🏠17🏠

2.6K 295 94
                                    


~Author~

"Kau merajuk ke dengan aku?" Soal Nara kepada Taehyung yang sedang bermasam muka di sebelah.

"Eh, tak merajuklah. Ni tengah happy ni. Best gila kena tumbuk kat perut." Balas Taehyung tak acuh. Matanya tidak lepas menjeling Nara yang sedang menahan tawa. Batu di jalan berbata itu dia sepak perlahan.

"Sapa suruh kau kacau tidur lena aku? Kan dah mendapat." Ujar Nara sambil tersenyum ceria.

"Apa guna ada housemate kalau tak boleh nak teman housematenya keluar jalan jalan?" Soal Taehyung masih lagi dengan rajuknya.

"Sekarang aku teman kau kan. Tengok, kita dah jalan jalan kat taman. Siap pakai pajama tidur lagi. Style bukan?" Soalan berbalas soalan. Nara memandang Taehyung yang senyap sahaja berjalan. Dia mula mengeluh kasar.

"Yelah! Lunch nanti kau nak makan apa? Aku akan masakkan." Kata Nara malas. Serta merta mata Taehyung bersinar mendengarkan hal itu. Terus dia memandang Nara dengan senyuman yang lebar.

"Aku nak makan chicken chop!"

Nara mengangguk. Taehyung tersenyum lebar melihat respon Nara. Terus moodnya kembali ceria. Seronok dapat makan chicken chop.

"Kau tak merajuk lagi kan?"

"Tak! Sebab Kim Nara dah pujuk Kim Taehyung yang handsome ni!"

"Sejak bila nama merga aku jadi Kim?! Aku bukan adik beradik kau." Jerit Nara separa kuat. Taehyung hanya ketawa besar. Memang niatnya sengaja untuk mengusik gadis di sebelahnya.

"Satu lagi. Kau tak handsome pun. Jungkook lagi handsome dari kau." Tambahnya lagi. Taehyung terus berhenti ketawa dan wajahnya bertukar cemberut.

"Kau asyik puji Jungkook je! Aku kacak okay!" Bentak Taehyung tak puas hati. Kini tangannya disilangkan di dada, mulutnya di muncungkan.

"Merajuk lagi lah tu. Hati kau ni boleh tahan perempuan juga." Usik Nara pula.

"Orang kalau merajuk kena dipujuk bukannya diperli! Cepat pujuk aku!" Arah Taehyung.

"Kau nak aku pujuk kau macam mana lagi? Memang kau ni cepat merajuk eh?" Soal Nara.

"Aku nak kau cakap yang aku ni handsome." Pinta Taehyung sambil tersenyum kecil.

"Tak nak aku." Tolak Nara. Terus mati senyuman Taehyung.

"Macam tu jangan cakap dengan aku langsung!"

"Ingat aku kisah?"

"Hmp!"

Makin cemberut wajah Taehyung dibuatnya tatkala mendengar balasan dari Nara. Entah mengapa hatinya sedikit terguris mendengar pujian tentang Jungkook keluar dari Nara. Seakan dirinya tercabar dengan Jungkook. Tetapi ada beberapa soalan yang bermain di mindanya.

Apa?

Kenapa?

Nara yang menyedari tentang kesenyapan Taehyung mula tersenyum makna.

"KIM TAEHYUNG PALING HANDSOME DI DUNIA!"

Senyuman Taehyung mula melebar. Dia memandang Nara dengan pandangan tidak percaya.

"KIM TAEHYUNG LELAKI PALING KACAK DI KOREA!"

"Kuat lagi."

"KIM TAEHYUNG HANDSOME!"

Taehyung melompat gembira mendengar jeritan kuat dari Nara pada pagi itu. Itu kali pertama dia mendengar kata pujian keluar dari mulut Nara. Bukan senang Nara ingin mengungkapkan semua itu.

"Puas?"

"Puas gila. Thanks Kim Nara!"

"Aku Choi la!"

❤❤❤

"Rajin gila kau buat inti sandwich tu semalam. Aku tak perasan pun?" Soal Taehyung. Kini mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas puas berjalan di taman.

"Macam mana kau nak tahu kalau kau asyik terperap dalam bilik menghadap phone je." Balas Nara.

"Lagi pun aku buat semalam sebab aku boleh sediakan sarapan awal sikit. Boleh ke sekolah awal. Tinggal nak ambik roti dan sapu inti atas roti. Siap!" Tambahnya lagi. Taehyung mengangguk faham.

"Nanti di sekolah kau rehat dengan Byul?" Soal Taehyung lagi.

"Of cour

Kata kata Nara terhenti sebaik saja dia ternampak enam lelaki sedang memandang mereka dengan riak terkejut.

"KORANG BUAT MAKSIAT KE WEY?!"

Soalan yang sama sekali lagi Choi Nara dan Kim Taehyung dengar. Mereka hanya mengeluh perlahan.

"Sedapnya sandwich ni! Pandai kau masak Nara." Puji Jimin dengan mulut yang penuh.

"Nanti kongsi resepi dangan aku tau tentang inti sandwich ni." Pinta Jin.

"Bertuah Taehyung dapat housemate macam kau." Ujar Hoseok.

"Betul tu. Sudah lah cantik, bijak, pandai masak. Walaupun kau musuh kami sebab selalu bongkarkan siri kejahatan kami, tapi kau still baik." Tambah Namjoon sambil menghirup air teh panas.

"Boleh tak korang senyap? Aku nak tidur." Celah Yoongi sambil mengeratkan pelukannya pada pinggang Jimin.

Nara hanya mampu tersenyum mendengar kata kata manis dari mulut Bangtan. Pada masa yang sama, dia rasa terharu.

"Kau jangan nak seronok sangat. Mulut kawan kawan aku memang selalu manis macam gula merah. Hakikatnya semua itu dusta belaka." Bisik Taehyung di tepi telinga Nara. Nara tersenyum mendengarnya.

"Auchhh!" Taehyung mengaduh sakit. Pahanya yang berlapik dengan seluar sekolah dia gosok laju.

"Kau kenapa Tae?" Soal Hoseok hairan.

"Tak lain tak bukan mesti kena cubitan ketam." Jawab Jungkook.

"Cubitan ketam? Dengan siapa?" Soal Jin pula.

"Mak ketam." Balas Taehyung. Matanya menjeling Nara yang tersenyum bangga.

"Guys! Let's go to school!" Kata Namjoon bersemangat.

"Sudah lah tu Yoongi. Lepaskan lah aku. Kau tak nak pergi sekolah ke?" Tanya Jimin namun pertanyaannya dibalas dengan dengkuran halus Yoongi.

"Aku gerak dululah. Nara. Aku tumpang motor kau. Aku bawa." Kata Jungkook lalu berjalan ke arah kabinet yang berdekatan dengan pintu. Kunci motor milik Nara dia ambil lalu melangkah keluar rumah.

"Nara. Aku malas nak ingatkan tapi kau sendiri tahu pengakhiran motor kau kalau Jungkook bawa. Aku tak ada masalah kalau nak teman kau pergi bengkel baiki kerosakkan motor kau." Ujar Jin sambil menekup mulutnya dengan belakang tapak tangan.

Membulat terus mata Nara mendengarnya. Hampir dia terlupa yang Jungkook selalu memecut laju sehinggakan bunga pada tayar motornya haus. Tanpa membuang masa terus dia mengapai beg sandangnya dan berlari keluar rumah.

"Dua ekor monyet tu memang tak dapat dipisahkan. Memang layak mereka diciptakan untuk bersama." Kata Jimin lalu menumbuk lembut bahu Yoongi yang masib dibuai mimpi di bahunya.

'Ditakdirkan bersama?' Getus hati Taehyung.

TBC

Hai korang❤! Best tak cita ni? Ka bosan? Ok hambar sebenarnya sbb author tulis benda ni malam semalam so idea berserabut sikit😅

Votement after reading 💕




[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now