🏠33🏠

2.3K 273 44
                                    

"Goodnight sayang. Sleep peacefully. Sweet dream." Ucap Puan Kim serentak mengusap rambut Nara.

"Tidur elok elok. Jangan sampai jatuh katil pula." Pesan Tuan Kim pula. Nara hanya tersenyum mendengar pesanan dari penjaganya.

"Baiklah mama,papa. Goodnight too you guys." Ucap Nara pula. Puan dan Tuan Kim melangkah keluar dari bilik Nara lalu menuju ke bilik tidur mereka.

Pintu bilik ditutup rapat. Baru sahaja beberapa langkah dia dari pintu bilik, dia terdengar ketukkan.

Tok! Tok! Tok!

Berkerut dahi Nara jadinya. Siapa yang ketuk pintu biliknya pula?

"Mama ada tinggal sesuatu ke?" Teka Nara seorang diri.

Nara menghampiri semula pintu biliknya. Daun pintu dia kuak. Dengan pantas, sepasang tangan kekar mencengkam lembut bahunya lalu menolaknya ke belakang. Daun pintu ditutup menggunakan kaki. Badan Nara di tolak sampailah dia menghampiri katil.

"Taehyung!" Nara menampar tangan Taehyung yang berada di bahu. Taehyung tersengih petak dihadapannya.

"Kau dah kenapa? Tolak aku macam kotak. Kau mental ke?" Soal Nara geram. Perilaku Taehyung sekarang ni memang menempah kubur bertaraf 5 bintang darinya.

"Saja nak bagi kau seram sejuk sikit." Balas Taehyung selamba. Nara memandangnya tajam.

"Kenapa datang bilik ni? Dah tak ada bilik ke sampai nak terjah bilik orang?" Kata nara senada.

"Bukanlah. Aku nak ajak kau teman aku tengok filem hantu." Balas Taehyung. Matanya dikerdipkan berulang kali bagi meraih kata setuju dari Choi Nara.

"Tajuk filem?"

"Shuttle." Terus saja Nara menaikkan thumbs up tanda setuju.

Remember all the bad things you have done it to me Mark Hustle!

"Asal hantu Minami tu seram sangat. Tahulah nak tunjuk sexy pun tapi perlu ke tunjuk bahu kau yang berkulat tu? Geli bodoh." Protes Taehyung. Bantal diletakkan berhadapan muka. Sekadar ingin menyorokkan mula dari melihat hantu itu.

"Nama pun hantu. Kalau muka tak hodoh macam kau, bukannya hantu namanya." Bidas Nara sarkastik. Dia mengekalkan riak tenang menonton filem seram itu. Filem itu tidak cukup seram untuk menggoyahkan keberaniannya.

Please Minami. I regretted with my past fault that I have done it. Forgive me. Please stop disturbing Sarah. She doesn't know anything.

"Kau rogol dia pastu nak acah baik macam lelaki jatuh dari syurga. Ada jugak manusia macam kau. Harap saja hero filem tapi perangai kalah jin. Kalau kau tak rogol dia, mesti dia takkan jadi hantu kacau hidup kau. Bodoh punya jantan." Taehyung melepaskan ketidakpuasannya terhadap watak lelaki utama filem itu yang sedang melutut memohon maaf.

"Bukan lelaki tu lah yang rogol. Kawan kawan dia yang rogol Minami. Mark hanya tangkap gambar and viralkan badan dia yang tak berpakaian tu di dalam internet. Tak lupa jugak dia yang letak pil perangsang dalam wine Minami. Paling dahsyat sekali, Mark juga lah yang lempar mayat Minami di tepi jalan raya."

"Eh, macam mana kau tahu? Tak ditayangkan pun dalam filem ni?"

"Nanti part last filem ni, adalah ditayangkan cara Minami mati dan sapa yang terlibat dalam kes kematian. Aku dah biasa tengok filem ni dengan Jungkook dulu. Pekak juga lah telinga aku jadinya. Tapi Jungkook jerit sebab terkejut je. Kau jerit setiap masa. Koyak juga ear drum aku." Perli Nara. Taehyung menjeling Nara tajam.

Dah dia takut, nak buat macam mana? Hanya mampu jerit sajalah.

Seems like torturing your life and love more worth it—Warghhhh

"Nara aku takut!!!!!" Taehyung mendekati Nara lalu tubuh Nara didakapnya dari sisi. Kepalanya disembamkan di leher Nara. Badannya mengigil.

Membuntang mata Nara. Tubuh badannya kaku apabila didakap erat oleh Taehyung. Walaupun ianya dari sisi sahaja, namun mampu membuatkan jantungnya berdegup kencang bagaikan angin taufan melanda Kedah 2019. Pipinya mula memerah.

Blushing? Absolutely yes!

"Tae-Taehyung. K-k-kau kenapa?" Soalnya gagap. Jantungnya masih berdegup hebat.

"Hantu tu seram wey. Aku takut. Menyesal aku tengok movie ni." Balasnya separa kuat dek mukanya masih tersembam di leher Nara.

"L-lepaslah. A-a-ku geli." Arah Nara lalu menolak sedikit badan Taehyung menjauhinya namun sebaliknya yang terjadi. Taehyung makin mengeratkan lagi pelukkan.

"Tak nak. Aku takut."

"Kalau takut takkan la sampai peluk aku?! Kau agak agak la!" Lancar saja ayat itu keluar dari mulut Nara. Sungguh dia rasa nak simbah je minyak panas pada Taehyung.

Dia ingat Nara tu bantal ke?

"Aku kalau takut mesti peluk sesuatu."

"Peluklah bantal!" Balas Nara geram.

"Tak nak! Aku nak peluk kau." Taehyung merapatkan lagi tubuhnya pada Nara. Terasa tenang sedang menyinggah pada dirinya.

Jantung Nara terasa hendak keluar memikirkan kedudukan mereka sekarang. Aish! Kenapa Taehyung gedik sangat malam ni? Hantu je pun.

"Aku tak selesalah. Pergi lah." Nara masih lagi menolak Taehyung namun tubuh lelaki itu masih melekat padanya. Akhirnya, dia berputus asa. Dibiarkan saja tubuhnya didakap sisi oleh Taehyung.

"Hantu Minami tu ada lagi tak?" Soal Taehyung.

"Tak ada dah."

Taehyung mengangkat kepalanya semula melihat ke arah television. Nampaknya benar kata Nara. Sudah tiada scene hantu.

Namun, Taehyung masih lagi peluk sisi Nara. Cuma mukanya saja tak disembamkan pada leher gadis itu.

"Dah tak ada hantu kan? Mohon lepaskan badan aku yang mahal ni." Kata Nara.

"Tak nak. Nanti kalau hantu tu muncul balik, macam mana?"

Nara merengus kasar. Pasrah dengan perangai Taehyung yang sama seperti kanak kanak takutkan guruh.

'I like to drink young blood. Can I taste yours?'

Meremang bulu roma Nara dan Taehyung mendengar suara yang entah dari mana datangnya.

"Nara, janganlah cakap macam tu. Aku takut." Kata Taehyung lalu menyembamkan semula mukanya pada leher Nara.

"Aku tak cakap la." Taehyung mendongak memandang Nara.

Kalau Nara tak cakap, Taehyung tak cakap, siapa yang cakap?

"Penghuni rumah kau ada membela spesis Seokjin ke dalam rumah?" Soal Nara. Taehyung menggeleng perlahan.

'I can't control myself. Give me your blood.'

Kini Nara pula yang memeluk Taehyung. Kedua duanya sudah mula getar mendengar suara seumpama angin itu.

Mereka memeluk satu sama lain. Mata Nara meliar melihat sekeliling ruang tamu itu. Taehyung pula hanya menunduk. Takut matanya terlekat pada makhluk itu.

'What a sweet couple we have.'

TBC

Hai semua!❤ Chap kali ni agak bosan sbb sha kekeringan idea. Nak tau kering macam mana? Macam padang pasir...tandus saja..

Vote and comment after reading readers😍



[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now