"HAI Encik Boss"
"Hai"
"Hai"
Dia hanya mengangkat tangan sambil tersenyum sebagai balasan.Lelaki itu mula mengatur langkah ke dalam pejabat persendiriannya.Sebelum duduk,matanya melilau-lilau melihat persekitaran biliknya.
Tiada habuk dan kemas seperti biasa.Nampaknya kawannya yang seorang itu boleh diharapkan.Sejuk hati dapat member yang mendengar kata.
Dia mengeluh kasar.Tak ada angin,tak ada ribut tiba-tiba dia perlu masuk semula bekerja.Punah harapannya ingin bersenang-lenang.
Tak ada bezanya jika dia duduk di rumah atau di pejabat sekalipun kerana duit tetap masuk mencurah-curah.
Seketika pintu diketuk.Okay,ini pintu pejabat bukan pintu rumah.Jadi,kena acah bossy sikit.
"Maaf,dalam bilik ni tak ada orang!" jeritnya.
Mana bossynya?Itu bukan bossy,itu orang gila!
Tombol pintu dipulas.Muncul seorang wanita berusia dalam 30-an tersenyum ke arah lelaki itu.Kepala digeleng-gelengkan melihat perangai loyar buruk bossnya yang tidak hilang.
"Ingatkan berbulan duduk rumah dah hilang perangai buruk tu"
"Alah kak.Ini first day saya masuk.Takkan nak terus marah-marah," katanya.
Mereka sama-sama berbalas senyuman.Mug yang dibawa wanita tadi dihulurkan kepada bossnya.Lelaki itu menyambut baik huluran tersebut.
"Bacakan schedule untuk hari ni," arahnya dengan sopan sambil mengacau air.
Dia menyisip sedikit air itu.Wah,manis seperti pembuatnya!
"Untuk hari ini,boss ada meeting tentang projek yang diaorang tak dapat settlekan tulah," terang wanita itu.
"Itu je?"
Soalannya dibalas dengan anggukan.Nampak berseri wajah wanita itu.Iyalah,boss kesayangan sudah masuk kembali.
"Boss,nak tahu tak?"
"Apa dia kak?"
"Yang kat luar tu,tak habis-habis bercerita pasal boss.Kami happy boss dah masuk balik"
Dia tergelak kecil.Lagi bagus rasanya masuk pejabat.Semua orang hargainya.Fikirnya sedetik.
Memanglah!Dah kau boss!Kalau kau kuli,tak adanya orang tercari-cari atau rindu.
"Kenapa boss pakai t-shirt putih dengan seluar sukan ni?"
Pakaiannya dipandang.Orang bekerja di pejabat,pakai kemeja dan kot.Dia pula lain macam.Manalah orang tak pelik.
"Nanti saya tukarlah kak.Saya lupalah.Dah terbiasa pakai macam ni dekat rumah"
"Ada-ada sajalah anak muda sekarang ni"
Tengok!Disebabkan setitik nila,rosak susu sebelanga.Dia yang buat,orang lain turut terkena tempias.
"Ah boss.Saya keluar dulu ye"
"Baik kak"
Setelah wanita itu menghilang,dia menuju ke mejanya.Dia membetulkan plat nama yang senget itu dan mengelap sedikit habuk.
Di plat itu tertera namanya,Fairul Amin bin Naqi.Dia tersenyum senang.
🐂🐂🐂🐂🐂
"MANA dia ni?Tak pernah balik lambat," rungut Eyra.
Takut juga tinggal seorang diri di rumah yang sederhana besar itu.Mana pernah dia tinggal bersendirian sebelum ini.
Dia segera ke depan apabila bunyi ngauman bike memecahkan kesunyian.
![](https://img.wattpad.com/cover/194528207-288-k449654.jpg)
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
RomanceBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...