🏠52🏠

2.2K 243 101
                                    

~Author~

"Amboi, bahagianya alien sorang ni. Mentang mentang bulan depan nak kahwin." Perli Jimin kepada Taehyung yang dari tadinya tersenyum senyum tanpa henti.

Tarikh perkahwinan dia dan Nara telah ditetapkan oleh keluarga Jungkook tiga hari lepas. Disebabkan Nara tidak mempunyai orang tua, jadi eomma dan appa Jungkook menjadi gantinya. Lagi pun, mereka juga telah menanggap Nara sebagai anak mereka. Jungkook pun sudah menganggp Nara sebagai adiknya sejak kanak kanak lagi.

"Betul tu. Kita juga yang tak laku." Balas Hoseok sayu.

"Korang bukannya tak laku cuma jual mahal saja. Terlampau memilih sangat. Nak yang hot lah, body mantaplah." Bidas Namjoon.

"Aku setuju. Lagi pun, buat apa kalau dapat yeochin hot tetapi akal fikiran dan perilaku macam keldai?" Tambah Jin kali ini.

"Alah. Tahulah dah ada yeochin pun. Tak perlulah nak bidas kami." Jawab Jimin tidak puas hati.

"Kau Jungkook, bila nak ada yeochin?" Tanya Hoseok pula.

"Entahlah. Aku tengah kejar sorang gadis ni, tapi dia macam tak layan aku je." Jungkook menunduk sambil menjuihkan sedikit bibirnya.

"Kau buatlah supaya dia nampak afford kau nakkan dia." Jawab Jin.

"Tapi macam mana?"

"Erm, yang tu aku tak tahulah pula. Aku sarankan kau tanya Byul. Dia pandai sikit bab bab cinta ni?" Jin tersengih sumbing ke arah Jungkook.

"Tanya Byul? Dia tahu ke pasal cinta ni?" Soal Jungkook hairan.

Setahunya Byul ni selalu jadi penghantar surat cinta je.

"Tahulah. Dia kan cupid separuh masa."

Lagilah tercengang Jungkook mendengarnya. Cupid separuh masa? Since when?

"Eh, mana Yoongi?" Soal Taehyung setelah sedar dari lamunannya.

"Ni, ada sebelah aku." Namjoon menunjukkan ke arah Yoongi yang seronok baring di atas kerusi panjang kantin.

Sudahlah jadikan peha Namjoon sebagai bantal!

🔪🔪🔪

"Aku nak kau jalankan arahan aku secepat yang mungkin. Pastikan dia sampai pada aku dalam masa seminggu ini." Arah gerangan itu kepada seorang lelaki yang lebih berusia darinya.

"Baik Tuan Muda. Saya akan jalankan arahan ini secepat yang mungkin." Lelaki itu menunduk hormat terlebih dahulu sebelum pergi meninggalkan gerangan yang digelar 'Tuan muda' itu.

"Aku akan pastikan yang korang berdua takkan bersama. Dia milik aku!"

"Hanya milik aku seorang."

❤❤❤

"Korang pasti ke ni idea yang baik? Tak kena tangkap dengan—

Pukk

"Kau tak perlu nak berlakon macam ini kali pertama kau ponteng kelas."

Tidak sempat Jin nak menghabiskan ayatnya, kepalanya telah dipikul kuat oleh Byul. Jin hanya menjeling Byul sambil tangannya mengusap belakang kepalanya.

Sekarang, Bangtan, Byul dan Nara sedang berada di rooftop sekolah. Setelah sekian lama mereka tidak melakukan aktiviti ponteng kelas, hari ni, mereka lakukan.

Katanya rindu nak kena soal siasat dengan guru disiplin. Lagi pun, mereka nak juga tahu segarang mana guru disiplin yang baru ini.

Kalau dulu, hukuman Sir Baek untuk pelajar ponteng ialah cuci semua longkang sekolah, agaknya apa hukuman guru disiplin yang baru ni?

"Lamanya tak tengok pemandangan ni." Luah Namjoon sambil mendepakan kedua dua belah tangannya.

"Korang nak buat apa, korang buatlah. Asalkan korang tak ganggu aku main game." Pinta Yoongi lalu mengetik pada game Plato di telefonnya.

"Kau ni. Tahu main game je. Cuba buat aktiviti berfaedah sikit." Tegur Jimin.

"Aku tidur salah. Main game salah. Kerja korang sekarang ni elok sangat ke? Ponteng kelas ni berfaedah?" Kata Yoongi lalu memasukkan earphone ke dalam telinganya.

"Tegur sikit dah sentap. Jiwa kapas betul." Jimin mencebik kecil.

"Nanti dah kahwin jangan lupa pula nak fokus kat exam. Jangan sibuk nak buat anak je ker—

Taehyung menghadiahkan sebuah tumbukan kuat pada bahu Jin. Tahulah bahawa manusia seorang itu mahu mengusiknya.

"Aku tak sekotor kau. Aku buat anak time cu—

"Itu makannya."

Nara melagakan kepala Taehyung dan Jin bersama. Bangtan dan Byul di situ ketawa kepada dua orang rakan mereka yang sedang mengusap kuat sisi kepala mereka.

"Lain kali cakaplah lagi." Perli Hoseok.

Byul dan Nara hanya berdiri perhatikan ahli Bantan yang galak berguling ketawakan Taehyung dan Jin kecuali Yoongi

Tak support kawan betul

"Aku harap lepas ni korang bahagia. Tak nak bergaduh dah. Suami isteri perlu ada sikap toleransi yang baik. Barulah kukuh sesuatu hubungan itu!" Ujar Hoseok lalu tersenyum manis ke arah Nara dan Taehyung.

"Betul tu. Aku amanahkan kau jaga sepupu aku baik baik. Dia tu dah macam adik aku." Pesan Jungkook pula.

"Baik!" Taehyung membalas.

"Tak apa. Kalau Taehyung buat hal juga. Aku siku kepa—

Bukk!

Kata kata Nara terpotong dek sepasang tangan menolaknya dari belakang sehingga terjatuh. Terkejut Bangtan dan Byul.

"Kau perempuan tak guna!" Hanee menjerit kuat ke arah Nara. Nara yang tersungkur itu terus memandang tajam ke arah Hanee.

"Eh, sundal!" Kata Yoongi bersama senyuman lebarnya. Sengaja nak memanaskan hati Hanee yang sudah menbara itu. Hanee hanya menjeling Yoongi tajam.

"Kau dah kenapa datang menyemak kat sini? Nak jadi pengemis mencari attention ke?" Soal Namjoon sinis.

"Aku tak kacau urusan korang jadi korang jangan kacau urusan aku dengan betina ni!"

"Sapa yang kau gelar betina Jo Hanee?! Dia yeochin aku! Kau lupa ke?!" Hampir saja tangan Taehyung naik menampar pipi Hanee namun sempat dihalang oleh Jungkook. Dia tidak mahu berlaku kes pergaduhan di sini.

"Tch. Yeochin? You ingat I tak tahu ke selama ni you dengan betina ni hanya berlakon saja semata mata nak sakitkan hati I? You jangan fikirkan I bodoh! I tahu segala galanya!" Balas Hanee bersama tawa sinisnya. Namun semua itu hanya sebentar sehinggalah giliran Taehyung untuk tersenyum sinis.

"Yes! Memang aku plan dengan Nara untuk perbodohkan tapi kau kena ingat. Semua tu sudah lepas Hanee. Sekarang aku dan Nara benar benar bercinta dan kau jangan sesekali ganggu hubungan kami." Ujar Taehyung.

"You ingat I akan percaya kali ni?"

"Then I will proof you. Just see it."

TBC

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now