🏠47🏠

2.2K 269 50
                                    

~Author~

"Kau tak pernah terfikir ke kenapa aku beria ria nak ajar kau tentang cinta?" Taehyung bertanya pada Nara yang sememangnya sudah memandangnya tajam bersama air mata yang mengalir.

"Kau tak pernah terfikir ke kenapa aku halang kau berkahwin dengan lelaki lain?"

Nara diam menatapnya.

"Kau tak pernah terfikir ke kenapa aku bangkang keputusan mama untuk kahwinkan kau dengan lelaki lain?"

Nara masih diam.

"Kau tak pernah terfikir ke kenapa aku setuju sangat sangat nak kahwin dengan kau?"

Kini tatapan tajam Nara bertukar ke tatapan yang inginkan jawapan. Dahinya berkerut.

"Sebab aku cintakan kau sangat sangat la bodoh!"

Membuntang mata Nara mendengar jawapan yang agak menyentakkan hati perempuannya. Benarkah apa yang dia dengar?

"Tch. Kata kata kau fake—

"Kau cakap kau nampak macam orang bodoh tergila gilakan aku tapi kau tak tahu yang aku lagi gilakan kau! Setiap hari aku akan tanya pada Jungkook cara nak pikat kau! Hati aku menggelegak panas apabila lihat kau rapat dengan Hyun Bin! Kau tak tahu betapa gembiranya hati aku apabila kau luahkan isi hati yang kau ada perasaan pada aku. Aku rasa macam aku ni lelaki yang paling bahagia. Aku tak sangka yang cinta aku terbalas. Aku tak sangka yang kau pun cintakan aku."

Tersedu sedu Taehyung meluahkan segala isi hatinya. Manakala Nara pula sudah tercengang di hadapan Taehyung.

"Memang benar cara aku salah untuk mengajar kau tapi tu semua untuk membuatkan kau cinta lagi pada aku. Aku terlampau sayangkan kau. Aku tak nak lepaskan kau. Aku nak biarkan kau memahami maksud sepenuhnya tentang cinta. Aku nak kau pastikan sama ada perasaan yang bertandang di hati kau benar benar cinta. Jikalau tidak, hati aku akan sakit. Sudah cukup Hanee tipu aku. Aku tak nak semua tu berlaku untuk kali kedua."

Nara memandang Taehyung dengan mata yang mengandungi perasaan yang bercampur.

'Jujur ke Taehyung luahkan semua isi hatinya?' Nara menyoal hatinya.

Untuk memastikan sama ada seseorang itu benar benar mencintai kita, dia akan bersungguh sungguh yakinkan pada kita bahawa dia cintakan kita sepenuh hati walaupun caranya nampak memalukan. Jika cinta di antara mereka hampir musnah, dia sedaya upaya akan mempertahankannya sehingga melutut menangis!

Seperti kereta api, kata kata Puan Kim tempoh hari melintas difikirannya.

"Kalau kau nak tahu, aku yang mula cintakan kau dahulu. Sejak kau jejak kaki di rumah ni, aku mula tertarik dengan kau. Kau tak bodoh tapi aku yang bodoh."

Taehyung jatuh tersungkur di lantai. Dia tersedu sedu menangis.

"Aku cintakan kau Choi Nara."

Nara memandang Taehyung yang tersungkur di lantai. Lantas bibirnya menguntum senyuman sayu.

"Tolong maafkan aku. Aku cintakan k—

Kata kata Taehyung terhenti apabila dia terasa bibirnya didaratkan dengan sesuatu yang lembut. Matanya yang terpejam terus terbuka.

Bibir Nara.

Nara merungkaikan ciumannya. Pipinya yang sudah berona merah dia abaikan. Dia memandang Taehyung bersama sekuntum senyuman.

"Nampaknya hajat kau untuk rampas first kiss aku telah musnah. Aku yang rampas first kiss kau. Jangan tanya aku macam mana aku tahu. Jungkook yang bocorkan." Nara tergelak kecil dihujung ayatnya manakala Taehyung masih lagi dengan riak terkejutnya.

Betulkah yang Choi Nara telah menciumnya? Adakah dia sedang bermimpi? Kalau ya, tolong jangan bangunkan dirinya.

Nara yang berasa geli hati melihat riak muka Taehyung terus memeluk tubuh lelaki itu.

"Kau bodoh sebab tak bagi tahu aku. Kau gila sebab simpan seorang perasaan ini. Kau pabo Kim Taehyung. Neomu pabo. Neomu michin." Kata Nara bersama juraian air matanya. Begitu juga dengan Taehyung.

"Mianhae Nara. Jeongmal mianhae. Tolong maafkan aku. Aku tak bermaksud nak tipu kau tapi aku terlalu takut. Takut untuk luahkan. Takut kau takkan dapat terima aku. Aku nakkan kau sangat sangat. Aku tak dapat terima kalau kau tak terima aku. Mungkin aku akan murung."

Nara melepaskan pelukan lalu menekup kedua dua belah pipi Taehyung. Ibu jarinya mengesat air mata Taehyung yang melekat di pipi.

"Aku yang sepatutnya minta maaf pada kau. Aku tuduh kau melulu tanpa tanya kau dulu. Kesian kau kena marah dengan aku. Sudahlah seharian kau kena palau dengan aku. Alololo, kesian alien aku seorang ini."

Terus saja bibir Taehyung menguntum senyuman walaupun air mata masih bertakung di tubir mata.

Alien pun alien la!

Taehyung diam menatap Nara sebelum bibirnya bergerak mencium bibir Nara sekilas.

"Yah! Kau buat apa!"

"Bongok lah kau ni. Aku cium kau lah! Mana adil kau sorang je boleh cium aku. Aku pun nak kiss kau juga! Dah lama tau aku simpan hasrat ini. Tunggu masa je nak jalankan."

Nara menayangkan poker facenya pada Taehyung.

"Alang alang kita in love each other ni, aku nak lamar kau la. Boleh tak?" Soal Nara.

"Lamar? Lamar apa?"

"Will you be my stupid boyfriend Kim Taehyung?"

Membuntang mata Taehyung mendengar lamaran tidak masuk akal Nara itu. Nara lamar dia jadi boyfriend?

"Sepatutnya aku yang lamar kau! Bukannya kau lamar aku! Ni dah terbalik!" Protes Taehyung bersama cemberutnya.

"Banyak bunyi la kau ni. Kau nak ke tak? Kalau tak nak aku nak su—

"Woi gila! Mestilah aku nak!"

TBC

Huwaaa! Finally couple pun troublemaker dua ekor ni🔥 punya lah penat sha karang idea last last hancur je cita nii...bongok punya idea.

Btw okay tak scene ni? Jujur sha cakap sha tak pandai buat scene romantik semua ni sbb sha sendiri pun jarang layan cita romantik. Selalunya sha layan horror genre je

Vote and comment after reading! 💕

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now