🏠43🏠

2.2K 257 53
                                    

~Kim Taehyung~

Kini aku sedang menatap wajah gadis yang paling aku suka sekali. Begitu juga dengannya. Dia sedang menatap wajah tampan aku.

"Sekarang ni, aku nak belajar tau. Bukannya main game bodoh ni." Ujarnya.

Aku mengangguk lalu mengangkat thumbs up padanya. Namun, aku memandangnya pelik. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku.

"Kita nak belajar pasal cinta. Kenapa kau bawa buku nota dan pen?"

Nara memandang sekilas ke arah buku notanya dan pen hitam yang dipegang sebelum dia beralih memandang aku semula.

"Nama pun belajar, mestilah aku kena bawa buku nota and pen nak catat maklumat."

Seperti yang semua tahu, Nara seorang yang expert tentang pelajaran jadi aku tak salahkan dia. Tapi aku tak sangka dia sebengap ini dalam bidang percintaan.

Benarlah Jungkook kata, Nara seorang yang tak mengambil kisah tentang benda remeh macam ni namun benda seperti inilah yang akan menentukan kebahagiaan hidup dia kelak.

"Buku tu kau letak tepi dahulu sebab tak ada benda yang penting untuk kau catat. Aku hanya perlukan telinga kau, mata kau dan..."

Dengan sengaja aku menggantungkan ayat aku. Mata aku liar memerhati mukanya yang nampak hairan itu.

Jari telunjukku mula bergerak ke arah wajahnya.

"Dan apa?"

"Your lips?"  Aku mendaratkan jari telunjukku di atas bibir bawahnya. Mukanya kelihatan terkejut.

"K-kau jangan nak m-mengada eh. Aku sidekick kau nanti."

Gagap detected!

Tapi sekarang ni aku yang terkedu. Rancangan untuk aku cairkan dia terbatal tatkala melihat perubahan pada wajahnya.

Blushing?

"K-kau blushing?" Soalku kepadanya.

Sudah. Aku pula yang gagap.

Nara menyentuh kedua dua belah pipinya yang sudah memerah bak buah strawberi. Sesekali dia menepuk nepuk pipinya itu secara perlahan.

Tahu tak sekarang ni dia nampak comel?! Dengan pipi merah dia lagi. Aish!

"Kenapa aku blushing?" Soal Nara polos.

Haih. Sebagai seorang guru cinta, aku kena mengajar dia supaya aku tak dengar lagi soalan bodoh dia ni?

Kenapa dia boleh blushing? Soalan apakah ini?

"Maksudnya kau malu dengan aku. Keadaan ni selalu jadi bila kita berasa malu dengan diri sendiri. Kalau kita blushing, automatik ia menunjukkan perasaan hati kita." Terang aku.

"Jadi bila aku malu, aku akan blushing?" Aku mengangguk.

"Nampaknya aku tak boleh blushing lepas ni. Sungguh memalukan wey!"

Ternganga aku dibuatnya mendengar kata kata Nara. Biar betul perempuan ni? Dia tak tahu ke yang dia comel bila blushing?

"Aku dah belajar satu perkara hari ni. Blushing!"

Nara mengambil buku nota dan pennya. Punutup pen hitamnya dibuka. Lalu dia menulis sesuatu dalam bukunya.

Jangan cakap yang dia—

"Done catat!"

Aku menepuk perlahan dahiku. Naik pening kepala aku dibuatnya melihat kenaifan Nara. Pasal blushing pun nak catat ke?

Aku memandang ke arah Nara yang sedang tersenyum ke arah aku. Buku nota dan pen yang berada di pegangannya aku pandang.

Aku kena buat sesuatu pasal buku nota dan pen tu.

"Nara! Jungkook datang la!" Dengan kadar yang pantas dia menoleh ke arah pintu. Dengan kadar yang pantas juga aku merampas buku nota dan pen ditangannya.

"Yah! Kau tipu aku!"

Pen hitamnya aku sembunyikan di poket seluar tracksuit ku manakala aku masih memegang buku notanya di belakang badan.

Nara tidak berputus asa malah cuba untuk mengambil semula barangnya.

Disebabkan kami sedang duduk bersila di lantai ruang tamu, jadi ia memudahkan usaha Nara mendapatkan buku notanya semula.

Pada masa yang sama, aku cuba menahan gugup yang semakin hadir di dalam diri dek kedudukan kami yang sangat rapat sehingga aku mampu merasakan nafas hangatnya singgah leher aku.

Ni yang buat aku takut. Takut aku tak mampu nak mengawal diri aku. Aku ni pun bukannya otak bersih macam kain kafan pun. Ada juga yang aku 'makan' satgi.

"Ish! Bagilah balik. Boleh tak jangan bagi jantung aku berdegup kencang? Aku tak suka la!" Ujarnya bersama nada suara seperti budak budak.

Dia ada mention ke jantung dia berdegup laju sebab aku? Aku nak guling guling kejap.

"Nota tambahan, jantung kau berdegup kencang sebab kau cintakan aku dan untuk rasmikan cinta kau pada aku, kau kena kiss aku." Yup! Aku jumpa dah alasan bernas untuk kiss dia!

Akhirnya impian aku bakal tercapai dan bolehlah aku beralih ke impian nombor 2 aku.

Make she as my lovely girlfriend!

"No way!" Eh, dia paham ke kiss tu macam mana?

"Mestilah aku paham. Kiss tu adalah satu persatuan antara bibir lelaki dan bibir perempuan kecuali yang bengkang bengkok la. Aku taknak first kiss aku dirampas tanpa rela oleh kau. Walaupun kau cakap jantung aku berdegup kencang sebab cintakan kau tapi aku takkan benarkan 'kiss' tu berlaku antara kita!"

Eh, macam mana dia tau? Aku rasa aku tak terang lagi kat dia. Satu lagi? Dia boleh baca pemikiran aku ke?

"Jungkook yang cerita pada aku."

Okay. Dia boleh baca pemikiran aku. But how?

"Kau kenalah kiss dengan aku. Lagipun semua ini untuk masa depan kau. Aku jamin kalau kau kiss aku, hidup kau kelak akan cerah." Aku memberikan kenyataan yang agak bengap di pendengarannya.

"Aku jamin masa depan aku akan gelap kalau aku kiss kau."

"Tapi kau cintakan aku?"

"Kalau macam tu aku tak nak cintakan kau!"

Holy crap!

TBC

Udah dua hari gue tak update gara gara kesibukkan di sekolah. Dan gue update semula bersama chap yang Bosan dan entah apa apa.

So, sapa rindu sha kat sini?

Jap, sha perasan 😅

Vote and comment after reading💕

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now