"SAYANG saya!Awat tercegat kat situ?Oh nak abang turunkan?Sekejap ya?"
Fairul segera turun dari kereta.Dia lantas memeluk pinggang Eyra.Eyra pula hanya memberi senyuman paksa kepada Kira.
"Lama abang tunggu sayang dekat kereta.Rupanya kat sini ya dia.Alahai sayang saya ni"
Dicuit hidung Eyra dengan penuh manja.Eyra secara perlahan menepis tangan Fairul.Jejaka itu masih lagi memeluk pinggang isterinya.
"Ehem"
Deheman Kira memecahkan suasana manja pasangan tersebut.Orang kat depan,kauorang sibuk-sibuk nak bermanja.Nak manja atas katillah wei.Ops,terlepas pula.
"Amboi,tolong hormat orang single please.Geli tengok," sampuk Kira.
"Alah,kita kan pengantin baru,memanglah kena manja-manja tak kisah dimana-mana sahaja kan sayang?" usik Fairul.
"Ya.Bagi sayang apa yang abang cakap semua betul.Orang single macam awak,memang akan kata begitu.Kalau awak dah ada suami nanti,baru rasa.Jadi,tak patut awak nak geli bagai yaKira"
Eyra meletakkan kepalanya di dada suaminya.Alang-alang suaminya nak bermanja,apa salahnya dia layankan.Biar Fairul terangsang!
"Uish,melayan jugak eh si Eyra ni.Hmm,ni yang best ni"
"Sayang,balik jom.Tak sabar lah," ajak Fairul.
"Uishh,tak sabar apa tu?" tanya Kira miang.
Kira sempat mengangkat keningnya dan memandang Eyra dengan penuh makna.
"Tak sabar yang itulah.Sebab honeymoon haritu dia datang bulan so no chancelah," ujar Fairul selamba.
Perut suaminya disiku.Pervert!Tak tahu malu ke?Entah bila masa mereka pergi honeymoon.Kalau pergi pun,dia yang kena tanggung Fairul.
"Apa barang buat kat rumah.Pergilah honeymoon balik," cadang Kira.
"Eh dah jauh dah kauorang ni.Jom balik!Nanti makin kuning otak"
Eyra segera menarik Fairul sebelum dihentikan dengan suara Kira.
"Ni ke kereta husband boss?Buruknya!Boss cakap,suami boss orang kaya," sampuk Kira.
Dia memandang jijik kereta tersebut. Langkah Eyra terhenti.Apahal si Kira ni suka menyibuk?
"Haah,saya suka pakai kereta antik macam ni.Malas nak beli kereta mahal-mahal,besar-besar.Kami dua orang je.Lainlah kalau ada anak berderet," jawab Fairul.
Kesabaran Eyra sudah hilang.Orang dah layan baik-baik,melebih-lebih pula soalan kau.
"Kira!One more time awak menyibuk lagi hal saya,saya pecat awak!Suka hati kitaoranglah nak pakai kereta apa pun.Patutlah sampai sekarang tak laku.Orang meluat sebab kau pandang barang mahal je!" marah Eyra.
Sejurus selepas itu Eyra terus masuk ke dalam kereta.Kira tercengang seketika.Mesti ada hal yang disorokkan oleh bossnya.Fairul segera memandu keluar.Dia menggeleng melihat perangai isterinya.
"Yang kau nak marah-marah ni kenapa?"
"Kau tengoklah Kira tu!Suka menyibuk!Suka hati akulah nak pakai kereta apa pun !" jerit Eyra geram.
"Hek eleh,tak payah nak marah sangat.Kau dengan dia sama je.Dua-dua pandang benda mahal je.Kalau ikutkan hati kau pun andartu sampai sekarang macam dia.Kira bersyukur aku kahwin dengan kau.Cermin diri tu sikit sebelum kata orang.Padan muka kau!Inilah karma bila menipu staff sendiri.Susah sangat ke nak bagitahu yang laki kau ni bukan orang kaya?" bebel Fairul.
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
RomansBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...