SELESAI sahaja mandi,Fairul pantas masuk ke dalam bilik.Dirinya hampir menjerit melihat Eyra yang duduk di katil membelakangi pintu.
Dengan rambutnya yang panjang mengurai,macam cik ponti wei!Ikatan tuala di pinggangnya masih kukuh.Fuh,nasib!
"Petang-petang duduk termenung sendiri atas katil ni dah kenapa?" tegur Fairul.
Eyra masih lagi diam.Tiada tanda dia mahu bersuara.Fairul masih lagi berdiri di hadapan pintu sebagai langkah berjaga-jaga.Kalau isterinya kena rasuk,bolehlah dia lari terlebih dahulu.
"Sejak bila rambut kau panjang doh?Ke rambut palsu ni?Alah,tak payahlah berambut palsu bagai.Tak lawa pun.Ke kau ada kutu?Dari siapa kau dapat?Ayah?" tanya Fairul bertubi-tubi.
Fairul tergelak sendiri dengan pertanyaannya.Kelakar kan?Ke dia je yang perasan lebih?
"Airul," panggil Eyra tanpa melihat suaminya.
"Hah bercakap pun.Kau terkesan ke dengan lawak kutu tadi?" Kata Fairul dan tertawa lagi.
Isterinya sekali lagi diam.Dia mula bangkit dari katil lalu berpusing menghadap Fairul.Tawa Fairul mati apabila dihidangkan dengan wajah sugul isterinya.
"Pergilah ikat rambut tu.Rimas aku tengok.Jangan paksa aku tarik,botak nanti kepala kau"
"Airul...," panggil Eyra lagi tetapi kali ini dengan suara yang meleret dan sedikit hiba.
Dia berjalan mendekati Fairul.Fairul berdiri statik di tempatnya dan cuba menenangkan diri.Terhimpit dirinya di pintu apabila Eyra sudah sampai tepat di hadapannya.
"Hei apa ni?!Nak cabul aku,tunggulah balik nanti!" jerit Fairul.
Oi,nak jerit pun agak-agaklah.Bilik kau bukannya kedap bunyi.
"Aku tak nak cabul awak lah!" bentak Eyra.
"Aku ada bukti lah!"
"Mana?"
"Yang kau himpit-himpit aku ni bukan bukti?"
Eyra mengeluh dan melangkah ke belakang sedikit.Mana ada himpit,ruang bilik yang kecil sangat.
"Sorrylahh.Tak perasan"
"Eh takpe aku suka.Dah lama tak kena himpit dengan perempuan," sengih Fairul.
Eyra apa lagi?Terus memberikan pandangan tajam pada suaminya.Fairul tersengih lagi.
"What?!!!Dasar lelaki miang!"
Dia akhirnya menangis kuat di lantai.Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis.Entah kenapa dirinya begitu sensitif setelah dimarahi Izzi dan Zabedah.
"Alah,dah menangislah pula," rungut Fairul.
Nampaknya tiada tanda Eyra mahu berhenti menangis.Kata-kata Fairul lebih membuatkan tangisannya deras.
"Kau duduk situ kejap.Aku nak pakai baju dengan seluar.Nanti terlondeh,pengsan kau.Hah,teruskan menangis sementara aku pakai baju"
Ish,suami tak guna.Boleh lagi kau fikir pasal baju daripada pujuk isteri kau.
"Hah kejap,kejap!"
Fairul dengan kuasa seakan turbo,menyarungkan pakaian.Setelah itu dia mencangkung di hadapan Eyra.
"Eyra,kenapa ni?Apa yang mengggusarkan hati kau?Siapa buat kau?" soal Fairul lembut sambil mengusap kepala isterinya.
Mukanya tidak diangkat.Dia mengesat hingus dengan hujung baju yang dipakainya.Tidak lama kemudian,dia dapat merasakan telinganya ditarik.Siapa lagi kalau bukan Fairul yang tarik.
![](https://img.wattpad.com/cover/194528207-288-k449654.jpg)
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
RomansaBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...