🏠35🏠

2.4K 285 24
                                    


~Choi Nara~

Bunyi deruan hujan lebat pada malam itu membuatkan diriku yang terbaring di atas sofa ini terdiam.

Aku ulang. Di atas sofa.

Aku kini berada di bilik Taehyung. Disebabkan pertengkaran kecil mengenai tempat tidur, aku mengalah dan membiarkan Taehyung tidur di atas katil manakala aku tidur di atas sofa. Lagipun aku tak kisah sangat. Sudah biasa aku tidur dalam keadaan begini.

Tapi masalahnya, kenapa dia tak bagi aku selimut? Aku sejuk tahu tak? Pabo betul namja itu. Aku sumpah dia jadi alien adudu

Disebabkan bunyi hujan yang kedengaran nyaman itu membuatkan aku melayan perasaan. Perasaan rindu pada eomma dan appa aku.

Masih segar dalam ingatan aku yang aku menangis di hadapan kubur mereka sewaktu aku berumur 5 tahun. Ketika itu, hujan sedang membasahi bumi. Aku menangis teresak esak sehingga pengsan. Mama dan papa Kim la yang membawa aku pulang semula. Mereka amat risau dengan keadaan aku yang kelihatan lemah pada masa itu.

Mengingatkan hal itu semula membuatkan hati aku kembali sedih. Air mata yang turun secara tiba tiba aku kesat perlahan.

"Hiks."

Aku benci malam yang berhujan.

Sungguh aku tidak mampu membendung rasa rinduku lagi. Ianya terlalu banyak. Sudah lama aku memendamnya cuma tidak meluahkan saja.

"Eomma, appa. Bogoshipeo. Jeongmal bogoshipeo. Hiks."

~Kim Taehyung~

Aku terbangun dari tidur apabila terdengar bunyi tangisan seseorang.

Mulalah otak aku nak fikir benda bukan bukan. Takkan la hantu Minami tu ada dalam bilik ku?!

Deheck

"Hiks."

Tengok tu. Dia bunyi lagi. Jantung aku mula berdegup laju. Badanku menggigil seperti dicurah air ais beku. Peluh keluar merinik walaupun suhu di dalam bilik aku sejuk ditambah pula dengan suasana hujan lebat di luar yang merendahkan suhu sekeliling. Aku menarik selimut menutupi tubuh badanku.

Takut!

"Eomma, appa. Bogoshipeo. Jeongmal bogoshipeo. Hiks."

Eh, eomma? Appa?

Sejak bila Minami tu ada mak ayah?

Kejap—

Choi Nara!

Aku mula teringatkan tentang Nara yang berada di atas sofa. Adakah Nara menangis? Dia tak tidur lagi?

"Hiks."

Bunyi tangisan itu semakin kuat menenggelami bunyi hujan. Dengan perlahan lahan aku bangun. Aku melihat ke arah Nara yang sedang berpeluk tubuh menahan sejuk.

Ah, aku lupa nak bagi dia selimut. Bodoh betul.

Aku bangun berdiri dari katil. Perlahan lahan aku menapak ke sofa. Kelihatan badan Nara seperti menggeletar menahan suhu yang sejuk. Cahaya lampu jalanan dari luar yang menembusi tingkap terkena pada wajahnya. Hal ini menyebabkan raut mukanya kelihatan jelas di dalam kegelapan.

Air mata tidak henti menuruni membasahi pipi putihnya. Bahunya terhinjut dek tersedu ketika menangis.

"Eomma, appa. Nara rindu."

Aku terasa sedih melihat Nara begitu. Sungguh perit menahan rindu pada yang tersayang. Tambahan pula dia telah pergi meninggalkan kita dan takkan kembali semula.

"Nara?" Aku menyentuh lembut bahunya. Namun Nara masih lagi menangis malah tangisannya makin menjadi jadi.

Kali pertama aku melihat sisi Nara yang lemah ini. Bukan Nara saja yang lemah, aku yang melihatnya turut terasa lemah.

"Nara kau okay tak?"

"Taehyung." Akhirnya Nara membalas walaupun suaranya kelihatan lemah.

Dia memandangku dengan mata yang merah berair. Air mata sudah lencun di pipi.

Tanpa berfikir panjang aku terus mencempungnya gaya bridal. Nara tidak membantah. Dia sambung menangis di dadaku.

Aku meletakkan badannya di atas katil secara lembut. Aku baring di sebelahnya dah badannya aku tarik masuk ke dalam pelukkanku. Belakangnya aku usap lembut. Cara aku tidak ubah seperti sedang memujuk seorang kanak kanak.

"Menangislah sampai semua rasa rindu kau hilang. Sampai hati kau terubat sedikit. Setiap titis air mata yang gugur tidak menunjukkan yang kau lemah. Aku ada di samping kau. Menangislah sepuas puasnya." Aku mengusap bahunya pula. Nara masih menangis di dalam pelukkanku. Terasa dadaku yang berlapik baju basah.

Aku harap dia tidak mendengar degupan jantungku yang semakin kuat berdegup.

Beberapa minit berlalu, esak tangis Nara bertukar kepada dengkuran halus. Aku berhenti mengusap bahunya. Wajah polos Nara ketika tidur aku tilik.

Tuan badan ketika berjaga dengan ketika tidur amat berbeza. Ketika tidur, wajahnya kelihatan polos dan naif. Comel saja. Namun ketika berjaga, wajahnya kelihatan berkarisma dan berani dilengkapkan dengan sikap brutalnya. Berbeza dengan perempuan lain. Nara juga tidak terkinja kinja jika lelaki kacak berdekatannya.

Contohnya aku. Pertemuan kali pertama kami dipenuhi dengan perbalahan dan gelaran Nara kali pertama buatku adalah 'namja kerek'. Huh!

Namun disebabkan sikapnya yang unik, dia diminati dan digilai oleh ramai pelajar lelaki. Tetapi paling rapat dengannya hanyalah aku, Jungkook dan Bangtan. Bertuahnya!

"Kaulah pencuri hati aku yang paling aku sayang. Aku harap, kita akan bersama."

Mataku meliar di segenap wajahnya. Dari ubun ubun, dahi, mata, hidung dan akhir sekali

Bibir

Aku nak sangat menjadi first person that stole her meaningful kiss. Patutkah aku cium Nara sekarang? Ketika dia sedang tidur?

Aku mendekatkan mukaku dengan mukanya. Jantungku tak keruan apabila nafas hangatnya menerpa kulit mukaku.

Chupp

Pipinya aku cium lembut.

Biarlah aku cium dia disaat dia sedar. Aku tidak mahu dia perasan yang first kissnya masih dilindungi.

"Selamat malam Nara. Semoga kau akan ceria pagi esok." Dahinya aku kucup sekejap sebelum tanganku berperanan melingkari pinggangnya seraya memperkemaskan pelukkanku padanya. Selimut tebal aku tarik menutupi badan kami berdua.

Di dalam keadaan sejuk dek hujan yang lebat, aku tidur memeluknya bagi menghangatkan tubuh kami.

Biarlah malam ni kau menangis sepuas puasnya. Jangan esok kau bawa kesedihan ini sebagai penemanmu.

TBC

Hai semua!❤✨ yeayy...idea untuk buat part ni dah sampai tapi still sha tak boleh move on dengan kehambarannya. Kalau sapa sapa jumpa tang mana dia punya hambar tu tolong comment and bagitau.

Vote and comment after reading🌹

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now