🏠6🏠

3K 317 217
                                    

~Author~

"Nanti ada apa apa call aku tau. Kalau Taehyung tu cuba untuk rogol kau, jangan lupa untuk keluarkan skill Taekwondo kau." Pesan Jungkook sebelum kereta Audi putihnya meluncur di jalan raya.

"Otak kau dengan line Celcom memang tak ada beza."

Nara berjalan masuk ke dalam blok kondo itu. Lift yang berada berdekatan dengan kaunter dia tuju. Laju saja dirinya memasuki lift itu. Butang nombor yang menuju ke tingkat rumahnya dia tekan. Sempat dia bersiul kecil di dalam lift.

Ting!

Pintu lift dibuka secara automatik. Kakinya laju berjalan ke arah rumahnya. Sesampai di hadapan pintu rumah, dia mengambil kunci rumah yang disimpan di dalam dompet putihnya.

"I'm home!" Jerit Nara girang. Dia menutup semula pintu rumahnya.

"OH MAK KAU HITAM" Latah Nara tatkala melihat tubuh Taehyung muncul di belakangnya.

"Untuk pengetahuan kau, mak aku putih sama macam aku." Ujar Taehyung. Rambutnya dikuak ke belakang. Sengaja mahu menunjuk sisi machonya pada Nara yang sudah semestinya tidak terkesan dengan aksi itu.

"Kau tak perlu nak perasan sangat. Kau buat apa kat belakang aku ni. Dah puas jadi alien nak jadi syaitan pula?" Nara tersenyum sinis selepas membalas kata kata Taehyung.

"Kau dari mana?" Kening sebelah dijongketkan. Tangan disilangkan di dada. Sudah seperti suami orang.

"Aku tak tahulah sama ada kau pekak ke, amnesia ke. Penat aku habiskan air liur aku bagi tahu yang aku pergi kerja." Jawab Nara.

"Kau kerja kat cafe mana?" Soal Taehyung lagi.

"Le Meilleur Cafe. Any problem?" Kini giliran Hana pula menyilangkan tangannya menghadap muka Taehyung.

"Tak ada problem pun cuma aku pelik. Asal kau kerja? Sepatutnya umur macam kita ni kena enjoy life dulu baru fikir pasal kerja. Kau pulak, umur 18 dah kerja. Pelik wey." Kata Taehyung.

"Kalau aku tak kerja, macam mana aku nak sara diri aku? Nak bayar yuran sekolah lagi, beli makanan. Kau ingat duit jatuh dari langit ke?" Balas Nara tenang.

"Nak sara hidup kau? Mak ayah kau kan ada. Suruh la mereka sara kau. Mak ayah kau tak kerja ke? Haishh, pemalas betul mak ayah kau ni. Memang mak ayah kau tak kesian ke kat kau? Sudahlah kau penat belajar dekat sekolah, lepastu kena kerja pulak. Mak ayah jenis apa tu? And then mesti mak ayah kau selalu minta duit kan kat kau? Tch. Macam mana lah kau boleh hidup dengan mak ayah serupa mayat hidup!" Tegas Taehyung bersuara. Dia memandang tajam muka Nara.

Nara tersenyum nipis kepadannya. Terasa sesuatu yang cair keluar dari matanya.

"Wae kau nangis? Menyesal dapat mak ayah macam tu?" Taehyung menyilangkan tangannya. Memang dia betul betul marah dengan sikap ibu bapa Nara.

"Aniya. Aku terfikir, andai kata mak ayah aku masih hidup, mesti sekarang mereka yang sara aku. Kalau mereka masih hidup, aku tak perlulah nak serumah dengan kau." Nara ketawa kecil di akhir ayatnya sebelum dia membuka langkah menuju ke biliknya.

~Kim Taehyung~

"Aniya. Aku terfikir, andai kata mak ayah aku masih hidup, mesti sekarang mereka yang sara aku. Kalau mereka masih hidup, aku tak perlulah nak serumah dengan kau." Dia ketawa kecil sebelum menuju ke bilik tidurnya.

Mak ayah dia dah tiada kat dunia.

Dan aku selamba badak kutuk mendiang mak ayah dia.

Terasa perasaan bersalah mula menguasai diri. Jahatnya diri aku. Mesti dia sedih sekarang ni.

Kalau orang caci mendiang mak ayah korang, apa perasaan korang?

Perlu ke aku minta maaf kat dia? Dalam hal ni aku bersalah. Tapi dalam hal ni jugak aku pun tak bersalah sebab aku tak tahu yang mak ayah dah tiada.

So tak perlu minta maaf kan? Hehe

Aku melangkah keluar dari rumah. Nak lepak dengan Bangtan!!!

❤❤❤

Aku membuka pintu rumah. Best gila lepak dengan 6 ekor beruk tu. Lepas segala rindu yang tersimpan di hati.

Aku menapak masuk ke dalam rumah itu. Ini aku pelik.

Mana Nara?

Kunci motor dia ada. Kasut Converse dia pun ada jugak. Sandals dia ja hilang. Mana pulak dia merayap ni?

Aku keluar rumah semula untuk cari minah tu. Aku housemate yang prihatin kan? Benarkan?

Mana aku nak cari dia ni? Aku bukannya GPS!

"Awak cari siapa?" Terkejut aku tatkala mendengar suara perempuan yang menyapa aku.

Nak toleh ke tak? Kalau tak toleh, kurang ajar pulak. Kalau toleh, takut hantu. Pontianak ke, sundal bolong ke, langsuir ke. Andwae!

Aku memberanikan diri untuk menoleh.

"Awak cari siapa?" Fuh, nasib manusia. Kalau tak, dah lama aku mati kejung kat sini.

"Erm, saya cari housemate saya. Ada nampak tak?" Tanya aku kepada perempuan itu. Boleh tahan hot jugak. Ada peluang ni nak mengorat.

"Yeochin awak eh, saya nampak dia pergi ke tangga rooftop kondo ni. Baru saja 10 minit lepas." Jawab perempuan itu.

Apalah yang Nara buat atas tu. Takkan nak bunuh diri?!

Stop merapu

"Gomowa. Nama awak apa? Awak tinggal di rumah mana?" Tanya aku kepadanya. Mana lah tahu dia blok sama macam aku. Kan bagus kita mengenali penghuni blok rumah kita. Mengeratkan silaturrahim!

"My name is Soo. I'm your neighbor." Jawabnya.

Soo. What a nice name.

"Erm, single or—

"Saya isteri orang. Nama suami saya V"

Ala...baru nak mengorat.

"Ah. Nae. Saya pergi dulu Soo. Annyeong!"

Aku membuka langkah ke rooftop kondo. Takkan la si Nara tu nak bermalam atas tu?

To be continue

H

ai pembaca sekalian. Saya nak cakap sikit yang saya ni Pelajar Tingkatan 3 so korang boleh paham lah yer betapa sibuknya saya sekarang ni.

Saya akan cuba updatekan cerita ni malam or petang sikit. Maklumlah...idea pun selalu berkurang😅

Btw chap ni hambar. Saya tahu itu. Jangan lupa vote dan comment lepas baca yer sayang!❤



[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now