EYRUL 25

1K 76 109
                                        

"SEMUA dah ada?Ada apa-apa lagi tak yang tinggal?"

"Beres!" kata Eyra bersemangat.

Seminggu di kampung bukanlah tempoh yang sekejap untuknya.Bagi Fairul pula,tempoh itu terlalu singkat.Mahu sahaja dia tinggal di situ selama-lamanya tapi apakan daya,jika boleh sudah lama dia berbuat sedemikian.

"Semangat bukan main eh," tegur Fairul.

"Mestilah!Home sweet home!"

Fairul tersenyum sambil tangannya lincah memasukkan bagasi-bagasi ke dalam kereta.Luas juga ruang belakang ni,kalau sumbat Eyra lepas ni.Hidup pun menyusahkan orang,baik pergi.

"Nanti sebelum balik,kita jalan-jalan dulu eh," pinta Eyra.

"Aduh,nak ke mana?"

"Jalan-jalankan aku kata tadi"

Ei,tak reti bahasa ke?Kang aku cakap bahasa arab,lagilah kau tak faham!

"Tak mahulah.Aku penat," elak Fairul.

"Apa guna ada wife pandai drive?"

"Okay,sampai KL je kau take turn pula," arah Fairul.

Eyra mengangguk.Buat apa nak harapkan suami kalau diri sendiri tahu drivekan?

"Okay siap!"

Eyra ingin masuk semula ke rumah tetapi sempat dihalang oleh Fairul.

"Kenapa?"

"Kau nak buat apa masuk balik?"

"Nak salam diaoranglah.Apa bengong sangat kau ni?"

Fairul dengan pantas menggeleng gelisah.Alamak macam mana ni?Tak!Eyra tak boleh masuk!

"Alah,tak payahlah.Kita terus balik je"

"Kepala lutut awaklah!Nanti terasa orang-orang tua kat dalam tu.Tak pasal-pasal kena gelar menantu derhaka"

Eyra menepis pegangan suaminya.Tak pernah dia jumpa orang yang menghalang budaya baik seperti ini.

"Baik jadi menantu derhaka daripada jadi isteri derhaka," ujar Fairul.

"Tak,yang kau ia-ia halang kenapa?"

Fairul terpaksa mengikuti kemahuan isterinya.Suka hati kaulah Eyra,Fairul nak tolong kau tak nak.Kau menangis nanti,tanggunglah sendiri ye.

Eyra terus menerpa anak Kak Fatin yang sedang baring terlentang di tilam.Dicium-cium bayi yang berumur lapan bulan itu.

"Airul,boleh tak kita bawak balik budak ni?" gurau Eyra.

"Eh,jangan nak mengada.Kau ada ke susu badan nak bagi dia?"

"Susu kambingkan ada"

Ditepuk punggung bayi itu.Tepuk pakai apa?Pakai tanganlah!Takkan nak pakai raket badminton.

"Hoi,berambus kau!Jauh dari anak aku!"

Kak Fatin yang baru sahaja keluar dari bilik terus menyerang Eyra yang sedang asyik bermain dengan anaknya.Ditolaknya Eyra sehingga tercabut kain batik yang dipakai wanita itu.

Eyra terkejut yang amat.Fairul hanya berdiri di pintu rumah tanpa melakukan apa-apa.Eyra memang layak diperlakukan sebegitu!

"Kau jangan pernah sentuh anak aku lagi selagi kau tak bersihkan tangan kau!" tuding Kak Fatin kepada Eyra.

"Ohh,cakaplah kena basuh tangan dulu.Akak tolak Eyra macam tangan Eyra bersalut taik pula"

Eyra bingkas bangun lalu membasuh tangan.Dia ke ruang tamu semula.

House Husband(EYRUL) ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang