FAIRUL meneliti jam dinding yang menunjukkan angka 12 tengahari.Akibat penat semalam tidak habis,subuh terlajak,nak buat breakfast turut terlajak.Bukannya selalu dia bangun lewat,jadi tak usah menghakimi lebih-lebih.
Dia mencampak selimut seraya turun ke bawah.Televisyen terpasang begitu juga pendingin hawa.
"Eyra ke?" omel Fairul sendirian.
Aneh!Eyra teliti orangnya.Wanita itu tak mungkin akan membiarkan elektrik terbazir kerana dia sangat tegas.Pernah suatu ketika dahulu Fairul terlupa mahu menutup lampu dapur.Mengamuk sakan isterinya sehingga gajinya dipotong seratus ringgit.
Ceh,supermarket pun tak potong gaji pekerjanya sampai seratus.Besar sangat ke pangkat Eyra?Setakat seratus ringgit,Fairul boleh keluarkan melalui proses kumbahan taik menggunakan punggunglah!
"Bukan dia pergi kerja ke?"
Walaupun dia agak mamai pagi tadi,tetapi telinganya sempat menangkap kata-kata Eyra yang memberitahu bahawa dia keluar ke kerja.Fairul mengeluh teringatkan kejadian tadi.
"Aku dah kata tak payah kerja,kau degil" marah Fairul.
Huh,macamlah dia boss tempat Eyra bekerja.
"Perul,bangun juga kau eh.Aku ingatkan kau dah masuk ke dalam alam kematian"
Fairul membuka kuda-kuda apabila ditegur seseorang.Lah,siapa yang bercakap dengan dia ni?Jangan cakap 'hantu baju pengantin' Eyra eh!
"Kenapa kau buka kuda-kuda?Kenapa tak buka babi-babi?" tanya Rykal.
Bahagian private Rykal hampir ditendang oleh Fairul.Saat teruna itu menyebut babi-babi,tahulah Fairul gerangan manusia yang menegurnya tadi.
"Sikit lagi nak kena kau punya private part.Takpelah next time aku try lagi," kata Fairul lalu menghembus nafas lega.
"Kalau terkena tadi,itu kali kedua aku bersunat," jawab Rykal.
Hmm siapa tanya dan siapa kisah?Kalau Rykal tak sunat,ada kami kisah?
"Kau masuk rumah aku,pakai apa?"
"Pakai kaki"
Ahhh!Savage wak lu!
"Kayu golf aku dah lama tak sentuh bola.Maybe kau boleh runtuhkan sumpah ni"
"Tak berminat"
Rykal melabuhkan punggung di sofa dan menyilangkan kakinya.Dia ni tuan rumah ke tetamu?
"Kau ada kunci spare ye?" teka Fairul curiga.
"Haah.Eyra yang bagi pada aku.Time kau takde dekat rumah,akulah yang teman dia.Kau nak tahu kami buat apa?"
"Buat apa?"
"Buat itulah," kata Rykal tersenyum nakal.
"Dasar haruan makan anak!" jerit Fairul.
"Nak marah,biarlah betul Perul.Haruan makan anak tu,family dengan family.Dalam kes aku ni kau boleh sebut Rykal makan Eyra"
"Kau wajib fahamlah.Exam peribahasa aku dulu dapat gagal.Lainlah kau"
"Apa yang lain?"
"Gagal juga"
Bergema tawa mereka di rumah yang sunyi itu.Bukannya lawak sangat.Yang ketawa bersungguh-sungguh ni apahal?!
"Mestilah!Kitakan brother"
"Brother pun kau harus jaga sikit kata-kata kau.Aku tak nak kau cakap macam tu lagi pasal Eyra," luah Fairul.
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
RomansBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...