🏠15🏠

2.7K 290 27
                                    

"Tae!" Taehyung yang sedang duduk di bawah pokok tersentak mendengar namanya dipanggil kuat oleh seseorang. Dia memandang wajah pemanggil.

'Tch, dia lagi' Getus hatinya.

Hanee berlari anak ke arah Taehyung. Dia mengambil tempat duduk di sebelahnya. Tangannya tanpa amaran merangkul lengan Taehyung.

"Lepaslah!" Taehyung merentap kasar rangkulan itu.

"Biarlah. I nak bermanja manja dengan you." Kata Hanee manja. Taehyung mengulingkan anak matanya. Menyampah dengan sifat gedik Hanee yang menginginkannya semula.

"You buat apa dekat sini? Tunggu I ke?" Teka Hanee bersama senyuman manisnya.

"Ya memang aku sedang tunggu orang tapi bukan kau. Sila beredar dari sini." Ujar Taehyung seraya membalas senyuman Hanee. Bukan senyuman manis tetapi senyuman sinis. Wajah Hanee bertukar cemberut.

"Kalau bukan I, you tunggu siapa?"

"Someone special." Taehyung menjongket kening memandang riak wajah Hanee yang mula berubah.

"Sapa yang special sangat?!" Bentak Hanee tidak puas hati.

"Kau sapa dalam hidup aku nak tahu semua tu?"

"I ni yeochin you!"

Terhambur tawa Taehyung mendengar kata kata Hanee.

"Yeochin aku? Kau gila ke apa?" Taehyung menyoal.

"Betullah! I ni yeo—

"Sebelum tu aku nak tanya. Kau amnesia ke apa? Lepas kau minta kata PUTUS dari aku tu, kepala kau ada terhantuk kat mana mana ke?" Soal Taehyung memotong kata kata Hanee. Sengaja dia tekankan perkataan 'putus' itu.

"I tak kisah you nak kata apa pun tapi  I nak teman you sampai lah orang special tu datang. I nak tengok juga sapa yang special tu." Jawab Hanee sambil memuncungkan mulut.

Tiba tiba, telefon pintarnya berbunyi hebat menandakan ada banyak notifications yang masuk.

<<Namjoon Pemusnah>>

Taehyung!

Sorrylah lambat sikit
kami sampai

Kantoi dekat cikgu
kami bawa mercun

Tengah main aci ligan
Dengan Sir Baek

Nanti kami sampai dekat
kau

Tunggu je kat situ

Annyeong 💕

'Tak guna betul.' Desis hatinya.

Dia memandang Hanee yang berada di sebelahnya sekikas. Takkan lah dia nak duduk dengan perempuan itu sampailah ahli Bangtan tiba? Otaknya memikirkan idea untuk menghalau Hanee.

Matanya tertancap pada dua orang kawan yang sedang bergelak tawa. Terus bibirnya terukir senyuman.

"Im Byul!" Taehyung melaung nama Byul kuat. Hanee memandang Taehyung dengan dahi yang berkerut.

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now