🏠54🏠

2.1K 240 19
                                    

"Ha, kau nak apa jumpa aku?" Soal aku pada Jungkook yang sedang mengaul latte miliknya.

Selepas saja menonton movie dia panggung wayang, terus aku di ajak ke food court mall ini pula. Katanya lapar.

"Aku dengar kau jadi cupid kat sekolah. Betul ke?"

Berkerut dahi aku. Macam mana dia tahu aku ni cupid? Dia intip aku ke macam mana?

Kalau betul, seram wey! Psiko!

"Macam mana kau tahu?"

"Bangtan."

Alahai mereka berkumpulan tu. Tak boleh nak tutup mulut langsung! Diam diam sudahlah. Tak perlulah nak heboh pada orang lain. Masalah betul la!

"Kau cupid?"

"Ya aku cupid. Tapi aku tak busybody jadi orang tengah. Aku just hantar surat cinta, tolong sorokkan hadiah dalam loker and just give them some tips and advice to tackle their crush." Balasku sambil keningku terangkat berulang kali.

Ya aku bangga jadi cupid okay!

"Sejak bila kau jadi pandai dalam hal cinta ni? Bukan selama ni kau geli ke?" Soal Jungkook, musykil dengan keteranganku.

"Eomma aku kan suka layan drama. Jadi aku adalah belajar sedikit dari drama tu. Lagi pun bukannya aku sengaja. Aku tertengok je drama tu. Memandangkan ramai sangat yang minta tolong aku mengenai crush mereka, so aku bagi tau je lah. Kau jangan la take serious sangat benda ni. Aku just tolong mereka ja." Aku tersengih di hadapan Jungkook yang sudah memandang aku atas bawah.

Apa pasal dia ni?

"Aku pernah ingat kau dah mati and ada roh lain masuk dalam badan kau akibat perangai pelik kau ni. Tapi disebabkan aku dah tahu puncanya, so aku buang balik prediction aku tu." Jungkook kembali menyedut air lattenya.

"Kau nak jumpa aku sebab nak tanya tu je ke?" Soal aku ingin tahu.

"Sebenarnya..." Jungkook menggaru lehernya seraya memandangku kekok.

"Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya aku ada benda nak cakap dengan kau." Katanya sambil menggaru sisi kepalanya.

"Then, tell me."

"Tapi kau jangan terkejut pula." Jungkook beri amaran awal awal pada aku. Tahu sangat dengan jeritan kejutan aku yang mampu menarik perhatian orang ramai di food court ini.

"Aku tak janji. Kalau perkara yang kau nak bagi tahu aku tu memang buatkan aku surprise, aku akan jerit."

"Malaslah nak bagi tahu kau." Jungkook menyandarkan tubuhnya pada kerusi dengan wajah cemberutnya sambil berpeluk tubuh.

"Iyalah, aku tak jerit. Cepatlah bagi tahu." Jungkook tersengih semula lalu mendekatkan badannya di meja. Muka kami berhadapan dan aku sabar menanti bait bait kata yang akan keluar dari mulutnya

"Aku sukakan seseorang." Bisiknya separa kuat pada aku.

Membulat mataku.

"WH—

"Shhh!"

Tidak sempat aku menjerit terkejut terus mulutku ditekup dengan kedua belah tangan Jungkook.

Kan aku cakap aku tak janji.

"Janganlah jerit bodoh!" Aku mengangguk laju. Jungkook menurunkan tangannya dari bibirku.

"Kau suka someone? Seriuslah?!" Aku bertanya. Masih lagi terkejut.

"Eh, tak lah! Aku main main je."

Nasib baik. Ingatkan betul betul ta—

"Pabo! Mestilah aku serius!"

Eh aku dengan namja ni! Ada juga aku judokan biskut hangit ni nanti!

"Berapa lama dah kau suka dia?"

"Lama dah. Cuma aku pendam seorang je perasaan ni." Jungkook memegang dadanya. Acah sakit akibat pendam.

Tapi, kenapa aku rasa lain?

Aku jijik? Benar aku jijik sebab mesti cringe tengok dia bermsra dengan bakal girlfriend dia nanti. Jungkook ni boleh tahan manja. Sekali sikap manja kucingnya datang, terasa nak bagi penyepak saja.

Aku marah? Benar aku marah sebab baru sekarang dia bagi tahu aku! Sepatutnya dia kena story semua ni pada hari pertama dia suka yeoja tu. Bukannya sekarang!

Aku gembira? Benar aku gembira dengan Jungkook sekarang ni. Setelah bertahun tahun dia dikejar peminat yang amat menyukainya namun sekali pun dia tak layan perasaan mereka, akhirnya dia telah mewujudkan perasaan itu untuk seorang yeoja.

Benar kata Jungkook, dia bukannya gay pada Park Jimin.

Tetapi, pada masa yang sama, aku juga rasa sedih. Entah mengapa terasa seperti kelenjar larikmalku ingin mengeluarkan air mata.

Kenapa aku perlu sedih?

Mungkin sebab aku masih single. Iyalah. Nara dan Taehyung dah couple dan bakal menjadi suami isteri tak lama lagi. Or maybe sebab lepas ni Jungkook akan lebihkan masanya dengan bakal yeojachingunya dan bukannya bergelak ketawa dengan aku.

Atau

"Im Byul!"

Aku tersedar dari lamunan apabila Jungkook menyergahku. Terus aku pandangnya dengan mata terkebil kebil.

"Kau fikir apa? Aku panggil tak sahut pun. Tak naklah kawan dengan kau macam ni. Kau palaukan aku." Jungkook bersilang tangan di dada lalu bibirnya terjuih sedikit. Kepala dipalingkan ke arah kanan mengelak dari melihat aku.

Kan aku cakap. Jungkook bila datang mood nak bermanja, rasa macam nak hadiahkan sebuah penyepak saja biar berbekas mukanya dengan tapak tangan aku ni.

"Kau jangan—

"Pujuklah aku!" Aku tercengang.

Ya Tuhan! Berikanlah aku kesabaran yang cukup untuk menghadapi anak Jeon ini.

Aku mengeluh. Nak tak nak terpaksa aku pujukkan.

"Jeon Jungkook yang paling saya sayang, janganlah merajuk dengan gadis bernama Im Byul ini. Awak tahukan tanpa Jeon Jungkook dalam hidup Im Byul, pasti muram. Kalau awak rasa awak tu handsome, bijak, comel, romantic, awak akan maafkan seketul Im Byul ini." Dengan rasa geli tekak aku meluahkan kata kata pujukkan. Tersenyum malu Jungkook dibuatnya.

Andai kata ada penyodok yang berdekatan dengan aku, dah lama aku sodokkan muka keturunan Jeon ini.

"Back to the topic." Aku mengangguk lalu menyedut air vanillaku pula.

Haus pula tekak ni. Banyak sangat berbual dengan Jungkook.

"Aku nak kau ajar aku macam mana nak pikat crush kesayangan aku tu." Aku mendongak memandangnya.

"Nae. Aku ajarkan." Aku melemparkan sebuah senyuman kepadanya.

Senyuman sayu dan hambar.

Hati aku retak mendengarnya. Entah mengapa.

TBC

Lamanya tak update cerita ni. Asyik fokus pada US je. Sian dah berhabuk🍀

Vote and comment after reading!❤

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now