"LAMBAT balik," tegur Fairul.
"Eh,tak tidur lagi?Pergilah tidur.Kau kan penat baru balik dari dating juga"
"Kenapa balik lambat?" tanya Fairul dingin.
Melihat sahaja wajah Rykal yang bersahaja,makin membuatkan amarahnya naik mencanak.
"Dating bro.Mana boleh cepat-cepat nanti rindu"
"Esok lusa boleh jumpakan?Apa yang nak dirindukan?" soal Fairul.
"Sibuk pasal hal aku dengan Eyra kenapa?Jealous?"
Rykal melemparkan pandangan sinis kepada Fairul.Baru sekarang nak jealous?Dasar lelaki kurang zat besi!
"Eh tak!Aku risau pasal kau je.Mana tahu kena culik ke rogol ke.Susah nanti kalau kau mati.Nanti duit sewa aku tanggung sorang," kalih Fairul.
Rykal mencebik.Eleh,tak nak mengaku pula.Dasar lelaki kurang kalsium!
"Baguslah tu.Suka untuk aku ingatkan,Eyra aku punya.Bila kau nak lepaskan dia?"
Soalan Rykal membuatkan Fairul meninggikan suaranya.Kurang ajar punya jantan!Tak terlintas langsung di fikirannya mahu bercerai.
"Apa ni?!Dia isteri aku tau!"
"Kalau dia isteri kau,kenapa kau boleh biarkan aku dan dia bersuka ria keluar sama-sama?"
Rykal masih tenang.Mengelakkan diri dari bergaduh besar.Jika perlu,barulah dia akan bertindak.
"Sebab aku nak tengok sejauh mana kauorang boleh tipu aku.Kau ni pengkhianatkan?Keji," kata Fairul.
"Kau tu yang pengkhianat.Kau khianati cinta Eyra.Padan muka kau!Dia dah beralih hati pada aku.Lepastu lagi mau marah.Aku boleh je pasang dua,Iman dan Eyra.Dua-dua aku sayang.Lagipun diaorang berdua dah setuju"
"Kaki perempuan!Suka hati je nak pasang dua"
"Kau cakap dengan diri sendiri ke?Kau pun lebih kurang.Dah ada Eyra sibuk pasang satu lagi.Perangai buruk pula tu.Aku pasang dua,at least dua dua menyenangkan hati," jawab Rykal.
"Aku tak kisah!Kau jangan jumpa dia lagi!Aku dapat tahu,betina tu aku belasah!" ugut Fairul.
Kesabarannya sudah tidak dapat ditahan.Lain yang dirancang,lain yang jadi.Rancangnya dalam masa beberapa hari,barulah dia akan menyerang.
Disebabkan Rykal sudah mula bertanyakan soalan yang menaikkan marahnya,semuanya terlepas malam ini.
"Belasah?Kau jangan lupa aku pun lelaki.Aku boleh protect dia.Ingat kau seorang je boleh?"
"Bodohkan kau ni?Tak rasa berdosa ke ambil isteri orang?"
"Wah kau cakap pasal dosa dengan aku?Kau tu yang berdosa.Sakitkan hati bini sendiri dan pergi bercuti berdua-duaan dengan perempuan lain"
"Dia tunang aku.Salah ke?"
Belum sempat Rykal mahu bertekak,telefonnya berdering.Tertera nama Eyra di situ.Bagus!Tepat dengan situasi sekarang!Boeklah Eyra!Ini yang makin sayang ni!
Pembesar suara sengaja ditekan.Mahu melihat reaksi Fairul.
"Hi baby girl.Aik,baru je balik,dah rindu ke?"
Eyra tertawa di corong telefon.Turun naik nafas Fairul mendengar tawa manja itu.
"Mana ada sayang.Nak cakap ni yang..."
Fairul merampas telefon itu.Ditekapnya di telinga.Pekaklah telinga kau Rul.Dahlah pasang loud speaker.
"Eh kau!Kalau aku jumpa kau,mampus aku kerjakan!Pergi matilah!"
![](https://img.wattpad.com/cover/194528207-288-k449654.jpg)
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
RomantikBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...