🏠39🏠

2.3K 279 103
                                    


"Thanks Nara sebab ajar aku kerja sekolah tadi. That's really helping me!" Hyun Bin bersuara mengucapkan terima kasih.

Menyampah aku dengarnya. Aku sekadar menggulingkan anak mata.

Nara mengangguk membalas ucapan Hyun Bin.

Aku rasa dah berkali kali bahuku menjadi sasaran tepukkan lembut oleh Byul dan Jungkook. Maklumlah, mereka tahu yang aku cemburu dengan kemesraan Kim Hyun Bin dan Choi Nara.

Tahu tak yang tadi boleh pula si Hyun Bin tu lentokkan kepala di bahu kesayangan aku. Naik menyirap darah aku melihatnya.

Sikit lagi penumbuk aku nak naik melayang atas muka jantan tu. Kenangkan Nara berada di situ, aku tahan je niat aku. Kalau tak dah lama jantan tu masuk ICU.

Menyakitkan hati betul!!!

"So korang balik la dulu. Aku nak pergi kedai buku sebab nak beli beberapa buah buku. Bye!" Kata Nara.

"Eo? Nara! Tunggu! Aku nak pergi juga. Aku nak beli novel thriller yang baru keluar tu." Jerit Hyun Bin.

Eh, menyemak la jantan ni!

"Kalau macam tu kita pergi sekali. Jomlah." Balas Nara bersama senyuman.

Asal lah kerash aku ni sporting? Tahu tak aku jealous?

Tak boleh jadi ni. Aku kena bertindak!

"Nara! Aku nak ikut juga boleh tak?" Pintaku bersama senyuman petak.

"Kau nak ikut buat apa? Bukannya nak beli apa apa pun." Soal Hyun Bin.

Aku tanya Nara kenapa dianyang jawab? Tak sangka dia dah tukar jantina. Transgender.

"Biarlah aku nak ikut pun. Kacau hidup kau ke?" Bidas aku kasar.

"Eh, sudah sudah la tu bergaduh. Kau ikut je lah Nara pergi kedai buku. Banyak bunyi pula. Jom Byul kita balik. Aku hantar kau." Celah Jungkook lalu menarik tangan Byul menuju ke keretannya.

"ASAL AKU KENA IKUT KAU?!" Dari jauh kedengaran suara Byul menjerit.

Abaikan masalah dua siamang tu. Fokus pada masalah aku.

"Kalau macam tu kita tiga pergi sekali tetapi transport yang berbeza. Korang berdua follow aku dari belakang." Arah Nara. Dia berjalan menuju ke motorsikalnya begitu juga dengan Hyun Bin.

Aku murung kerana aku seorang je bawa kereta.

Lepas ni aku tekad nak belajar bawa motorsikal.

❤❤❤

~Kim Hyun Bin~

Aku membuntuti langkah Nara yang dari tadi melihat buku buku yang kemas tersusun di rak buku.

Sebenarnya aku bukannya nak beli novel pun. Saja buat alasan nak ikut buah hati. Tapi si Taehyung tu kacau pula date tak diduga antara aku dan Nara.

"Nara!"

Bahu aku terhinjut mendengar jeritan yang melaung nama Nara. Aku menoleh ke belakang dan melihat Kim Taehyung sedang berdiri tegak di belakang kami berdua.

Apa lagi yang dia nak?

"Kenapa kau? Sampai menjerit jerit?" Soal Nara.

"Ni!"

Taehyung menunjukkan dua buku pendek ke arah kami. Nampak seperti majalah saja. Tapi majalah apa?

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now