Aku sendiri tulis part sweet EYRUL,aku sendiri yang sendu.Hahahahha!Nampaknya kebencian readers dah pergi dekat Fairul lah pulakkan?
MALAM itu Eyra berkemas kerana
esok dia sudah pun mahu pulang ke rumah.Duduk kampung tapi tak menolong sangat,malu pula rasanya.Walaupun tuan rumah suruh duduk je,tapi tetap tak maniskan?Eh,tapi Eyra buat kerjalah.Selain menyapu halaman,dia juga banyak memarahi Zabedah.Itu juga tergolong dalam kumpulan pekerjaan bukan?
Sedang Eyra sibuk mengemas,dia berhenti seketika dan memerhati gunungan baju-bajunya.Hmm,seperti ada yang tak lengkap.
"Mana baju gambar pisang tu eh?" tanyamya kepada diri sendiri sambil mengusap misainya.
Almaklumlah,pencuci muka tertinggal dekat rumah.Seminggu tak basuh muka so tumbuh misailah.Apa nak kata,hormonkan?Eyra tak macam perempuan lain,dia special sikit.
"Apa dok usap misai tu?Kemas lah cepat," kata Fairul lembut.
Fairul yang baru sahaja masuk menegur isterinya yang sedang ralit berfikir.Eyra memberikan senyuman manis kepada suaminya.Pasangan baru nak mencapai kebahagiaanlah katakan.Iya ke?
"Hehehe.Tak boleh nak cepat lah sayang.Baju aku hilang"
"Baju yang mana?"
"Yang ada gambar pisang tengah menangis tu," terang Eyra.
"Ohh baju tu.Ada je"
"Kat mana?"
"Monyet peliharaan mak dah ambil"
"Hah?Apasal dia ambil?!"
Woi!Baju favourite tu!
"Dah rezeki dia," ringkas sahaja kata-kata Fairul.
Eyra terduduk di katil.Kenapa semua benda di kampung suaminya pelik-pelik belaka?Iyalah,mana taknya?Nama kampung pun pelik,Kampung Bola Disko.
"Tapi monyet tu masuk hospital.Dia ingat baju kau tu pisang betul.Tercekik dia"
"Tercekik tahap berapa?"
"Sayang saya,ini bukan kanser nak ada stage," tawa Fairul.
"Eleh tahulah.Airul,janganlah main-main.Nampak tak baju tu?"
Dia yang malas melayan mula mendesak Fairul.Orang nak cepat kemas,nak tidur.
"Aku cakap ni kau jangan marah tau," pinta Fairul.
"Hah,apa-apa?Kau ni buat aku tertanyalah"
"Baju tu aku dah terbuat kain sarung cempedak"
"What?!" jerit Eyra.
"Alah,masa tu ayah suruh cepat cari kain.Aku ternampak baju kau dekat ampaian belakang rumahJadi,aku rembatlah sebab itu satu-satunya baju yang aku nampak"
"Pemalasnya kau ni.Apa salahnya masuk dalam rumah,cari kain lain?"
"Maaflah.Nak cepat.Nanti cempedak tu sejuk tak pakai sarung"
"Takpelah.Disebabkan kita baru je baik dan aku malas bergaduh,aku maafkan kau," ujar Eyra sambil tersenyum manis.
Dia segera mencubit pipi suaminya.Ah,gebunya!
"Mana boleh saya marah cik abang saya yang comel ni"
"Terima kasih ayang tite"
Fairul tersengih menunjukkan barisan giginya yang tersusun elok.Dia bukan seperti ayahnya,Encik Naqi yang memakai bracess.
![](https://img.wattpad.com/cover/194528207-288-k449654.jpg)
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
Roman d'amourBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...