🏠29🏠

2.3K 281 54
                                    


"Taehyung. Aku nak balik rumah la macam ni. Kita batalkan plan kita. Aku tak sanggup." Berulang kali Nara menarik lengan baju Taehyung. Perasaan takut mula singgah apabila dia melihat rumah agam milik keluarga Taehyung.

"Sejak bila Choi Nara yang aku kenal ni ada sifat takut? Kau kena juga teruskan plan ni. Aku tak nak kau tinggalkan rumah tu." Kata Taehyung.

"Sepatutnya kau lah yang kena pujuk papa kau. Bukannya aku. Kau yang beria ria nak aku stay. Aku tak kisah pun." Balas Nara sambil menampar kuat bahu Taehyung sehingga membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.

"Aku pelik la. Tangan kau ni keluli ke?!" Taehyung memandang tajam ke arah Nara sambil tangannya menggosok laju bahunya yang terasa perit itu.

"Kau lupa ke yang aku ni Ketua Kelab Taekwondo Sekolah?" Soal Nara.

"Sudah lah tu. Jom kita masuk."

Pintu rumah yang besar itu Taehyung buka. Terlihat beberapa pembantu rumah sedang berada di hadapan pintu menyambut kedatangannya.

"Jemput masuk Tuan Muda Taehyung." Kata salah seorang pembantu rumah itu.

"Papa dan mama mana?"

"Tuan dan Puan ada di ruang rehat menunggu Tuan Muda Taehyung." Balas pembantu rumah yang sama.

Taehyung mengangguk lalu berjalan ke arah tangga. Nara hanya mengikutinya dari belakang.

"Kenapa mereka panggil kau Tuan Muda?" Soal Nara sambil mempercepatkan langkahnya.

"Sebab aku paling muda di rumah ni."

"Tapi kenapa muka kau tua?" Soalan dari Nara telah membuatkan Taehyung memberhentikan langkahnya. Dia menoleh memandang Nara di belakangnya.

"Buat masa sekarang boleh tak kau stop perli aku? Aku tengah gentar ni." Kata Taehyung sebelum dia menjentik dahi Nara.

"Sakit setan!"

"Mama, papa. Tae dah sampai." Taehyung memandang ke arah papanya yang sedang berdiri menghadap dinding. Membelakangi Puan Kim, Taehyung dan Nara. Nara berdiri di sebelah belakang Taehyung.

"Aku takut la. Menyesal aku ikut cakap kau. Kalau aku tahu papa kau seseram ni, mesti aku keluar dari rumah tu sekarang." Nara membisik perlahan ke telinga Taehyung.

"Semua ini untuk kebaikan kita. Kalau takdir tak menyebelahi kita, nampaknya, kita berpisah saja di sini. Membiarkan hubungan ini tergantung tanpa tali dawai." Taehyung membalas dengan cara yang sama. Berbisik.

"Kau ingat ni drama ke syaitan. Geli tahu tak?"

Tanpa mereka sedar, perbisikkan mereka mengundang tawa kecil dari Puan Kim. Bahagia dia melihat anaknya yang mula berubah sedikit.

Tuan Kim memusingkan tubuhnya menghadap 3 insan di belakangnya. Dia memandang muka Nara dengan pandangan kosong.

"Saya nak kamu keluar dari rumah tu dalam tempoh masa dua hari. Harap kamu boleh ikut tanpa bantahan." Ujar Tuan Kim.

"Saya boleh je ikut cakap Tuan kalau pasal nak keluar rumah tu tapi kalau pasal bantahan tu, saya tak boleh ikut." Kata Nara sambil tersenyum ceria. Taehyung dan Puan Kim terkebil kebil. Biar betik Nara ni.

"Jadi kamu nak bantah?" Tuan Kim senyum sinis kearahnya.

"Eh, of course! Mustahil untuk saya tak menbantah. Rumah yang saya menetap sekarang adalah rumah saya juga. Bukannya saya menumpang di situ. Setiap bulan saya bayar separuh dari sewa rumah itu. Lagi separuh, Taehyung yang bayar." Nara membalas dengan beraninya. Taehyung mula rasa kagum.

"Kamu risau kamu tak ada tempat tinggal kalau kamu keluar dari rumah tu? Jangan risau, saya akan uruskan semua tu." Kata Tuan Kim bersama senyuman penuh makna.

"Eleh. Ayat 'saya akan uruskan' adalah ayat untuk orang munafik tahu tak? Kata je bakal uruskan tapi nanti tak uruskan jugak. Ayat Tuan tu dah lapuk la. Dalam drama banyak guna. Boleh tak Tuan jangan cliche?" Balas Nara sambil menggaru kening kanannya yang terasa gatal menggunakan jari telunjuknya.

"Jadi kamu tak akan tinggalkan rumah itu?" Nara menggeleng.

"Kamu akan tahu padahnya. Kamu melawan orang salah."

"Tuan nak buat apa kat saya? Nak culik saya? Nak bunuh saya? Nak hantar saya ke pusat pelacuran? Another cliche threat Tuan Kim. I'm so bored with that. Cuba la bagi ugutan yang rare sikit. Nak jadikan saya makan singa ke, nak hantar saya ke Somalia ke." Nara berpura pura memicit kepalanya. Semakin panas hati Tuan Kim dibuatnya.

"Aku boleh buat benda yang lebih teruk daripada itu. Kau jangan ingat kau mampu melawan aku." Tuan Kim sedaya upaya menahan kemarahannya daripada terletus. Perbahasaan dirinya pada Nara juga telah bertukar kepada 'kau aku'

"Awak. Sabar awak. Bukan ini yang saya harapkan." Puan Kim mengusap lembut belakang badan suaminya bagi meredakan aura kemarah yang sudah mencanak.

"Saya minta kamu keluar dari rumah itu." Pinta Tuan Kim sekali lagi dengan nada yang cuba dilembutkan.

"Saya tetap dengan pendirian saya. Saya takkan tinggalkan rumah itu." Nara memandang Tuan Kim yang sedang menahan marah kepadanya.

"Kau sapa untuk membantah aku?!" Terhinjut bahu Taehyung mendengar tengkingan dari papanya.

"Saya siapa? Saya Choi Nara. Seorang yang takkan pernah mengalah untuk mempertahankan keputusannya." Nara berkata dengan suara yang seakan akan menjerit. Kata katanya itu bergema di segenap ruang berehat itu.

"Apa?" Soal Tuan Kim bingung. Begitu juga dengan Puan Kim.

"Saya Choi Nara. Anak kepada Choi Na Jin dan Choi Eun Ra. Tuan ada apa apa masalah ke?"

"Tipu!"

TBC

Nampaknya, perdebatan diantara Papa Tae dan Nara sudah bermula. Agak agak sapa yang menang? Pendirian Tuan Kim atau pendirian Nara?

Hai korang 💕chap kali ni agak hambar sebab sha ngantuk sekarang nii. Jadi sha pun tak tahu apa yang sha tulis sekarang ni sebab mamai. Kalau ada part merapu tu sila abaikan dan sha minta maaf

Vote and comments!❤

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now