🏠28🏠

2.3K 271 71
                                    


Klek...

"Taehyung kau mati tak lagi?!"

Aku yang sedang menikmati saat ingin tidur terus bangun mengejut mendengar suara lantang seseorang yang merempuh pintu bilikku.

Suara perempuan. Mesti Nara.

Aku memandang Nara dengan pandangan kosong. Tak pandai ketuk pintu bilik orang dulu ke dia ni? Adab mana?

"Omo! Muka kau pucat macam dah mati. Semoga aman kau di sana wey! Jangan risau. Aku takkan kenangkan jasa kau pada aku bro. Semoga kau ditempatkan dikalangan alien alien yang durjana di sana."

Mataku membuntang luas apabila terasa tubuhku hangat dalam dakapan seseorang. Aku memandang Nara. Dia tidak lepas memelukku persis kanak kanak memeluk kedua orang tua mereka.

Dia tak sedar ke sekarang ni dia tengah peluk namja yang dia selalu bergaduh tiap tiap hari?

Jantung aku mula berdegup kencang. Aku merasa yang tulang pipiku mula naik. Adakah aku senyum secara spontan? Terasa bahagia pula sekarang. Favourite yeoja peluk aku wey. I'm so lucky!

Ehem!

"Eh lepaslah gila. Geli tahu tak?" Sebenarnya aku suka. Aku menolak sedikit badannya menjauhiku. Kalau boleh aku nak je peluk dia balik. Tapi aku mestilah lagak mocho depannya.

"Kau beli tak ubat yang aku minta?" Soal aku. Dia menangguk lalu tersenyum kecil.

"Bagi aku." Aku menghalakan tanganku ke arahnya memberi isyarat agar Nara memberikan bungkusan ubat kepadaku.

"Kau tak nak makan dulu ke?"

Aku menggeleng

"Tak ada selera."

"Ada aku tanya kau selera ke tak?"

Aku mencebik mendengar kata kata Nara. Dia ni kan.

"Kau tunggu sekejap. Aku nak masak bubur untuk kau." Kata Nara lalu berjalan keluar ke dapur.

"Nah." Nara memberikan semangkuk bubur ayam kepada aku.

"Aku tak nak makan la." Aku menolak mangkuk itu lembut.

"Baik kau makan sebelum aku simbah kau dengan sup panas ni." Aku terus menangguk selepas diberi amaran sebegitu. Jangan main main dengan ugutan Nara.

Pernah satu ketika dia ugut aku nak gunting baju aku kalau tak tolong dia kemas rumah hujung minggu dulu. Aku endahkan saja dan keluar lepak dengan Bangtan. Bila aku balik saja, 4 helai baju aku diampaian telah digunting dengan rabak sekali. Sudahlah baju tu edisi Gucci.

Aku mengambil mangkuk itu perlahan lahan. Aku memandang mangkuk yang berisi bubur itu dengan pandangan kosong. Kemudian aku beralih memandang Nara yang sedang duduk di atas katil berdekatan dengan hujung kakiku.

"Boleh tak kalau kau suapkan aku?" Pintaku secara lembut.

"Tangan kau patah ke?"

Terus aku menyuapkan bubur ke dalam mulut dengan muka yang cemberut. Nak bermanja manja pun tak boleh. Benci la!

❤❤❤

~Author~

"Awak, kenapa asyik termenung ni? Ada masalah ke?" Soal Puan Kim kepada suaminya. Pelik juga dia dengan kelakuan suaminya yang suka termenung sejak anak mereka pulang.

"Saya fikirkan Tae. Saya call dia tak angkat. Merajuk dengan saya agaknya." Jawab Tuan Kim. Air teh panas di meja disisipnya perlahan.

"Awak pun sama, biarlah mereka tinggal berdua. Asalkan mereka tak buat benda yang tak elok, itu dah cukup baik." Kata Puan Kim lalu menampar lembut bahu suaminya.

"Saya tak suka. Saya tak nak orang sekeliling fikir lain."

"Jujur saja dengan saya yang awak masih harapkan benda yang tak akan kita miliki. Betul bukan?" Soal Puan Kim. Dia memandang suaminya yang kelihatan kaku mendengar soalan itu.

"Mustahil untuk dia kembali. Awak tak mahu tengok Tae gembira mempunyai keluarga sendiri? Awak nak ke tengok Tae jadi bujang terlajak?"

Tuan Kim diam membisu. Memang benar kata kata isterinya. Dia mengeluh panjang mengingati peristiwa hitam yang menimpa dirinya beberapa tahun lalu.

"Saya pun mengharapkan benda yang sama tapi saya sedar yang benda itu takkan terjadi. Awak sendiri tahu setiap malam saya menangis mengenangkannya. Tetapi kita perlu terima hakikat yang dia sudah pergi meninggalkan kita. Dia pasti sedih tengok kita berduka atas pemergiaannya." Puan Kim mengusap belakang tapak tangan Tuan Kim lembut. Dia memandang wajah suaminya sayu.

**Flashback**

"Macam mana semua ni boleh berlaku?!" Soal seorang perempuan kepada Tuan Kim yang sedang menunduk.

"Saya minta maaf atas kecuaian saya Puan Hye Kyung." Tuan Kim bersuara membalas pertayaan Puan Hye.

"Kemalangan ini adalah takdir. Bukan salah kamu. Maafkan saya kerana menengking kamu tak tentu pasal tetapi kamu sendiri faham perasaan saya. Saya risau akan keadaannya." Kata Puan Hye.

"Saya ingin berjumpa dengan doktor. Ada hal yang saya perlu tanya." Puan Hye meninggalkan Tuan Kim di lobi hospital itu.

"Kami minta maaf. Pihak kami telah cuba sedaya upaya tetapi mangsa tidak dapat diselamatkan. Sekali lagi kami minta maaf."

**End Flashback**

"Kalau saya tak cuai, pasti dia masih hidup. Semua ini salah saya." Tuan Kim menghamburkan rasa kesal dalam diri. Setitis air mata jatuh dari tubirnya.

"Awak tak bersalah langsung dalam hal ini. Ini semua kehendak takdir." Puan Kim tersenyum lemah. Dia juga merasa sedih sama seperti Tuan Kim.

"Saya ingin dia menjadi sebahagian dari keluarga kita. Milik keluarga kita yang seutuhnya. Tetapi, semua itu mimpi yang hanya dilakar dalam imaginasi." Tuan Kim mengesat air matanya yang berada di pipi. Puan Kim hanya berdiam diri.

"Saya masih dengan keputusan saya. Walau bagaimanapun, perempuan yang tinggal bersama dengan Tae perlu keluar dari rumah itu."

TBC

Late update guys!❤Sha bosan sebenarnya sebab tu saja saja nak update ni.

Korang agak agak la kan. Sapa yang mati tu? Sampai sebak Mr and Mrs Kim jadinya. Cer teka😏

Vote and comments after reading okay?!❤

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now