🏠5🏠

3.3K 324 70
                                    

"Wey, aku jamin mesti dia balik jalan kaki punya. Padan muka dia." Kata Byul bersama tawanya.

Kalau nak tahu, misi aku untuk pancitkan tayar motor Encik Sito telah diupgrade kepada misi menghilangkan tayar motor dia. Hebat bukan.

Mesti sekarang ni dia sedang kusut cari tayar motor dia. Kami tak buang pun. Kami pergi sorok dalam kelas budak junior.

Aku dan Byul berjalan kaki bersama sama pulang dari sekolah. Sepatutnya aku naik motor aku tapi aku lupa yang tangki minyak motor aku dah kosong. Tak sempat aku nak isi semalam.

"Kau nak terus pergi cafe ke?" Soal Byul sambil memandang mukaku. Aku sekadar mengangguk.

"Kau pergi sorang or pergi dengan biskut hangus tu?" Soal Byul lagi.

"Wae kau tanya?"

"Bukan apa. Aku taknak kau pergi sorang. Aku risau jadi apa apa kat kau. Walaupun kau dan aku ada black belt, tapi kita masih yeoja. Aku takut jadi sesuatu yang buruk kat kau." Ujar Byul sambil menunduk. Haih, ni yang aku sayang kat Byul ni. Sekasar kasar dia, segangster gangster dia, dia selalu caring pasal aku.

Aku merangkul bahunya.

"Alah, kau jangan risau lah pasal aku. Aku akan okay je. Lagi pun nanti aku pergi dengan NAMCHIN kau. Of course aku selamat punya." Kata aku. Perkataan 'namchin' yang aku sengaja kuatkan itu telah mengubah riak wajah Byul serta merta. Dari sedih ke pandangan maut.

"Sejak bila kepala kelapa tu jadi namchin aku?!" Tegas Byul bersuara. Aku terus melepaskan rangkulan. Sengihan tidak bersalah aku hadiahkan khas untuknya.

"Sejak berumur 10 tahun!" Kataku sambil terlompat girang. Memang dah lama aku ship dua ekor ni tapi tulah, dua dua ego padahal suka! Eh

"Mati hidup balik pun aku takkan jadikan dia namchin aku. Nightmare." Balas Byul. Boleh nampak dari wajahnya dia betul betul menyampah dengan anak Jeon tu.

"Aku gerak dulu. Tunggu biskut tu datang. Kau jangan merayap pulak." Pesan Byul kedapa aku sebelum dia mengorak langkah untuk pulang.

Aku mengambil tempat duduk di bangku stesen bas itu. Sunyi sahaja stesen itu pada waktu ini. Hanya aku seorang sahaja di sini.

Tiba tiba mata aku tertancap pada kereta Audi hitam. Kereta Audi Jeon Jungkook warna putih. Takkan Jungkook tukar warna kereta?

Pemandu kereta itu keluar dari keretannya dan menapak ke arahku. Aku hanya melihatnya dengan poker face aku. Menyampah sebenarnya tengok muka tuan kereta itu.

"Kau buat apa kat sini? Nak naik bas balik rumah ke?" Tanya Taehyung.

"Aku nak pergi kerja la. Pukul 6 aku balik." Balas aku. Mataku melirik ke arah jam tangan berwarna hitam yang tersarung elok di pergelangan tanganku.

1:57 p.m

Mana Jungkook ni?!

"Kau kerja? Serius la? Kau kerja kat mana?" Bertubi tubi soalan yang diajukan kepada aku.

"Yes aku kerja dan aku kerja kat cafe as a waitress. Any problem with that?"

"Tapi umur macam kau perlu-

"Nara! Cepatlah!" Jeritan Jungkook memotong percakapan Taehyung. Dengan kadar segera aku mengambil beg sandangku lalu menuju ke kereta Jungkook. Taehyung aku biarkan dia di situ.

❤❤❤

"Eo, Nara? Tak masuk pejabat ke?" Tegur salah seorang pekerjaku.

"Tak ada benda yang perlu aku selesaikan. Nanti stok barang sampai minggu depan baru aku masuk pejabat. Hari ni aku nak tolong sengkuang cina aku ni berperang kat dapur." Pertanyaan Seungkwan aku balas. Sehelai apron aku capai dan mengenakan di atas baju sekolahku.

"Mana Eun Min?"

"Tengah berborak dengan Jungkook kat luar." Jawab Seungkwan.

"Apa yang mereka borakkan?" Tanya aku. Aku pun nak tahu jugak apa yang mereka dua bincangkan. Jarang jarang hal ni berlaku.

"Mana lah saya tahu Cik Nara. Saya bukannya CCTV bergerak ye." Kata Seungkwan lalu tersenyum hingga tertutup matanya.

"Ish kau ni. Kan aku larang semua ahli cafe ni jangan panggil aku macam tu. Aku muda lagi kot dari korang." Ujar aku dengan nada yang berbaur ketegasan.

Walaupun aku pemilik cafe Le Meilleur, tapi aku melarang pekerja di sini memanggil aku dengan gelaran 'Cik'. Nampak aku ni tua kalau dipanggil sebegitu. Lagipun, pekerja di sini lagi tua dari aku. Seungkwan pun berumur 19.

Kling!

Loceng kedai berbunyi menandakan ada pelanggan masuk.

"Seungkwan! Aku ambil order dulu!" Laungku sebelum pintu dapur aku kuak untuk keluar.

"Kata nak tolong aku masak! Munafik!"

"Encik nak pesan apa?" Secara sopan aku bertanya kepada lelaki yang berusia lebih kurang 40 an itu. Buku pesanan dan pen aku pegang. Bersedia untuk menulis pesanan yang dipinta oleh lelaki itu.

"Saya nak jumpa pemilik cafe ni boleh?"

Dah kenapa nak jumpa aku?

"Maaf, kenapa?" Tanyaku lagi. Mana tahu dia paksa aku jual cafe ni ke. Memang aku buka langkah Taekwondo aku.

"Saya nak buat tempahan cupcake. Boleh tolong panggilkan pemilik cafe ini?" Jelas lelaki tu.

Masa untuk berlakon!

"Saya akan panggilkan." Aku berikan senyuman sebelum bergerak menuju ke dapur.

"Anak Pak Cik Na! Mana kau?!" Jerit aku di ruang dapur itu.

"Apa kau nak? Aku tengah adunkan tepung ni." Jawab pekerja aku, Na Jaemin.

"Time to be an actor!" Tanganku menarik tangannya yang sibuk mengadun itu keluar dapur.

"Kau nampak lelaki tua tu, kau pergi kat dia sekarang." Jaemin menangguk faham lalu membuka langah ke lelaki itu.

Begitulah kehidupan cafe ini. Jika sesiapa yang nak jumpa dengan pemilik cafe, pasti aku akan suruh Jaemin berlakon menjadi pemiliknya. Entah kenapa aku tak nak orang luar tahu yang aku ni pemilik cafe. Hanya pekerja cafe, Byul dan Jungkook saja tahu aku siapa.

To be continue

Hai pembaca yang patik cintai sekalian!❤ maaflah chap ni bosan. Patik hilang idea pada masa yang sama sedang memikirkan jalan penyelesaian untuk soalan matematik bab Hukum Indeks. Headache teruk!

Harap korang semua suka even it so hambar. Vote dan comment after reading!❤🌟

Gambar tae patik tak update lam chap ni. Jangan salahkan patik. Sila salahkan pejabat celcom. Terima kasih!
















[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now