🏠56🏠

2.1K 239 63
                                    

**Flashback**

"Annyeong! Soo noona!" Taehyung mengetuk pintu rumah jirannya.

"Ya? Kenapa panggil noona ni?" Soal Soo selepas membuka pintu rumahnya.

"V hyung ada tak?"

"Tak ada. Dia dah pergi kerja. Taehyung nak jumpa dengan dia ke? Kalau nak jumpa tunggu Taehyung balik sekolah dululah." Jawab Soo.

"Eh, bukan! Saja je tanya pasal V hyung. Sebenarnya, Taehyung nak jumpa dengan Soo noona je." Jelas Taehyung mengenai hasrat sebenarnya.

"Nak jumpa noona? Kenapa?"

"Macam ni ceritanya. Semalam Nara gastrik jadi hari ni Taehyung tak bagi dia pergi sekolah hari ni. Boleh tak Soo noona tolong tengok tengokkan Nara sementara Taehyung ke sekolah?" Pinta Taehyung.

"Eh, boleh je. Nanti noona pergi rumah

"Gwechana. Soo noona tak payahlah sampai nak stay kat rumah kami. Taehyung dah pesan kat Nara supaya call Soo noona terus kalau nak apa apa bantuan. Lagi pun, mesti Soo noona sibuk nak mengemas rumah, masak makanan untuk V hyung nanti. Jadi Taehyung minta Soo noona jenggukkan keadaan Nara secara luaran sahaja." Balas Taehyung lagi.

"Baiklah macam tu. Kamu pergi ke sekolah dulu. Hal Nara, biarlah noona uruskan."

Bubur ayam yang sudah siap dimasak dimasukkan ke dalam bekas lalu ditutup rapat supaya tidak sejuk dengan cepat. Bekas tersebut dimasukkan ke dalam beg kertas bersama dengan sudu.

"Siap pun."

Soo keluar dari rumahnya bersama beg kertas tersebut. Pintu rumah dikunci terlebih dahulu untuk mengelakkan perompak pecah masuk rumahnya.

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now