🏠18🏠

2.6K 271 67
                                    

"Mana pergilah budak Nara ni? Aku baru nak suruh dia ajar Sejarah." Mata Taehyung meliar mencari Nara di sekitar kawasan loker itu. Selalunya Nara akan berada di hadapan lokernya pada waktu begini.

"Cari siapa tu?"

Tersentak bahu Taehyung mendengar soalan dari arah belakangnya. Dia segera menoleh ke belakang.

"Aku. Cari. Choi. Nara." Jawab Taehyung berpatah patah. Dia menghadap ke hadapan semula. Hilang terus moodnya pada pagi itu.

"Kenapa you cari dia?" Soal Hanee tidak puas hati.

"Punya pasal la aku nak cari dia pun. Yang kau sibuk tu kenapa? Mohon berambus sekarang." Ujar Taehyung kasar.

"You tahu tak yang I ni—

"Apa tajuk drama yang korang buat depan loker aku ni?" Sampuk Nara sambil menyilangkan tangan.

"Mana ada drama. Chagi ni kan." Kata Taehyung lalu mencuit manja hidung Nara.

'Nak start belakon ke?' Desis hati Nara.

"Mohon ke tepi sedikit sebab aku nak ambil buku." Arah Nara. Hanee dan Taehyung beralih ke tepi memberi ruang kepada Nara.

Nara membuka loker mengambil buku nota addmath miliknya.

"Chagi~ ajarkan oppa subjek Sejarah. Nanti oppa bawa chagi jalan jalan sebagai upah." Pinta Taehyung sambil kedua dua jari telunjuknya dirapatkan.

"Boleh je. Nanti saya ajarkan awak." Balas Nara lalu senyum. Senyum kekok.

"Yeayy! Saranghae chagi!"

"N-nado sa-saranghae oppa." Gagap Nara mengungkapkan kata kata 'cinta' itu.

Hanee yang hanya diam menjadi pemerhati mula terasa panas di hati.

"Kau tak ada hak nak panggil 'oppa' kat namchin aku perampas!" Marah Hanee. Matanya mencerlung tajam ke arah Nara.

"Sejak bila aku jadi perampas ni? Aku tak ada rampas apa apa pun dari kau." Soal Nara dengan sengaja dia pamerkan riak wajah hairan.

"Kau kata tak? Kim Taehyung adalah hak aku sial!" Bentak Hanee.

"Sejak bila pulak dia jadi hak kau? Dulu memang dia hak kau tapi sejak kau minta putus, dia automatik bukan lagi milik kau. Sekarang dia hak aku dan kau hanya sekadar 'ex' sahaja. Tolong sedar diri sama. Tak malu ke terkinja kinja kat boyfriend orang?" Lantang sahaja Nara bersuara. Taehyung di belakang sudah tersenyum senyum manakala Hanee pula semakin panas hatinya.

"Chagi. Jom lah balik kelas. Oppa tak nak chagi marah marah." Kata Taehyung lalu merangkul lembut bahu Nara. Mereka mula berjalan pergi meninggalkan kawasan loker itu.

"Aku akan pastikan kau kembali semula pada aku Kim Taehyung."

"Hebat gila kau tadi. Memang layak dapat award la!" Puji Taehyung.

"This is Choi Nara okay."

Taehyung mencebik sedikit melihat 'keriakkan' Nara. Baru puji sikit dah melambung kembang.

"Bila kau nak ajar aku Sejarah?"

"Anytime bro." Balas Nara lalu menepuk perlahan bahu Taehyung.

"Mana Bangtan?"

"Entah, selalunya pagi pagi macam ni mereka menghilang. Lepas 25 minit cikgu mengajar baru mereka tergedik gedik nak masuk kelas." Jawab Taehyung sambil mengelengkan kepala mengenang perangai perangai ahli kumpulannya.

"Nasib lah Jungkook aku bukan macam tu." Kata Nara.

Taehyung mula memandang pelik ke arah Nara.

'Apa maksudnya 'Jungkook aku'?" Getus hati Taehyung.

"Kau ada apa apa hubungan ke dengan Jungkook?" Soal Taehyung.

Nara memberhentikan langkahnya apabila mendengar soalan Taehyung.

"Apa kau merepek ni? Aku dengan dia tak ada apa apa la." Kata Nara tenang.

"Tolong jujur jawab soalan aku. Kau ada hubungan yang istimewa ke dengan Jungkook." Kali ini, Taehyung menyoal dengan nada yang sayu sahaja. Mata redupnya menikam anak mata milik Nara.

"Aku dan Jungkook tiada hubungan yang istimewa kecuali—arghhh!" Nara jatuh terduduk di lantai tatkala terasa dirinya terlanggar seseorang.

"Omo! Nara! Gwenchana?!" Soal Hyun Bin risau. Dia hulurkan tangan untuk membantu Nara bangun namun Nara menolaknya. Dia bangun dengan sendirinya.

"Kau ni kan. Kan aku cakap jalan tengok depan. Bukan tengok lantai!" Marah Wang Yu, rakan Hyun Bin.

"Aku okay la. Don't worry about me." Kata Nara.

Hyun Bin memegang kedua dua belah lengan Nara dan memusingkannya ke kiri dan ke kanan bagi memastikan tiada sebarang kecederaan yang berlaku atas diri Nara.

"Ada sakit di mana mana tak?"

"Tak ada. I'm fine Hyun Bin."

"Thank god!" Terbuntang mata Nara apabila Hyun Bin menarik dirinya masuk ke dalam dakapannya. Taehyung apa kurangnya. Dia terkejut dengan tindakan luar jangka Hyun Bin.

"Er, Hyun Bin. Lepaskan aku please. Aku tak selesa." Minta Nara kekok. Terus sahaja Hyun Bin meleraikan pelukan. Belakang lehernya dia gosok. Malu dengan tindakan mengejutnya sebentar tadi. Wang Yu di sebelah hanya menggelengkan kepala. Taehyung? Dia hanya memandang tajam ke arah Hyun Bin. Setajam mata pedang yang baru di asah.

"Dah habiskan sinetron korang berdua? Jadi izinkan aku untuk membawa Nara pergi pulang ke kelas." Kata Taehyung lalu menggengam erat pergelangan tangan Nara menariknya berjalan ke kelas. Hyun Bin menghantar pemergian Nara dengan hati yang membara.

"Nampamnya kau dah lambat. Bunga yang kau sanjungi dah kena petik dengan Taehyung." Ujar Wang Yu.

"Kalau aku mahukan sesuatu, aku pasti akan dapatkannya. Jika aku mahukan Nara, dia pasti akan jadi milikku." Balas Hyun Bin dengan penuh sinis.

"Kau jangan buat kerja gila Hyun." Pesan Wang Yu sambil menepuk nepuk bahu Hyun Bin lalu melangkah pergi.

"Kalau aku mahukan Nara, aku pasti akan jadikan dia milik aku walaupun aku perlu menggunakan cara kotor sekalipun."

TBC

Hai korang!❤ nampaknya untuk chap kali ni sha banyak letak watak yang bakal menganjing dalam ff ni😅

Btw, ok tak chap ni? Sha baca ulang kali pon hambar semacam je.

Jangan lupa comment dan vote selepas korang habis baca tau❤

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now