🏠42🏠

2.3K 266 57
                                    

Kejadian semalam masih bermain di mindaku.

Boleh bayang tak Choi Nara yang brutal tu minta aku ajar dia tentang cinta!

And one more thing

Jantung dia berdegup laju bila ada bersama aku! Sama macam aku bila ada dengan dia!

Maksudnya dia suka kat aku sama macam aku suka kat dia!

Sayangnya, dia tak kenal apa itu cinta. Kalaulah dia tahu, mesti bahagia hidup aku sekarang ni. Dah bercouple dengan dia and boleh lah aku riak dekat semua pelajar yang girlfriend aku Choi Nara and soon will be Kim Nara.

Akulah lelaki paling bahagia dan happy sekali di dunia!

Tapi sekarang, aku tekad!

Misi aku adalah untuk mengajar Nara tentang cinta dan semestinya segala tunjuk ajar akan diberikan oleh aku. Kalau nak buat demonstrasi pun, aku akan jadi modelnya. Aku sanggup korbanku first kiss aku demi mengajar Nara caranya.

"Woi syaitan! Kau termenung apa tu? Makan nasi kau. Nanti lewat sampai sekolah. Kau juga nak bebel kat telinga aku. Aku lambat lah apa lah padahal kau yang serupa siput." Jerit Nara dari dapur.

Tengok tu. Pagi ni boleh pula dia layan aku macam hari sebelumnya seolah olah kejadian semalam tidak pernah berlaku!

Aku yang gementar nak tengok muka dia.

Dalam bengap bengap dia tentang percintaan, namun permintaannya semalam mampu membuatkan aku rebah dari rooftop.

Sweet gila cara dia tambat hati aku. Ni yang makin bersemangat nak mengajar Nara ni!

"Iya iya aku makan sekarang. Kau duduklah sekali." Pelawa aku. Sesudu nasi goreng kimchi aku suapkan kedalam mulut.

Yummy!

"Kau makanlah dulu. Nanti nantilah aku makan."

"Kau ni, dalam percintaan, tak boleh biarkan pasangan—

"Aku tak nak belajar sekarang lah pasal tu." Kata kataku dipotong terus dari Nara.

"Aku nak kau ajar aku time malam."

Aku tersentak dengan permintaan Nara kali ni. Dia nak ajar aku time malam? Dia tahu tak 80% pasangan yang mempelajari tentang cinta pada waktu malam akan berakhir di atas ka—

Aku tak nak sambung.

"Kenapa waktu malam juga kau pilih?"

"Sebab pagi aku sekolah. Balik saja dari sekolah aku terus ke cafe sampai pukul 6 petang. Balik saja ke rumah, aku nak mandi, masakkan makan malam lagi, buat homework lagi, persiapkan baju sekolah untuk kemudian hari pula. Jadi aku akan free pada waktu malam sahaja." Terang Nara. Aku mengangguk faham.

Nampaknya aku kena jaga perangai 'baik' aku dari terkeluar.

❤❤❤

"Serius la wey?!" Soal Namjoon ke arah aku. Aku hanya mengangguk.

"Kau tak main main kan?" Soal Jimin pula. Aku mengangguk lagi.

"Tapi aku tak boleh percaya semua ini. Ini semua satu keajaiban." Kata Jimin lagi sambil mengerdipkan matanya berulang kali.

"Betul tu. Jarang sekali semua ini berlaku malah ini kali pertama berlaku." Ujar Jin pula.

"Apa yang kau cuba cakap ni setan? Subjek Bahasa Korea kau selalu fail ke?" Soal Namjoon pedas. Jin hanya menjeling kearahnya.

Sempat lagi dua ekor ni bergaduh?

"Bagi aku semua ni tak pelik. Normal lah semua hati ada perasaan suka. Itukan lumrah kita." Celah Yoongi secara tiba tiba yang mengundang pandangan pelik dari aku dan ahli yang lain.

Biar benar Yoongi yang mengungkap ayat tadi?!

"Sejak bila Yoongi jadi orang sastera ni?" Bisik Hoseok pada Jungkook di sebelah. Jungkook hanya mengangkat kedua belah bahunya mengatakan bahawa dia tidak tahu.

"Er, maaflah kalau kami semua kacau ketenteraman kau tapi, boleh tak pulangkan semula Min Yoongi kami? Kami tak berkawan dengan makhluk alam lain." Pinta Jin lembut.

"Aku Yoongi la. Tak payah nak berlembut lembut sangat." Perli Yoongi.

"Kalau aku nak berlembut juga?"

Jin memang suka cari gaduh ke apa ni?

"Pergi mampuslah wey. Ada nampak aku kisah ke tentang life kau?"

Serentak itu, ahli bangtan yang lain mula menghela nafas lega.

"Tu memang Min Yoongi yang kita kenal."

Aku memandang ke arah ahli Bangtan dahulu sebelum memulakan perbicaraan.

"Jadi, apa pendapat korang?"

"Aku masih lagi Jungshook dengan kenyataan kau." Balas Hoseok.

"Tapi, kenapa selama ni dia cakap yang dia takkan sesekali jatuh cinta dengan Taehyung sedangkan dia tak tahu apa itu erti cinta?" Soal Jimin.

"Nara tu cakap je padahal dia tak tahu apa apa pun. Dia tahu perkataan tu pun dari Byul." Jelas Jungkook.

"Jadi sekarang kau kena ajar Choi Nara cara untuk bercinta dengan kau?" Soal Namjoon.

"Yes dan aku sendiri gementar nak ajarkan dia walhal dia rilex saja." Balasku.

"Tapi aku tak sangka yang Nara ada perasaaan cinta kat kau. Aku ingatkan dia hati batu. Kau manusia bertuah sebab berjaya memenangi hati keluli dia." Ucap Jimin sambil menepuk lembut bahu aku.

"Tapi sayangnya, cinta dia belum lagi mempunyai makna." Celah Yoongi sekali lagi.

Dia ni tau mencelah je kerja.

"Kalau kau nak cinta kau berbalas, cepat cepatlah kau ajar sepupu aku tu. Aku tak sabar nak datang kenduri kahwin kau dengan sepupu aku." Usik Jungkook.

"Sebelum kau datang majlis perkahwinan aku dengan Choi Nara, aku nak datang majlis perkahwinan kau dengan Im Byul. Ada boleh?" Balasku sinis. Terpampang wajah merah Jungkook di hadapan mata Bangtan.

You scroll me, I will scroll you back

"Seriously kau suka dengat Byul?"

"Mana adalah!"

TBC

Okay, kat sini sha nak bagitahu yang sha akn update MH selang seli ngan second ff baru sha, US cast JJK!!

Vote and comment after reading!❤

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now