🏠46🏠

2.2K 260 8
                                    

Entah mengapa pagi ini Nara bersikap dingin dengan aku.

Aku tak bermaksud yang dia marah pada aku tetapi layanan selalunya terhadap aku setiap pagi hilang!

Selalunya dia akan menyapaku dengan ucapan 'good morning', 'lewatnya bangun', 'ingatkan dah mereput jadi bangkai dalam bilik tu'.

Itu antara contoh sapaan yang aku selalu terima daripadanya setiap pagi. Tetapi pagi ini, dia hanya senyap. Waktu masak sarapan senyap, waktu makan pun senyap. Yang paling aku tidak boleh terima, dia langsung tak pandang muka aku bila makan! Menunduk saja.

Dan satu lagi, pagi ni, langsung tiada senyuman yang tergantung di bibirnya walupum segaris nipis! Kenapa dia macam ni?

Kalau nak kata dia period, dia tak pernah macam ni. Selalunya kalau time period perangai gilanya akan bertambah. Badmood pun kalau dia lambat makan.

Kenapa dia jadi macam ni?!

Tegur dia? Dia hanya palaukan saja. Sapaan aku kepadanya hanya dibiarkan sepi saja. Cengkerik saja yang membalas.

"Kenapa dia jadi macam ni?" Soal aku seorang diri di ruang tamu rumah itu.

Sekarang sudah petang jadi Nara akan pergi ke cafe untuk bekerja. Tak sangka bahawa dia seorang boss. Aku ingatkan dia pekerja biasa je.

Telefon pintar di dalam poket seluar aku keluarkan. Nombor contact Jungkook aku cari. Terus saja aku mendail nombornya sebaik saja menjumpai contactnya.

"Yeobosaeyo?"

"Jungkook! Kau kena tolong aku wey!"

"Kau dah kenapa? Seluar dalam kau kena gunting ke?"

"Lagi teruk dari tu."

"Lagi teruk? Maksud kau?"

"Nara tak bercakap, tak senyum dan tak pandang muka aku langsung! Dia dingin saja. Kenapa?!"

"Nara mood dingin?"

"Ya! Kenapa wey? Aku tak suka la dia jadi macam ni. Aku nak Nara aku yang dulu."

"Kau ada buat salah tak dengan dia?"

"Maksud kau?"

"Selalunya kalau dia bersikap macam ni, maknanya dia marahkan seseorang. Kalau dia bersikap dingin dengan kau, means that dia marah dengan kau. Kau ada buat salah ke dengan dia?"

"Aku rasa aku tak buat apa apa."

"Tak menentu juga. Aku cadangkan kau sendiri pergi tanya dia. Pernah dia bersikap dingin dengan kawan sekolah rendah dia dulu sampai sekarang dia tak bercakap. Rupa rupanya, kawan dia tu ada buat salah dan tak minta maaf langsung pada Nara."

"Okay! Thanks bro."

"No problem."

Tutt

Klekk...

Aku pasti itu Nara. Tak daknya pencuri nak masuk.

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now