mematikan lamunan ku.

Aku turun ke dalam sungai.Mataku memandang sekilas Eyra yang sedang leka menangkap ikan dengan saudara perempuan ku yang lain.

Eh,ada seorang lelaki,Irfan!Saudara ku juga.Baju Eyra basah dan melekap di badannya.Auww seksi!Leka sangat sampai tak tahu aku datang.

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now