DIJELING Abang Ali yang mendekatinya.Masjid Auburn Gallipoli menjadi tempat pilihan Fairul untuk menenangkan diri.Sementara menunggu waktu solat,baiklah dia datang dahulu.
Solat tapi menipu bini.Buat jahat dekat bini diam-diam.Sebaik mana pun hubungan kau dengan tuhan,tapi dengan manusia tak jaga,macam tak ada guna.
"Boss," seru Abang Ali.
"Nak apa lagi Ali Baba Bujang Lapok?" tanya Fairul.
"Sorry ah boss.Terlepas cakap.Saya cuma curious tentang Eyra"
"Dia baik je.Entah-entah kewujudan abang pun dia dah lupa.Perempuan sombongkan?Kenalah dengan gaya dia," kutuk Fairul.
Walhal hatinya sakit berbicara sebegitu.Terpaksa dilukai hati sang isteri.
"Sekarang saya tengok dia dah okay.Nampak insaf budak tu," puji Abang Ali.
"Saya tak heran apa orang kata.Bagi saya,selagi dia tak sedar,selagi tu dia tak pernah berubah"
"Janganlah macam tu boss"
Abang Ali cuba memujuk Fairul untuk menghentikan perbuatannya.Fairul,tak makan saman!
"Abang!" kata Fairul keras tetapi dikawal tinggi suaranya.
"Aduh,aku ada buat salah lagi ke?"
Abang Ali menggaru kepala jemaah Australia di sebelahnya.Kepala sama botak.Manalah dapat beza.
"Oh I am sorry sir," ucap Abang Ali lalu menolak lembut kepala lelaki itu seraya diusap kepala botak itu0
"Sorry sorry pergi larilah"
Fairul dan Abang Ali terkejut.Mana dia belajar cakap bahasa melayu?Pantun pula tu!
Lelaki Australia itu menjauhi mereka.Jelingan maut dihadiahkan.Jarang dapat lihat orang putih menjeling manja sebegitu secara live!Untung mereka.
"Kita sambung balik," tutur Fairul.
"Tak pasal-pasal saya dapat musuh baru"
"Abang jangan alih topik eh.Abang sendiri nampak depan mata apa yang Eyra buat.Abang ingatkan?Mustahil lupa"
"Ingat tu memang ingat tapi mana tahu Eyra tak sengaja atau tak perasan"
Abang Ali mengemukakan pendapatnya.
"Lagi pula,dia penat masa tu.Jika dah penat,apa-apa boleh jadi boss"
"Dia penat,bukannya mabuk.Kalau mabuk tu,iyalah saya faham.Mabuk dengan penat lain"
"Boss ni dulu pakar debat ke masa sekolah?" ujar Abang Ali.
"Dah kenapa pula?"
"Suka sangat tepis kata orang.Nak betul aje memanjang"
"Tak.Saya pakar sebat orang.Nak try?"
Fairul mengangkat tangannya.Haish,Eyra tak ada nak dibawak bergurau.Si Ali Baba ni pun jadilah!
"Apa ni bergurau?Dalam masjid kan," tegur Rykal perlahan.
Mukanya yang basah menunjukkan bahawa dia baru selesai mengambil wuduk.
"Kauorang dah ambil wuduk?"
Serentak mereka menggeleng.Rykal membuka mulut bersedia untuk membebel.Dia melangkah ke arah jemaah yang menjadi mangsa Abang Ali tadi.
"Excuse me.Do you have a rotan here?"
"Roten?What is that?"
"Ops my mistake.I mean hanger"
![](https://img.wattpad.com/cover/194528207-288-k449654.jpg)
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
RomanceBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...